kami plan last week lagi. sebab this week semua tak balik kampung. macam-macam menu yang keluar kat mulut. ada puff, ada kek, ada pau. sementelah pula sorang dok baca RASA, lagi macam menu la dia sebut.
last-last kami decide to cook pizza, oreo cheese cake and sardine puff. lepas aerobik bersama kak rose, kami akan terjah tesco. hmm... wat penat pi aerobik ja. pastu nak makan tak henggat!!
kat tesco punya la ramai manusia. sebab kami awal, maka cashier counter tak sempat nak penoh pon. cuma semua orang stuck kat kaunter penimbang. beratur panjang sampai keliling blok sayur-sayuran. mesin penimbang ada empat dan ke tiga-tiganya rosak. dek kerana sibok mengiklankan KAMI AKAN BUKA KAUNTER PEMBAYARAN BARU JIKA DI DEPAN ANDA ADA TIGA ORANG PELANGGAN maka dibiarkan kaunter penimbang ini dengan seorang pekerja sahaja.
mulut-mulut makcik dan pakcik depan cek dah mula potpet-potpet. dah tau ahad customer ramai, repair la mesin tu siap-siap. ni baru nak terhegeh-hegeh repair, tukar apa yang patot. ok, ayat ni cek yang tambah. pakcik makcik kat depan cek tu dah diam. mungkin penat beratur. dengan barang-barang kat tangan lagi.
kami start projek pukul tiga tiga puluh petang. berakhir jam sembilan setengah malam. mula tu adun pizza doh dan peram. kemudian bakar cheese cake dan simpan pulak dalam peti sejuk. kembali semula ke doh pizza dan atur segala mak nenek sayor dan sosej atasnya. bakar hingga masak.
bila dah penat masak, masing-masing terbongkang depan tv. bila dah habis terbongkang, mengunyah pula berlangsung dengan jayanya. kemudian menolong cek staple kertas soalan exam. bab ni cek suka sangat. dalam sekelip mata kerja pon selesai.
cheese cake kena simpan dulu dalam peti sejuk. belum cukup masak lagi. besok petang kita makan. sekarang kita belasah pizza saja. lembutnya roti piza. gebu pulak tu. masing-masing puas hati. memang belanja agak tinggi. tak hairanlah kek ini boleh mencecah rm70 se kek. dalam hati masing-masing ada hati nak buat ciskek untuk raya haji akan datang.
0 comments:
Post a Comment