Tuesday, October 26, 2010

Lama dah tak dibelai

Potong kuku tiap minggu kan? Masa potong tu ada terfikir tak - ni kalau orang tolong potongkan mesti best nih. Pastu dia urut sikit tangan atau kaki tu. Aduhh bestnya.. Kita sua saja.

Kalau dah ada partner in crime tu, boleh la p sua tangan kat dia.

Yangggggg.. Kuku ni cam panjang kan. Nak ambik wuduk pon payah nanti. Kang tajam, terkena plak kat kulit Yang nanti. Tolong Yangggg.. Sambil mata wat-wat kuyu harap belas simpati suami@isteri.

Sambil potong kuku, leh bergurau senda, panjang umor, panjang hubungan. Insyaallah...

sangatlah empok ini kerusi. siap boleh urut-urut badan lagi. nak lena pon boleh.
Dah tu yang single mingle takda crime lagi ni macam mana? Haaa.. Tak reti-reti nak cari kedai? Kena lak duduk atas kerusi empuk. Tadah kaki tangan saja. Siap berurut. Boleh terpejam mata dibuatnya.

Cuma kena bayaq je la. 35-45 sekali sesi. Kalau tak mau cat, tolak 10 hengget. Kalau kuku tu di cat, camno kau nak ambik wuduk lak nanti.

Duduk la terhenyek kat kerusi empok tu. Mata boleh pandang flat screen kat depan. Habaq saja nak cerita apa. Kalau bosan, baca je majalah yang bersusun rapi ditepi kerusi. Cukup 30-40minit, bangun dan bayaq kat kaunter.
segala jenis krim yang digunakan. dulu tatau pon krim-krim ni wujud :p

Sekali sekala boleh la bermanja macam ni. Mau dok p selalu ka, pengsan nak bayaq. Cara paling mudah - beli ketip kuku dua ringgit kat pasar malam, pastu potong sendiri. Jimat belanja, jimat masa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...