Thursday, October 7, 2010

drama sunggoh aihh

melilau otak dok pikir macam mana nak buat skrip drama. dah la pasai sains yang bertajuk bakteria. dalam bahasa inggeris lagi tu. dah mintak tolong, malangnya tak di layan. nak marah pon, cek sedar masing-masing sibok kebelakangan ni. dah tu, takkan nak biar saja kot. marah pula pihak di sebelah sana nanti.

cek tak suka sunggoh kalau jenis yang lepas tangan ni. mentang-mentang la dia yang dipilih bersemuka dengan pihak sana, tak kan dengan senang-senang dia boleh bahagikan kerja dan lepas tangan macam tu saja? yang dia tau bagi arahan saja. nak kredit (bukan kad kredit mahupon topup kredit ya) saja kah? kalau nak sangat ambik la. cek bukan kisah sangat pon. tapi tolong-menolong la sama. kan tu lagi afdal.

apapon cek tetap bersyukur punya anak-anak yang begitu bersemangat nak berlakon. ada kawan-kawan yang turut sudi menyumbangkan tenaga. plan tu nak buat drama ala-ala Magika atau High School Musical. wah-wahhh... plan jer lebey yer cek chun :p

2 comments:

suri solehah said...

ishh..pasni depa mesti diumumkan sbg pengarah popular....tahniah..awat tak ckp kt I pasai drama ni..i amik kursus ni kat u dulu.kalau tak boleh tolon u..huhuhu..

cek chun said...

alaaa. awat u posting awai sgt ehh

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...