Monday, October 11, 2010

moga tiada yang kedua

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan sudah memulakan siasatan berhubung kemalangan yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, dekat Rembau petang semalam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau mengarahkan agensi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Miros untuk menjalankan siasatan itu.


"Bas ekpres yang terbabit adalah bas baru dan didaftarkan pada 2007. Siasatan awal mendapati bas itu kerap menjalani pemeriksaan biasa Puspakom dan kali terakhir bas ini diperiksa pada Mei lalu.


"Kita akan menjalankan sisatan lanjut terhadap sistem stering dan brek bas terbabit," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera dalam kemalangan itu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini hari ini.


Turut melawat mangsa di HTJ ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Sureet Singh.


Kejadian itu berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.


Kong berkata, daripada kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini adalah disebabkan oleh faktor kemanusian dan kesilapan manusia.


Beliau berkata, kementeriannya juga sedang membuat pindaan Akta Pengangkutan Jalan iaitu memperketatkan lagi penguatkuasaan dalam usaha memastikan pengguna jalan raya mematuhi semua peraturan jalan raya terutama terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah.


Sementara itu, Mohamad melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian yang berlaku.


"Saya rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang meninggal dunia. Saya harap keluarga mangsa bersabar dan menerima kenyataan ini," katanya.


Katanya, walaupun kerajaan telah menjalankan banyak kempen keselamatan jalan raya serta operasi dalam memastikan pemandu kenderaan mematuhi peraturan jalan raya, namun kemalangan yang meragut nyawa masih berlaku.

Katanya, sudah sampai masanya semua pihak perlu mengambil perhatian mengenai perkara ini.


"Kita jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut. Yang penting keselamatan penumpang bas diberikan keutamaan," katanya.-Bernama

takziah kepada keluarga mangsa kemalangan. semoga yang cedera cepat-cepat sembuh lah hendaknya. kadang-kadang kita dah berhati-hati - pakai tali pinggang keledar, memandu ikut had laju, tidak memandu semasa mengantuk, tetapi kita pula di hentam dari belakang, depan atau dalam kes ini, dari atas.

setidak-tidak nya kita dah berusaha untuk mengelakkan kemalangan. selebihnya tawakal kepada yang Esa.

rakan serumah kawan cek juga berada dalam bas tersebut dan sekarang berada di hospital Melaka. harap-harap kecederaan beliau tidak lah serius. sama-samalah kita doakan semoga yang cedera cepat sembuh dan al fatihah untuk yang telah tiada.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...