Saturday, February 12, 2011

Pagi-pagi mari mengaji

Awal pagi ni semua tenaga pengajar dikerah ke sekolah lagi. Kali ni untuk kem bistari solat. Semua orang jadi ustaz dan ustazah. Mengajar pelajar tahun 1, 2 dan 3 cara-cara mengambil wuduk, doa selepas wuduk, bacaan iftitah dan fatihah.

Program ini dijalankan selama beberapa kali setahun. Pelajar akan diuji secara individu untuk memastikan semua dapat menghafal bacaan tadi.

Cek Chun terlibat dengan kelas 2 Kristal yang belajar di kantin saja. Luas dan kena angin sepoi-sepoi bahasa. Berbaju biru dalam gambar tu ustaz jamaluddin. Kami semua membantu sahaja.

Sessi pertama sehingga 10.30 pagi. Selepas makan, semua akan ke surau untuk belajar sembahyang pula. Kali ni ustaz dan ustazah yang betul pula handle. Kami pula kena siapkan bilik-bilik khas. Hias atau kemaskan bilik yang dipertanggungjawabkan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

gadisBunga said...

salam singgah..

lama dah saya tak di check bab mengaji. hahaha~

cek chun said...

Gb, mai sini cek nak check hampa..hahaha

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...