camp rock!!!
|
ikat jangan tak ikat ye bang.. |
last week budak-budak berkhemah dekat skul. petang jumaat sampai pagi ahad. murid tahun 6 saja yang dipilih. mereka dari puteri islam, pengakap, kesatria dan saint john ambulance. banyak aktiviti untuk memenuhkan slot sepanjang hari mereka berkhemah.
|
nasyid pohon beringin yang dah di kontemporarikan |
cek bertugas hari sabtu pagi hingga ke petang. saja stay lama-lama. seronok tengok budak-budak ni. masa tu slot latihan persembahan untuk malam kebudayaan. macam-macam idea keluar. yang pasti semua kumpulan kena berlakon dan menyanyi.
|
tido dalam ni ramai-ramai |
semua orang tidur dalam khemah ini. besar nih. cekgu-cekgu tido kat luar, ada atas bangku kantin dan bilik guru. teringat masa cek kena jaga malam dulu. tido dalam khemah atas padang rumput sana. tapi sekarang tak boleh dah. sejak kejadian menyeramkan itu. semua orang kena tidur dekat hall saja.
|
nak nyanyi tu mulut kena buka macam ni. sekarang turn korang pulak. cepat semua buat mulut gini |
cekgu pula yang pulun menyanyi..hehehe. cuma cek dok perati, budak-budak tahun ni kurang menyengat la. takda semangat langsung. masing-masing malu nak tonjolkan diri. harap-harap lepas perkhemahan ini, self esteem mereka mencanak naik macam bukit kat belakang skul :D
notis pendek saja
semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.
gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.
depa paling suka baca yang ni
3 comments:
salam..kejadian apa yang menyeramkan tu mai..cite skit..menarik tu?jangan biarkan hidup diselubungi misteri......
hehehehe.. cite hahahahantu laaa
Post a Comment