Saturday, October 30, 2010

Ganti telor??????

Ni latest trend ka? La ni depa bagi tuala kecil, sapu tangan, bunga gantung kat kereta,muffin, cupcake, kipas tangan dan set sudu&garpu yang cute miut bungkus dalam plastik.

Mana perginya telor dah? Mahal ke? Telor dah naik harga ka? Rumit kot nak rebus, sejukkan, then tampal kat riben bunga telor tu. Ambil masa la kot. Leceh lagi.

Cara paling senang buat macam ni la kot. Cari je kat kedai. Yang duduk belah utara ni, serbu ke Padang Besar. Nah kau... Macam-macam adaaaa. Pilih je warna ikot tema wedding dan sediakan duit. Murah plak tu.

Tapi kenapa tak ada telor. Bukankah awak tu nak kahwin sekali tu je (hopefully la kan) majlis dah gempak, duit pon banyak habis, kenapa telor nak dilupakan. Tu kan adat kita. Kesian nasib telor.


Tapi ni yang paling latest. Ayeh kata mak pengantin yang masak sendiri ni. Mun pulak kata depa nak promote kot. Pasni tuan rumah ambik order.
|
|
|
|
|
|
|
|


Lain tempat lain la buah tangan pengantinnya. Tempat korang ada apa pula?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Tomato Gurl's Life said...

kat trg skang dah jarang bg telur jgk.. bagi gula+muffin+jelly+snek..huhu..dpt telur bnyk xmakan pun..

cek chun said...

bagi telo tu kan adat melayu. sayang pula dipinggirkan mcm tu saja.

ana ayesha said...

ada tu bagi telur bagi jugak benda2 lain mewah tul

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...