Sunday, February 6, 2011

Telur hitam legam

Ewwwwwwwwwwww (tiru anwar hadi).
Tapi teruja.
Hitam hitam si tampuk manis.
Makin ku pandang makin menawan.

Telur pindang ni Cek dapat dari restoran Briyani Gam 88 di Sg Petani. Sebiji rm1.20. Makanan tradisi orang Johor. Makan macam tu saja. Ni kali kedua. Pertama kali dulu rasanya sangat pahit. Baru semulut, dah kena luahkan. Kali ni, rasanya boleh tahan. Boleh makan sampai habis.

Antara bahan yang digunakan semasa merebus telur pindang ialah daun jambu batu, daun manggis dan daun senduduk. Fungsi daun ini untuk menghitamkan telur. Rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan serai turut digunakan.

Kulit bawang merah juga dimasukkan, malah ada yang masih terlekat pada kulit telur ni. Semua bahan ini dimasak dengan telur dengan api perlahan selama 2 hari.

Dulunya, telur pindang menjadi bekalan untuk perjalanan jauh. Ia bertahan sehingga dua minggu tanpa rosak atau basi. Sekarang telur ni digunakan untuk cenderahati majlis perkahwinan, pertunangan, majlis cukur jambul atau berkhatan.

Ada cara lain tak untuk nikmati telur ni?
Source: wikipedia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

suri solehah said...

salam cik chun..penah makan kat satu tempat kenduri dulu..pastu masa preggy kt along..teringin..lalu je kedai cina yg buat ni mesti meleleh air liur..tapi tak mau la sbb cina..huhu..sampai bersalin n sekarang pun tak jumpa lagi yg melayu buat
p/s:bawak mai sini sebiji ..terliur

Andamanis said...

salam.. saya suka telur pindang neh.. mmgla kekadang termakan yg pahit. tp x pernah serikk... hihihi

cek chun said...

Suri, nti mai kat SP la. Makan ngan nsi briyani gam sama. Sodap sehh

Ismani, memang mcm tu ye. Ingatkan Cek yg tak pandai mkn :p

Solihin Zubir said...

ingat ka teloq apa yg hitam legam.. haha..

tak penah rasa lagi teloq pindang ni..
sedap ka kalau pahit? huhu..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...