pagi-pagi kemarin dah dapat sms n a few mis calls from my family members. dah dekat 2 jam baru perasan. tu pon sebab tertengok hp tu. mak bagitau dia kat emergency GH ngan abah. abah batuk-batuk kuar darah. banyak jugak kata mak. tapi dia takmau ke klinik. jenuh pujok.
mula tu depa pi ke poliklinik ja. lepas ambik sample darah, doktor bagi surat iringan ke emergency sana tu. suruh p check terperinci. lama juga depa tunggu lepas x-ray tu. masa tu la mak call semua anak-anaknya. dekat 3 jam baru x-ray tu siap dah boleh jumpa doktor. hmmmm.. banyak sangat kot x-ray depa nak kena develop. kalau private hospital ni 15 minit dah siap.
doktor kata paru-paru abah dijangkiti kuman. satu je caranya. makan anti biotik. kalau tak lega gak, in 5 days sila hadirkan diri ke GH sekali lagi. mak cakap tak payah balik la. adik dan suami akan balik teman mak dan abah. baru tadi cek call mak, rupanya abah dah p meniaga!!! isk..isk..iskkkkk.. abahku. batok dah tak kuar darah, terus dia rasa sihat.
0 comments:
Post a Comment