Wednesday, October 20, 2010

mari makan kek ramai-ramai

 kek yang pertama bernama pecan butterscotch. cuma kek span yang dilapis dengan krim dan ditambah dengan kekacang pecan di setiap lapisan. kemudian di seliputi dengan cecair butterscotch yang kemudiannya mengeras di dalam peti sejuk. sebab dia guna krim yang mahal, maka kek pon terasa sangat sedap. sejuk ja tekak bila makan kek ni. 
kek yang kedua pula memang la sangat sejuk. ini kerana terpaksa disimpan didalam peti sejuk beku untuk mengelakkan kek cair. kalau kek dah cair, maka sekupang pon tak guna dah. macam nasi dah jadi bubur. in this case, kek dah menjadi bubur dek kerna aiskrim atasnya cair.

untuk mengelakkan kek ni cair, maka kumpullah sebanyak mana kaum kerabat yang mampu menghabiskan kek seberat 1.5kg ni. sepotong seorang sudah mencukupi kerana kek yang sangat sejuk akan cepat mengenyangkan pemakannya. lagi elok kalau si pemakan jenis gusi tak tahan sejuk macam iklan ubat gigi itu. maka akan kenyanglah si kawan yang duduk disebelah sebab dapat kek si gigi tak tahan sejuk.
keratan rentas kek maha beku yang payah nak potong pada mulanya itu. berperisa choc chip dan bawahnya kek span coklat.


2 comments:

suri solehah said...

aduh nape kek saja ni..nasib baik i tak pregnan..yg kek beku tu tabur coklat rise ke?mcm kreatif guh

cek chun said...

tu kek aiskrim la daling. u p kedai n tunjuk jer, aiskrim coklat chip tu

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...