bila nak balik ke kampung, cek boleh guna highway PLUS yang kena bayar sampai rm11.80 atau cek boleh guna jalan bawah, main road yang dah ada bertahun-tahun dulu. jalan yang menyusuri terusan wan mat saman. sungai yang disebelah kiri itulah terusannya. dah cetek pon. cuma berguna semasa musim hujan. melimpah luah air penuh sungai tu. masa ni lah penuh orang menjala atau memancing puyu atau sepat ronggeng. kekadang bila bernasib baik, dapatlah haruan.
banyak pokok-pokok besar di kiri kanan jalan. seronok boleh drive selow-selow sambil menikmati pemandangan ni. jalan pon elok dan rata. dari nak bayaq duit guna PLUS sambil tengok bendang di kiri kanan jalan tu, baikla cek pilih jalan bawah ni.
kalau dah jalan utama ni, jangan la harap nak speed sampai 110km/j ya. tak sempat nak tekan 100 pon, tetiba ada lori besar yang sangat selow ada kat depan. wat sakit jiwa dan membazir minyak petrol ja kalau nak cuba speed di jalan macam ni. take your time and enjoy the moment. kalau nak cepat, silalah guna PLUS highway.
cc: punya la drive selow sampai pictha hp ni pon tak gegar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment