Friday, January 27, 2012

Rindu

seminggu lepas aku dilonggokkan dengan video flashmob yang dibuat oleh MAS sempena menyambut tahun baru. dilonggokkan dengan erti kata lain hampir semua orang kat twitter menuit tentangnya. wajib lah tengok kan. menarik betul. walaupun tiru idea dari negara lain, but watdeheck kan. payah tu nak co-ordinate semua benda kasi flow smoothly.

kendian dalam banyak-banyak lagu nih, aku terminatla pulak lagu yang makcik-makcik dekat minit 3.11 ni nyanyi. selalu dok dengar kot lagu ni. memang membangkit nostalgia masa kecil la makcik weh. dah satu kerja dok mencari lagu tu kat you tube. nah ambik. jumpa sekali dengan lirik. 

rupanya group indon. dangdut lagi yukk.. nama pun Favourite's Group. hambik kau. mudah nak ingat rupanya nama group dulu-dulu ni. teringat pulak posing abah time muda dulu.  

Rindu
kalau hatiku sedang rindu
pada siapa ku merayu
karna hati bertanya selalu
berlinanglah air mataku
akan ku cari walau kemana
kini aku berkelana
kehujung dunia emgkau ku cari

kalau hatiku sedang rindu
pada siapa kumengadu
kalau hati bertanya selalu
berlinanglah airmataku

rindu
mengapa rindu hatiku
tiada tertahan kau tinggalkan daku seorang

engkau pergi tiada pesan
kabar darimu ku nantikan
karna janjimu kau lupakan
meranalah aku seorang
akan ku cari walau kemana
kini aku berkelana
kehujung dunia akan ku cari


8 comments:

gadisBunga said...

tlg yakinkan saya utk klik video tu plis. sebab tak pernah klik lagi. betul2 best ke?

gedek! said...

apasal semua orang buat benda ni sekarang?

cek chun said...

My main point is d second video actually.

Mungkin bangga Mas buat flashmob kot. Who knows. Walaupun not original idea.

suri solehah said...

awat jiwa-jiwa ni????

Acik Erna said...

cek..lagu zaman acik muda2 ni..suka sangat dengan lagu ni dan lagu2 yang sewaktu dengannya..siap boleh hafal masa acik muda2 dulu ni..walaupun acik tak pandai nyanyi

cek chun said...

pn suri, cek tengok vid sana dan terdengar ini lagu. tu yang menjiwang tu. menarik apa. kan acik kan? Cek ingat kat korus saja.

Zaza Fakharuldin said...

ble tgk vid tu rase rindu dgt kat malaysia T.T
I can't wait to get back

cek chun said...

zaza, rindu tu perlu.
dah kat sana, jelajah habis-habisan dulu.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...