Saturday, October 16, 2010

wekend yang bz

minggu ni skolah cek buat perkhemahan kokurikulum untuk pelajar tahun 6. cuma 40 orang murid saja yang dipilih. yang cekgu-cekgu semua kena bertugas bergilir-gilir menjaga pelajar. tadi cek ajar budak-budak tu buat persembahan. jenoh dok pikiaq nak buat apa. telupa habis dah lagu-lagu pengakap ni. lama dah tinggai zaman muda. yang peliknya lagu zaman kanak-kanak macam bapakku pulang dari kota tu boleh pulak cek nyanyi..hehehe

last-last kami ambil lagu-lagu pengakap dan buat sedikit lakonan bawang putih bawang merah campor dengan ikan kaloi bagai. lari budak-budak laki tu bila cekgu suroh jadi ikan. yang tak tahan tu siap wat ala-ala duyung. bila suroh berlakon, semua keras macam kayu. bila time main-main, pandai pulak depa berlakon.

petang tadi pergi lagi ke skul. kali ni dengan bekalan laksa bagai. cekna yang masak. budak-budak makan makanan yang disediakan oleh mereka sendri. petang ni masing-masing masak ikut kumpulan. tajuk- makanan minum petang. ad yang sediakan buah melaka. yang paling femes mestilah sandwich. ada sardin, ada tuna, ayam jer takda.

malam ni baru semua akan buat persembahan. cek dah tak terlibat dah. banyak gambar diambil tadi tapi tak sempat nak aplod lagi.

* makcik kol dan bagitau ada makcik dari Klang datang. stay kat seri malaysia di sini. jap lagi nak p ambil dan bawa depa sembang-sembang. lama dah tak jumpa famili dari sana. mungkin bawa ke mee udang teluk kumbar yang femes tu. cek dok sini dah 7 tahun, tapi baru sekali makan mee tu :) tak suka udang sebenarnya. kalau ada mee sotong, memang cek cari dah :P 

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...