Tuesday, October 5, 2010

poning... poninggg

Cek dah pening nih.. Dah 5pm, tapi tak sampai-sampai rumah lagi. Lepas meting tadi, trus datang sini servis kereta. Ambil pakej 145- minyak enjin semi synthetic,oil filter, balacing n alignment tyres dan car wash. Sekejap je dia tukar minyak enjin tu. Selalu dok tunggu kat proton servis punya la lama. Kalau tak 3jam tu, kira memang bernasib baik lah tu.

Bila dia check plug, kena tukar. Rm32. Kalau kat proton 28. Gear oil plak 40, proton 20.. Proton kenakan servis labour rm1++. Kat sini labour servis dah masuk dalam harga barang tu la.

Dah tu pulak, depa panggey cek suroh pegang getah hose dekat kaburator tu. Mak aii!! Banyak nya benda macam karat-karat dalam tu. Kena cuci ni, 180. Lepas cuci kena letak coolant plak. Rm20 sebotol. Karat tu sebab kaburator tu dah ditambah air. Patutnya letak coolant saja. Dulu ada sahabat bagitau cek pasai hal ni. Memang pomen tak akan bagitau yang sepatutnya letak coolant bukan air. Dan tak semua orang yang tau pasal ni.

Dengaq ja 180, cek dah pinau mata. Adehhh.. Lagi tambah lapar perot ni. Dah la tak makan lagi ni. Tapi cuci hose ni boleh di buat kemudian. Memang enjin boleh jalan. Tapi kalau sangkut karat tu masuk dalam kaburator, mau riban-riban keluaq dwet cek.

Lepas depa test drive keta, sudah ada bunyi-bunyi lak. Rupanya kabel enjin tu dah koyak-koyak. Rm80 la pulak. Tukar 1set kabel tu. Dulu cek dok ingat tu bunyi timing belt nak kena tukaq. Rupanya bukan.sekarang bunyi-bunyi dah tiada. Harap-harap berkekalan la hendaknya.

2 comments:

NisaUsoff said...

ko sebis kat mana nih :))...

cek chun said...

:)) kedai cina dekat umah aku. tak p cuci hose tu lagi. tunggu wet turun dari langit. keta sorong dah 6 tahun wei.tak penah tuko apa2 pon. memag patot dah la rosak sana sini:P

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...