Sunday, October 24, 2010

lagu yg macam mana awak suka?

sejak dua menjak ni kalau dengaq dangdut, apesal badan juga mo goyang? bukan dulu tak suka dangdutkah? dulu suka, tapi tak da la sampai goyang. bukan semua dangdut cek layan. inul cek banned. yang cek suka amelina ah ah, sheeda dan mas idayu. bukan penyanyi yer. tu hah.. lagu-lagu depa.

tapi sejak bila minat dangdut ni. cek pon konpius ni. adakah sejak berjinak-jinak kat kedai karaoke satu lagu singgit tu? bawak geng ramai-ramai pastu dok sendat-sendat dalam tu. sengal masing-masing. hehe nyanyi tak hengat duniya. sepupu sepapat semua penoh sampai rapat..ngeeee..

ari sabtu la paling cek minat. THR GEGAR pukol 12 malam. dok cet atau blogwalking sambil mulut kumat kamit nyanyi lagu tah apa-apa. non-stop lagu dangdut, dari yang cek familiar sampai yang cek tatau langsung apa butir bicara penyanyi tu.

dulu-dulu kalau lagu slow rock memang cek banned habih. tambah-tambah kumpulan yang start dengan hurup S - spring, spoon, sting, spin, spank. ok. yang last tu memang cek tipu je nama tu. tapi hakikatnya memang cek tak suka langsong lagu selow melow ni. mendayu gila. tapi sekarang kenapa ada satu folder penoh lagu-lagu macam tu dalam mp3 player.. owhhhh goshh.. adakah umor telah memainkan peranannya?
antara lagu yang cek layan. adakah sebab cek boleh nyanyi lagu ni tanpa semput?

dalam kereta cuma dengar lagu kat RED FM. sronok. hari-hari depa pasang lagu yang sama sampai nak boleh hafal dah. cuma yang best nya depa ada lagu retro juga. teringat zaman tommy page.. owhhh.. tua sudah cek nih..

pic ehsan google. sila klik pic untuk tau sumber.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...