Sunday, October 17, 2010

Hujung minggu yang penuh

Semalam sampai umah dah 2am. Semua gara-gara Nasi Kandar Beratur. Pakcik Klang teringin sangat nak rasa. Cek jumpa dengan sedara-mara kat seri Malaysia dah 10.30 malam.

Jalan yang sesak hujung-hujung minggu ni menyesakkan pandangan sunggoh. Kebetulan pula ada perarakan orang-orang cina menyambut perayaan apa ntah. Ada jalan yang ditutup.

Rombongan 8orang kami parking jauh sungguh. Memang elok la kalau dalam kelaparan tu, sampai kat gerai berselera la makan. Rupa-rupanya kena beratoq sampai 45minit!! Naik kematu kaki tauu. Mujoq cek pakai croc. Sengal nyer ayat. Hehe. Nasibla kazen-kazen yang bersepatu tinggi tu.

Petang tadi bila tengok ikan banyak maka projek laksa pun berlangsong. Jemput kawan-kawan yang berdekatan rumah. Lepak sampai ke malam. Makan, gosip, makan, discuss kerja (percaya ka?), makan, cite pasai cerita kat tv dan last sekali makan lagi. Ada laksa, puding laici dan cupcake coklat.

Sesekali berhimpun, seronok juga. Next week ada projek masak-masak lagi. Dengaqnya macam cream puff n oreo cheese cake. Ada sapa-sapa nak join ka? :p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...