Thursday, February 3, 2011

erkkkkkkkkk.. jantungkah yang jatuh tu????

tepat jam 12 saja, cek terkedu seketika. masa tu dalam bilik air. pesediaan terakhir sebelum tidur. basuh kaki tangan, takut mimpi kena kejar dek hantu. cuci muka leher, takut tua sebelum waktu. buang air kecik dan besar, takut kencing ke tilam.

tiba-tiba.... jantung cek berhenti berdenyut seketika. adalah 3 saat. serius!! bunyi yang maha dasyat. bertalu-talu. belakang rumah saja. kalau ini lah bunyinya, bukan kata hantu, jebon pun tak berani nak dekat. memang berjaya lah depa menghalau hantu-hantu malam ni. sah dan nyata guna mercun seludup kot Padang Besar ni.

setelah berjaya mengutip jantung dan memastikan injap berjalan seperti biasa, cek pun jengok kat luar. wahh.. meriah..meriahh.. rasa macam nak join. agak-agak kalau pakai kain batik, sempat lari tak sebelum mercun meletup?


pictha source : http://birdstalkingtoo.blogspot.com/2010_01_01_archive.html

3 comments:

Unknown said...

aiseh lupe la...baru nak tgh diorg bakar mercun...

suri solehah said...

hehe,,pakain kain batik boleh je lari..singsing naik atas..
malam tadi mimpi ngeri..terbuka blog yang tunjuk gambar sembelih anak dara...huhu

Solihin Zubir said...

kt kmpung sy xdk org cina.. tp bunyi mercun tetap ada.. hahha..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...