Friday, February 25, 2011

cantik berseri dengan manik bling-bling

hari ni cek chun nak cerita pasal seorang nurul. yang dikurniakan dengan tangan dan minda kreatif. dalam famili dia seorang yang menjurus ke arah merekacipta. dan sebahagian masanya sekarang dihabiskan dengan mereka, melukis dan mencanting batik untuk sebuah butik terkenal. butik yang selalu terlibat dengan pentas runway, yang selalu sponsor artis di majalah dan tv.

nurul ini cuma berada di belakang pentas runway. sambil menunggu dan melihat dari jauh hasil kerjanya di gayakan oleh para model. nurul juga berpeluang bergambar dengan fesyen designer terkenal, ni cek chun tengok sendiri (selalu ditunjukkan gambar tersebut dengan nada bangganya. cehh..lu tunggu gambar gua dengan ben ashaari, solihin zubir dan aidid muaddib lepas nih).

kena diyet dulu baru bleh pakai macam nih
selain bercanting, nurul ini juga kreatif dengan jahitan manik. dan selalu ambil upah menjahit pun. habis baju-baju cek chun dikerjakannya. dan gambar-gambar ni merupakan hasil kerja terbaru beliau. kemas dan berseni. dan dia cuma guna manik dari korea dan japang. untuk memastikan hasil kerja tu nanti naik berseri-seri macam tuan baju juga. cakap saja nak jahit beads ni kat baju apa. baju raya? baju kahwin? baju bertunang? baju melaram? baju dinner? tudung ariani? selendang? sampai ke kasut pun nurul ini boleh jahit beadnya.

ni cek munah. bersama tudung ariani yang dijahit beads kat awning. jangan ingat rumah saja ada awning tau :-p
sekarang dia tinggal di Keramat, KL. kalau jauh, boleh pos saja. dulu cek chun pos baju pengantin untuk kawan. alhamdulillah selamat sampai bajunya. untuk pakaian baju melayu pun nurul boleh jahitkan. jadi kalau berminat, boleh tengok banyak lagi contoh beads dan harga di blognya di sini.

apa lagi solihin, jom lah menempah :)

5 comments:

apdm said...

salam

kompom berseri ai kalau pakai ni masa majlis raja sehari nanti..hehhehe

cek chun said...

Ohh..itu sudah pasti. Hehe

nurul mansor said...

tempahan diterima baik dari dalam negeri dan luar negeri.pos saja.manik ditanggung cantik berseri. Untuk tempahan dari warga BLOG yang pertama akan dapat 20% diskaun dan hadiah misteri. so,korang cepat2 la ye menempah.hehehhe :)

Kredit to my sister Cek Rasala,ada tempahan masuk,kompem baju raya nih bling2 huehuehue...

Anatasia said...

alhamdulillah.. hasilnya memang menawan.. saya salah seorg peminatnya.. bj kahwin mmg suh Cik Nurulyang jahitkan pada baju jubah.. mmg superb..

cek chun said...

wahh. dia tak cakap pun. which picta, dia de uplod ke..nak tengok :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...