Monday, February 28, 2011
betul ke ini yang ku rasa???
penat hati
penat badan
penat minda
penat lelah
i need air
fresh air
cool breeze air
PERHENTIAN!!!!
i'm coming.
tak kira
by hook or by crook!!!
Saturday, February 26, 2011
sengih sengih lebih dari kerang busuk dah
sampai tidur pun boleh sengih sampai ke telinga lagi.
tak tau lah sampai bila kesengihan ni akan berleluasa.
sepanjang berada di dunia blogging ini
hanya dua benda yang boleh buatkan cc sengih sampai tak ingat dunia.
satu, bila cik mat gebu bagi award untuk blog.
bukan satu. tapi dua tau. dua!!!
memang cc sengih tahap kerang busuk dah.
walaupun kerang tu cek chun tak makan.
tapi demi nak senangkan pemahaman, cek chun tulis jugak kat sini.
dari dapur tanpa sempadan, idola bab masak dan makan |
dua, bila baca cerita ben yang bergaya di gym pilihannya untuk jurugambar majalah.
malam tu juga cek chun terus tanya zuraita di facebook
ehh..kau interview ben ashaari untuk Rapi ke tadi?
rasa macam dapat scoop penting saja
sebab masa tu ben tak umum pun lagi nama majalah apa
blogger pilihan malaya, idola bab menulis di dunia blog |
walaupun tak kenal mereka personally
rasa bangga tetap ada
berbangga untuk mereka yang dah berjaya
yang hari-hari cek chun singgah ke rumah mereka untuk baca
walaupun tak selalu meninggalkan komen
tapi rumah itulah yang dituju saban waktu
dan dua tiga hari ni cek chun sengih lagi untuk kali ketiga
kali ni paling besar sengihnya
mula kenal bila semua blogger heboh pasal sorang mamat yang belasah gelang ac mizal
dan sejak tu lah cek chun mula singgah ke blognya hari-hari
suka cara dia present findingnya
ayat senang baca dan mudah hadam
baca gelak, baca gelak lagi
tak paham bahasa inggeris
ada juga bahasa malaysia
memang dari dulu cek chun pantang sungguh dengan multi level marketing
atau MLM bahasa mudahnya
dah berapa ramai habis wang beratus malah beribu untuk join benda alah ni
kalau ikut akal pun
ada ka you belanja seratus dapat pulangan ribu-ribu
tanpa buat apa-apa
you duduk depan komputer
tengok wang you bertambah berganda
itu baru MLM cerita nombor satu
MLM cerita kedua pula kena cari orang atau downline nya
kalau you dah bayar 100 cari lah 2 orang lagi yang sanggup bayar 200 juga
dan benda tu akan berkembang dan terbentuklah skim piramid
yang hanya akan mengkayakan orang di atas
untuk dua-dua situasi ni, cek chun dah lihat sendiri
MLM satu dah menghanguskan beribu-ribu wang di tempat kerja
sorang bayar 200 untuk satu tapak
ditunjukkan satu plan yang ditaip di ms excel
campur dengan kata-kata manis dan buku bank yang menunjukkan wang bertambah
wang tambah, nama pun akan meningkat setapak
cari orang lagi duduk bawah you
lagi banyak duit masuk
hari-hari disogokkan dengan cerita yang sama
tunjuk buku bank
tunjuk nama yang semakin naik di plan excel tersebut
tunjuk laman web yang paparkan wang you
pernah tengok cerekarama di tv3?
AB Taufan?
sebijik macam tu lah cerita MLM satu ni
masa tu memang cek chun nak lempang saja yang datang merayu
tak serik-serik
memang jenis muka tebal
tapi respek la
semangat kuat betul
tapi cek chun tak cukup bukti nak kata
woii..benda ni haram la sengal
apa keja buat duit guna duit orang ni
produk pun tadak
tiba-tiba duit datang selonggok
kalau tak menipu apa lah lagi namanya nih
masa tu cek chun cuma mampu nasihat saja
benda ni sangatlah berbau ikan nya
dalam dok nasihat pun tak jalan
kawan serumah pun termakan juga
tak sampai sebulan, dengar pula sang perayu kena maki bertubi-tubi
semua yang masuk tak sempat nak cash out
dah nampak duit bertambah,
nak cash out macam mana
biar je la dalam tu
lagi lama lagi banyak duit nya
last-last skim dah tepu
crash macam tu saja
dah tu nak marah kat sapa
orang yang merayu pun hilang duit juga
gilaaaa!!!!!
MLM kedua pula kena buat loan dan jual produk
dah la kena tunggu sampai 3 jam sebelum dia datang nak tunjuk cara
memang berasap butt hari tu
yang ni sedara sendiri punya cerita
mai lah rumah, ada benda baik nak cerita nih
sambil sembang-sembang dia suruh tunggu
rupanya tunggu kawan dia cerita produk dan cara buat loan.
bukan sikit-sikit anak tu
sampai 20k.
watdefish!!
ingat cek chun keja hari-hari untuk bayar loan ka
lagi sekali cek chun lost point untuk berlawan cakap
sekali lagi sangat berbau ikannya
tapi tak tau nak cerita macam mana
cek chun dengar dia sembang pungpangpungpang
ambil kertas yang di conteng tu dan balik kerumah
dengan alasan aku nak balik study!!
dan cerita MLM dua ni habis macam tu saja
malas nak ambik tau apa kisah mereka yang dah siap buat loan tu
konon nak berniaga sampai tukar kereta dan pergi melancong oversea.
idola dalam membasmi MLM celanat |
boleh juga cek chun tunjuk kat mereka-mereka yang terlibat ni
ada jugak modal nak kasi balik kat manusia tegar ni
macam yang cek chun dok buat sekarang
tak payah cakap banyak
aku paste saja link blog mamat ni
kalau tak paham lagi, tu memang akal dah tahap tepu la tu
tak mau baca dan terima hakikat bahawa benda tu haram dan menindas.
uitt..panjang pulak gomelan kali ni.
menyimpang dari asal la pulak
sebenarnya cek chun sengih-sengih sebab ini hah
idola dah accept kat facebook
dan ucapan acceptance pertama dari cek chun :
adehh.. sengal kan aku.. macam la tadak ayat lain nak kasi..
Friday, February 25, 2011
cantik berseri dengan manik bling-bling
nurul ini cuma berada di belakang pentas runway. sambil menunggu dan melihat dari jauh hasil kerjanya di gayakan oleh para model. nurul juga berpeluang bergambar dengan fesyen designer terkenal, ni cek chun tengok sendiri (selalu ditunjukkan gambar tersebut dengan nada bangganya. cehh..lu tunggu gambar gua dengan ben ashaari, solihin zubir dan aidid muaddib lepas nih).
kena diyet dulu baru bleh pakai macam nih |
ni cek munah. bersama tudung ariani yang dijahit beads kat awning. jangan ingat rumah saja ada awning tau :-p |
apa lagi solihin, jom lah menempah :)
Thursday, February 24, 2011
yang di idam sudah dapat
kue pau cecah durian kampung. terbaek dari ladang |
'jangan, mahal lagi tu. awal musim lagi'
besoknya kat tempat kerja, ada hamba Allah ni dengan perasaan tak bersalah;
'hampa beli tak durian kampung tu semalam. dia kata dari Baling. aku makan sampai sebijik tak panas pun weh. isi tebai, biji halus saja. isi tebaii weiii.' (kat tebai tu memang dia sengaja stress kan the pronunciation)
mode: telan ayaq liyoq sambil dengar dia cerita. dalam hati kutuk sakan sebab tak biarkan kaki melangkah ke pakcik van tu.
tadi, belum pun kaki sempat mencecah tapak pasar malam, hidung sudah ada bau. ya... sudah mari.. seminggu mengidam deh. tiga biji sepuluh hengget saja. lepas ni boleh buat kenduri. sapa nak makan pulut dengan durian sila angkat tangan sekarang!!!
nak tambah sikit nota untuk solihin hijau zubir:
sebenarnya nak makan durian tu dengan roti. macam buat kaya. sapu saja dengan durian banyak-banyak atas sekeping roti dan ngap dengan jayanya. tapi stok yang ada cuma sebiji pau daging. jadi ambik saja bahagian putih pau. pastikan daging tak melekat sama.
kang melugai dalam perut. tak pasal-pasal kena jumpa doktor aidid pulak. rasa nya jauh panggang dari api dari pulut durian. sama macam makan dengan roti.
Wednesday, February 23, 2011
Monday, February 21, 2011
my four - READ AT YOUR OWN RISK
- The Big C
- The Walking Dead
- NCIS
- CSI
- Criminal Mind (ehh.. empat jer kan..tak kira nak letak jugak)
- food - what to do. i was surrounded by them
- gadget - not a hardcore ones, sadly because of the budget. cek sekolah lagi maaa :-p
- blog - since late 2009. been introduced to them by mr zubir (not ayah solihin)
- learning new stuff - tak kisah la apa benda pun. i'm all eager to learn it.
- macam-macam
- deyyy
- what the fung keong - thanks to aidid muaddib
- no.. no.. no... - same words in one sentence. since teaching year one (depa ni memang keja nak pi toilet. tak tau pasai apa)
- somewhere full of green - been to a tea plantation excite me (weird uhh)
- beach - clear blue or green water. PERHENTIAN!! tak kira, this year misti pi jugak jugak!!
- Universal Studio - masa kecik-kecik dulu memang dok berangan gila nak pi kat US, sekarang Singapore dah ada. naik ride yang ada earth quake, ada kingkong, ada bomb letup-letup (tengok..tengok..apa yang tv dah buat pada seorang kanak-kanak kecil yang suci tak tau apa)
- ikea - serius!!! memang drool kalau tengok iklan ikea kat tv. masa tu tak berkesempatan nak ke kl. dalam angan, rumah penuh dengan ikea stuff. first time ke sana, i'm like a kid let loose in a candy shop. nak pi lagi okehhhh..
- buat report - banyak sey. petang ke malam ngadap lappy kesayangan
melalakmenyanyi lagu nurseri kanak-kanak - tau lagu TO THE ZOO? lagu THE WHEELS ON THE BUS? haaa. dok prepare budak-budak pi lawan action songs. so i have one month to prepare them- tengok wedding serina chef wan AGAIN - drooling over the scale of preparation done by chef wan. heard that he spend around 500k for the lavish wedding.
- korek-korek kotak lama kot-kot jumpa exercise dvd. tak jumpa dan terus tidur
- sifat rajin ditiupkan dalam diri untuk membaking
- hutang-free life
- lots of comments in my two blogs - cekrasala n maifood
- kissing kuje on the cheek
Sunday, February 20, 2011
pen merah pen biru you marah i wat tak tau
mesti pernah dengar pantun tu kan
pantun yang sangat pemes masa kita sekolah rendah dulu
budak darjah dua pun dah tau tulis pantun tu
tapi sekarang budak darjah dua tulis
'awak ada facebook
add la saya'
yang paling cek hairan
kenapa kita tulis pantun tu masa sekolah rendah
padahal masa tu kita mana ada guna pen
mati kalau cikgu tengok
mau dia katok tangan dengan pembaris
'hang kena guna pensel la
baru la senang padam'
macam mana lah budak-budak tu dapat bahan buat pantun ni
mesti pi sekolah saja dok tengok cikgu
pakai baju apa
pakai pen apa
pakai tudung macam mana
pakai beg sama warna dengan kasut ka
semua depa perati
jangan tak percaya
bukan budak perempuan saja
baru ni budak lelaki darjah tiga
'aiit... hari tu ada love, hari ni ada bulat-bulat pula'
(merujuk pada benda bling-bling kat hujung shawl cek)
slow jer dia cakap sorang-sorang
tapi sebab cek cikgu
memang cek akan dengar punya
dalam hati kontrol macho
padahal aku nak gelak kuat time tu gak
nak tau cikgu guna pen merah banyak mana?
secekak hang!!
senang kalau hilang mesti ada pengganti
hari-hari kena mark buku latihan yang semuanya ada tiga buah
buku aktiviti
dan juga paling penting masa exam
pen merah pun bukan main hentam saja
kena mata bulat
nanti terang bila ditanda kat buku
senang cikgu nak
bulat
garis
buat double lines
atau potong apa yang patut
kalau pilih mata halus
tak comel
nanti budak tak nampak pula
saya seorang blogger yang aktif
sapa-sapa yang rasa aktif, boleh la join
kalau tak tau, boleh saja klik kat sini haa.
cek chun ni aktif ka
boleh laaa.. :-p
my blog have been removed??????
bukan cuak sikit-sikit.
ni cuak yang boleh buat cek chun cirit berkali-kali.
apa taknya
sedang enak buat blog walking
tetiba blog sendiri tak boleh access
tak boleh masuk
tak boleh klik pun
bila klik lagi kat handphone tu
dia tulis - the blog has been removed
wat the fung keong!!!!
bila aku remove dey
terus buka lappy yang setia
memang betul dah kena removed
baca lagi banyak kali
your blog may have been removed by you or your team member
arghhhhhhh...
sakit perutttt....
pulun klik merata
last-last dapat verify code through handphone
dah letak code kena letak lagi password
baru la nampak dashboardku yang cun itu
phewwww!!!!!
bayangkan hasil kerja kalau hilang begitu saja
bukan sedikit posting tuh
dekat cekrasala ada 249 posts
dekat maifood ada 211 posts
oh tidakkkkkkk
Saturday, February 19, 2011
jalan sakan sambil letak tanda
takmo
takmo
takmooooo
hari ni cek chun nak berjalan-jalan kat rumah kawan-kawan saja
perjalanan dah start dari pagi tadi
bersambung ke petang
dan seterusnya sampai malam ni
agak-agak kalau sampai rumah kawan-kawan
ada ayaq teh dengan biskut kering tak?
walaupun berjalan tak dapat makan dan minum
tapi cek chun tetap suka
habih rumah orang cek chun redah
siap letak tanda
yang cek dah ke sana
takpa
cek chun dah sediakan green tea sejag
biskut magic twin perasa butter pon ada
sedap pula biskut ni
terpesona dengan ayat -butter flavour-
korang pernah jumpa tak
sat nak google kasi semua orang senang
tak yah korang nak recall lama-lama
tengok pictha saja dah tau rupa
pernah jumpa tak biskut ni? teruja tengok tau |
kalau nak kira
hari-hari kena kerja
tapi hidup kena ada variety jugak kan
kalau tak, mau lemau sebelum waktunya
pictha from : http://vnagraphic.blogspot.com
Friday, February 18, 2011
Thursday, February 17, 2011
jom buat duit senang.. wuhuuuuu
lebih-lebih lagi bila dok goyang kaki jer dah datang duit.
ada duit semua benda boleh beli dan buat.
sapa yang tak nak duit kan..
ada jalan mudah
ada jalan payah
ada jalan haram
ada jalan syubhah
ada jalan halal
jalan manakah yang kita nak pilih?
betul ker bila nampak duit, mata hati pun terpadam?
akal jadi beku
tak boleh berpikir dengan waras?
bukan duit sedikit nih
ribu-ribu
siap buat bentuk kipas
siap boleh tidur bawah duit
siap boleh cium-cium duit dengan mata terpejam
syiok sangat kot.
bila kita tegur tak mau dengar
kita tulis pesan, depa delete
jadi kita pun ikut lah cara depa
nahhhh.. ambik nih
ada buku woo untuk jadi kaya
ni kita bagi kat sapa-sapa yang nak baca
semua benda ada dalam nih
cara susun duit
cara buat skim
cara jadi top dealer
cara cari downline
best woo buku nih
nak baca tak?
klik sini tengok...
orang yang hebat pasti boleh baca.
Monday, February 14, 2011
Sekolah tak habih lagi dah nak buat MLM?????
Kemudian cari kerja yang sesuai dengan kelulusan. Kalau boleh jadi manager dengan kelulusan diploma tu lagi la baguih. Mesti mencanak-canak mak-mak offer anak dara depa kat hang untuk buat bini. Ye lah, jadi manager. Gaji besar wo.
Tapi dalam dunia realiti, mana nak dapat dik. Kau cari kerja sampai hujung dunia pun belum tentu boleh jadi manager terus. Lain lah kau kerja sendiri. Jadi, lupakanlah ayat kak tadi eh. Alaaa.. Ayat yang kata mak-mak offer anak dara depa kat kau tu.
Jadi kita berbalik semula pada belajar. Habiskan pengajian dulu. Jangan tuang (ponteng) kelas. Jangan tidur lambat sebab dok layan blues. Jangan kerja berdetim 24jam. Jangan..jangann...
Kasihan mak abah menbanting tulang mencari rezeki. Pagi-pagi buta dah terpacak kat kedai. Balik pula time bulan dah naik ke langit. Kiranya dalam perjalanan, tak sempat pun nak tengok langit cerah. Tak kasihan kah pada mereka?
Ya, seratus ringgit tu sikit. Semua orang boleh keluar. Anytime. Guna saja duit yang mak abah bekalkan. Ehh..bukan ya. Dah tu kau guna duit kau kerja dulu ya dik. Oooo.. Bagus la. Ada sifat keprihatinan yang tinggi. Tak mau menyusahkan mak bapak. Akak puji kau dik. Sejuk perut akak dengar. Walaupun bukan akak yang mengandungkan kau.
kena cari tiga orang downline? Semua kena bayar seratus ya. Lepas tu kau dapat berapa ringgit dik? Duit kau yang seratus tu, kau dapat balik tak? Jadi modal berniaga ya? Ehh..kau berniaga apa ni dik?
Duduk depan laptop saja? Biar betul ni. Login facebook saja hari-hari? Wahhh.. Lepas tu dapatlah duit yang macam dalam gambar yang kau tag tu ye dik. Duit yang depa buat kipas-kipas tu. Wuyooo.. Banyak tu dik. Patutla mark zuckernberg jadi billionaire. Sebab dia yang reka facebook. Kira korang yang masuk loginfacebookdapat100 ni bisnes bawah zuckernberg la ye. Wuyooooo...
Kiranya modal 100 boleh dapat ribu-ribu la ya. Yippeeeee.. Terornya hang cari bisnes dik. Kalah mak dengan abah kita yang kerja siang malam tapi dapat ratus-ratus saja. Wahhh..kena ajak semua orang kampung lah macam ni. Baru boleh naik ekonomi orang melayu.
Dah baca ka blog aididmuaddib yang akak paste kat wall kau dik? Ehh.. Kau delete ya. Kenapa? Dia kata benda ni haram ya. Pandai sunggoh aidid tu kan. Mana dia tau haram. Dia kata skim ni pyramid saja. Sebab seorang kena kena cari 3 orang. Lepas tu 3 jadi 9, 18 dan sampai infiniti. Wahhhh..ramainya akan dapat ribu-ribu ringgit.. Bestnya. Ramai dapat duit pun haram ka. Apa la aidid ni. Tak sekolah kot.
Kira login facebook saja terus dapat duit ya. Tak payah beli barang lah ni. Tak payah akad jual beli lah ya. Terus kaya ya. Pandai no depa reka bisnes ni. Hang pun pandai dik. Cekap rebut peluang.
Ehem..jangan lupa kat akak ya. Beg LV pun ok gak satu. Kau dah kaya kan masa tu.
Cc: padanlah aidid dok maki hamun saja kat blog. Cakap elok-elok, bukan nak masuk otak. Mata dok nampak sign $ saja. Haram pun boleh jadi halal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, February 13, 2011
Jika mereka boleh, kenapa tidak aku!!! : nothing to do with MLM :-p
Ye lah, buka blog BA, tengok masel ketul-ketul dia. Cerita dia berjalan kaki dari stesen lrt ke rumah. Cerita dia bersenam sampai peluh-peluh. Bukan takat cerita. Sekarang dah boleh tengok dengan mata sendiri. Bersungguh-sungguh dia cuba bercakap sorang-sorang depan kamera. Suara yang halus juga rupanya ben ni :) dok ingat garau macam nasa dj THR tu.
Buka facebook pula, nampak cik kasma yang tekun menunggang kuda, pergi yoga, pergi spa, jaga body. Dan bakal juga masuk Rapi. Tambah fofular la lagi kawan cek yang sorang ni. Masa mengajar dulu, bos pun sayang. Almaklumlah rajin buat kerja. Merata tempat dia dapat sponsor untuk jayakan tabung PIBG sekolah.
Scroll lagi mouse dekat senarai friends, nampak lagi puan ita yang jelita. Anak dah tiga, rupa tetap macam anak dara. Memang padan dengan kerjaya sekarang. Sibuk 24jam tapi masih punya waktu nak menjaga kesihatan.
Cuma 3 contoh yang cek letakkan. Mereka yang boleh dijadikan mentor dalam menjaga badan dan kesihatan. Walaupun sesibuk mana, tetap punya luang masa untuk bersenam.
Kasma simpan semua peralatan dalam kereta. Balik kerja yang jauh (sebab jam) klang-kl, terus dia singgah ke kandang kuda. Hari lain pula ke yoga.
Ben? Rasanya semua dah tau rutin hariannya. Dah sepuluh tahun ke gym yang sama.
Ita pula dari pembacaan statusnya di fb, rajin bererobik dan berdansa. Dan sekarang dah jatuh cinta pada aktiviti lasak. Jeles sungguh bila baca dia dah naik 4x4.
Seee... Motivasi dah depan mata. cek tengok dan baca saja. Tapi semua tu bakal berubah. Bak kata entry cek yang lepas.
U STILL HAVE THE CHANCE
LIVE LIFE TO THE FULLEST.
Cc: Jangan dok nganga saja buat-buat macam tak ada kerja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, February 12, 2011
rasa macam nak sumpah orang tau..
terus terpikat sama video selamat hari ibu - yang pernah cek chun tengok time hari ibu lepas. juga video ni yang sangatlah seswai untuk cek yang tengah rasa macam nak menyumpah orang nih. sebab apa? tu pasai posting cek sebelum ini lah. rasa macam nak sumpah orang tu jadi gerai saja :p
jeles atau cemburu?
pakcik Cek kata - apa pelayan tua semua ni. macam mana customer nak ramai. tak mau ambik perempuan siam ka? nada gurau yang keras, tapi mampu buat kami semua terbahak-bahak ketawa. termasuk orang yang dikata. tak lama kemudian, bisnes makin maju. minuman saja dah kena order ais ketul sampai 12 beg dari lori ais putih Atlas tu. memang port gerai tu bagus. tempat orang lalu lalang.
mereka memang pulun sunggoh. mak siap buat banner. katanya daripada duduk saja, lagi dia sakit. lagipun dia boleh tolong kawan-kawan. mak dapat sakit jantung dan gout. tapi kalau bab masak, sakit apa pun dia tak ingat dah. hari-hari memang kena makan ubat. tiga kali menginap di CRW di Sultanah Bahiyah.wad spesel untuk orang sakit jantung.
Cek pun siap berkempen dalam blog dan pada kawan-kawan. jangan lupa wei pi makan bihun sup tok milah. ayat tu lah cek sibuk dok shout kat kawan-kawan di FB dan di sekolah. tu memang specialty mak. satu lagi ayam percik madu. memang dah biasa berniaga di pasar malam, semasa jom heboh dan sua rasa celcom dan juga di bazar ramadhan di kepala batas, penang.
dan tadi, dengan suara sayu, mak cakap gerai dah tutup. tuan asal gerai dan tuan gerai sekarang sibuk bergaduh berebut tapak. tuan tanah sekarang dah tujuh tahun ambil alih gerai tersebut. bila dapat tender kantin, dia offer sewa dekat mak and the gang. bila tuan tanah asal tengok bisnes masyuk, baru sekarang nak ambil balik gerainya. tujuh tahun tu. TUJUH!! sebelum ni takda rasa ka nak ambil gerai tu?? what the fungkeong kan.. pantang tengok orang lebih sikit, terus nak celah kat kona (corner).
mak malas nak berniaga lagi. tak mau terlibat dengan gaduh-gaduh semua. buat semak perut saja. barang untuk berniaga abah dah beli penuh peti ais gedabak tu. besoknya baru depa start bergaduhnya. memang Allah nak uji sunggoh. sekarang jenuh nak perabih stok.
cc: pening kepala tengok perangai sesetengah meleis nih.
Pagi-pagi mari mengaji
Program ini dijalankan selama beberapa kali setahun. Pelajar akan diuji secara individu untuk memastikan semua dapat menghafal bacaan tadi.
Cek Chun terlibat dengan kelas 2 Kristal yang belajar di kantin saja. Luas dan kena angin sepoi-sepoi bahasa. Berbaju biru dalam gambar tu ustaz jamaluddin. Kami semua membantu sahaja.
Sessi pertama sehingga 10.30 pagi. Selepas makan, semua akan ke surau untuk belajar sembahyang pula. Kali ni ustaz dan ustazah yang betul pula handle. Kami pula kena siapkan bilik-bilik khas. Hias atau kemaskan bilik yang dipertanggungjawabkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, February 11, 2011
i had a wake up call just now
that was what marlene wrote to cathy in her final note. she's taken her life by blowing her head off. with her own gun. i think she was afraid that her on and off Alzheimer will bring danger to her love ones. just few hours before, she was pointing the gun to cathy's son, who come to help repairing the broken grandfather's clock. when Alzheimer struck, poor marlene will lost all her memory, and think that the boy came to rob her. this episode of The Big C really move my tears.
that two simple sentences really hit me on the head. why waste my time by letting the time fly. do something. move the body. moveeeee....
Thursday, February 10, 2011
kelebihan berselawat
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
Source: http://virtualfriends.net
Wednesday, February 9, 2011
pizza jopun
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
update: thanks rozita sebab sudi meneka. ni memang makanan. dari jopun sebenarnya. okonomiyaki. betul kata rozita. memang macam pizza. dalamnya ada kobis dan tepung. buat macam penkek. kemudian letak la segala sos mayonis dan Worcestershire. yang macam selotep tu namanya bonito flakes.
gambar kat atas ni lah asalnya bonito flakes. dibuat dari tuna yang dikeringkan. sekali tengok macam tongkoi kayu. lepas tu, di sagat dan jadilah macam selotep tu. penkek ni Cek beli kat jusco. rm4.50. rasanya macam takoyaki dah. cuma minus the octopus.
pic source: http://eatbma.blogspot.com, http://wakaranai.winter-muse.net
Tuesday, February 8, 2011
Pagi yang gelap gulita
Mujur kat simpang jalan dah pasang traffic light. Kalau tak, jenuh menunggu turn untuk melintas. Ramai juga rupanya yang tinggal dalam kampung Cek ni. Motorsikal lagi la banyak.
Kalau time hujan, jam sampai 4km dari traffik light utama. Memang seksa nak bergerak. Sekolah yang jarak sekangkang kera pun dah jadi sekangkang kingkong.
Sekarang ni Cek kat kantin. Nak breakfast lauk pun tak mengancam. Tunggu horlick ais bungkus jap. Menarik pula tengok depa dok minum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, February 7, 2011
baca blog guna handphone? boleh bikin sesak napas saja
coverage teruk beb. macam tak cukup nafas saja.
kena pula Digi yang kuning diraja ni buat hal.
bil online tak sampai-sampai.
tup-tup dapat conection error.
alaaa..cek tau la tu.
nak habaq kata - pasai pa hang tak bayaq bil la tuh.
eeeeeeeewwww (anwar hadi lagi sekali)
salah sapa nih.
cek ka?
no akaun pun tak tau
no broadband lagi la tak tau
camna cek nak bayaq bil (ala..alasan)
huhh!!!
maka cek terpaksa la rely on my handphone yang screen kecik bebeno nih hah.
yang coverage pun kadang-kadang EDGE, kadang GPRS
nak harap 3G, kena duduk luar rumah la rasanya.
memang ada satu port baekkkkk punya depan rumah untuk dapatkan line 3G nih.
kat situ la cek dok buat blogwalking.
siap ada kusyen wehh. parking time sambil cecah pelam. aiyarkk.. ayaq lioq sudah meleleh.
baca blog yang kurang widget.
cun.
cantik.
marbeles.
cepat ja hp ni aplod.
baca sampai habis.
nak komen la. best nih
klik saja kat post a comment.
aikkk.. tarak boleh la wehh..
cuba lagi sekali.
haahh.. memang tak boleh.
rupanya tuah tanah tak guna pop-up window untuk comment.
maka cek baca saja la.
nak tinggal jejak pun tak dapat.
ronda lagi blog.
uik.. apa yang dok ligan (kejar) cek nih.
rupanya shout box yang di sembunyikan tu la.
mana cek scroll dia ikut.
kiri ka
kanan ka
atas ka
bawah ka
ikut saja arrow tu
setiap kali baca boleh la dua baris ayat saja.
yang lain semua kena block dengan shout box itu.
adehhhhhhhhhh.
tu ja dulu kot.
cek nak pi cari oksigen sat.
Gegar 1000 blog oleh Ben Ashaari
kali ni dia nak gegaq 1000 blog pula.
hari tu dah 500.
sekarang dia up lagi kasi seribu.
lenguh tangan tak ben?
sapa saja nak join boleh ja,
senang saja.
letak header, tajuk yang ben kasi tu.
dan jangan lupa ayat keramat kat bawah ni.
jeng.. jeng ... jeng....
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
betoi. betoi betoi...
memang cek suka sangat baca blog.
menulis lagi cek suka.
tapi tak boleh la lawan otai tuh.
satu hari berlambak-lambak entry.
ni nak tulih satu pon dah ketaq.
tapi cek cuba juga.
lambat pula kali ni nak join.
brodben buat hal ler.
hanginnn....
ni pon guna wifi gomen.
aippp.. dah habis kelas maaa..
cek stay back buat kerja sikit.
sambil-sambil ja nih.
okeh incik ben.
moga dipertimbangkan permohonan lambat ni.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
cek chun
Sunday, February 6, 2011
Telur hitam legam
Tapi teruja.
Hitam hitam si tampuk manis.
Makin ku pandang makin menawan.
Telur pindang ni Cek dapat dari restoran Briyani Gam 88 di Sg Petani. Sebiji rm1.20. Makanan tradisi orang Johor. Makan macam tu saja. Ni kali kedua. Pertama kali dulu rasanya sangat pahit. Baru semulut, dah kena luahkan. Kali ni, rasanya boleh tahan. Boleh makan sampai habis.
Antara bahan yang digunakan semasa merebus telur pindang ialah daun jambu batu, daun manggis dan daun senduduk. Fungsi daun ini untuk menghitamkan telur. Rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan serai turut digunakan.
Kulit bawang merah juga dimasukkan, malah ada yang masih terlekat pada kulit telur ni. Semua bahan ini dimasak dengan telur dengan api perlahan selama 2 hari.
Dulunya, telur pindang menjadi bekalan untuk perjalanan jauh. Ia bertahan sehingga dua minggu tanpa rosak atau basi. Sekarang telur ni digunakan untuk cenderahati majlis perkahwinan, pertunangan, majlis cukur jambul atau berkhatan.
Ada cara lain tak untuk nikmati telur ni?
Source: wikipedia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
berpusu-pusu ke tempat mencari rezeki
bummer to bummer.. kasi gua tensen ajaaa.. |
2km lagi ke Sg Dua, dia start dahhhh... |
lorong smart tag pon ponuh..aishhhhh |
i lap u la dey.. dah tukar bateri baru nih. 12 hengget jugak lah |
Geng motor yang tak sedar diri ni memang menakutkan. Kalau di Penang, mereka lah yang paling ramai dari kereta. Kereta dan lori yang perlu bagi laluan pada motorsikal. Kalau tak, pakai bergaris la body kereta yang kiut berkilat tu kena langgar.
Bukan semua mat motor itu hampeh. Ada yang ikut peraturan. Tapi yang tak ikut pun ramai. Hairan betul. Dulu Cek pun naik motor gak. Dekat sepuluh tahun menunggang sampai kematu bontot. Tak da la sampai nak potong lampu merah atau mencilok tak ketahuan punca. Bukannya sampai cepat pun. Setakat 5minit awal tu, apalah sangat nak dibandingkan dengan nyawa.
Hari ni Cek sampai awal jugak la ke destinasi. Thanks to Smart Tag. Perjalanan dijamin lancar. Tapi kalau alat kat kereta depan stuck, sekupang pun tak guna jugak. Tunggu la sampai bantuan sampai. Selalunya Tag tak diletakkan betul-betul. Kena undur dulu, baru boleh discan.
Cc: pesanan khidmat masyarakat ditaja oleh kopi cek beydah and co.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, February 4, 2011
Warcraft?? Mario brothers? Final fantasy? Ni jugak yang best nya
Bila dah puas sengkang mata mencari barang, kena la pula solve the puzzle. Baru boleh dapat hidden object untuk digunakan semasa cubaan menyelamatkan diri dari pulau ini.
Main games ni cuma merupakan salah satu cara untuk cek stimulate balik otak yang dah tepu dengan marking papers budak-budak. Cek juga suka pasang earphone dan nyanyi kuat-kuat sorang diri. Dengar lagu merdu dari sound system ipod touch yang sangatlah tip top pun sudah memadai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Luahan perasaan apakah?? Go get a life please..
Ni lah bahana kalau ada karaoke set kat rumah. Kalau rumah sound proof, takda siapa nak hangin. Melalak la puas-puas. Cek pun mau join sama. Ni kalau rumah dekat sampaikan bersin pun boleh dengar, janganlah cuba-cuba nak berkaraoke. Kang tak pasal-pasal jiran dok maki dalam hati. Mengganggu ketenteraman awam boleh masuk jel tau tak?
Cuba pergi ke pasaraya dan menyanyi di pusat karaoke tu. Sejam rm15. Agak-agak sengkek, cari saja karaoke box yang satu lagu seringgit. Kami panggil karaoke jamban. Ye la, kotak kecik muat 2 orang saja. Sebab tu murah. Agak-agak nak tunjuk bakat terpendam, menyanyi la puas-puas di sini. Paling leceh pun, orang yang lalu-lalang pandang. Nak tengok suara sapa lah yang buruk bebenor ni.
Kalau kat tesco alor star ni, kotaknya besar. Dinamakan Family Room. Memang cukup sekeluarga duduk dalam tu. 4 orang masuk memang ngam-ngam soi. Lagu seringgit saja. Guna token. Tapi pilihan tak banyak la. Padan la murah.
Ehh.. Mana cek chun tau nih?
Tetttt! Tu la tempat pilihan kalau nak merealease perasaan. Malu pula cek nak confess ni. Hehehe. Budak kecik pun join. Semua gara-gara Idola Kecil kat tv. Cuba kalau suruh dia duduk diam-diam atas kerusi tu, kejap lagi tarik la muka 16 segi. Sua microphone kalu, muka terus ceria. Padahal lagu yang dia ingat cuma tang korus saja.
Sebenarnya dah lama tak karoks sana. Rasa bersalah pula bila budak kecik ni dok nak ikut. Kang jadi artis, jenuh cek nak menjawab ngan mak abah dia. Masa mula dengar jiran berkaroks, dia dah suruh abah beli benda yang sama. Dalam masa yang sama, boleh pula budak kecik ni geleng-geleng kepala bila dengar suara sumbang dari rumah sana. Konon jadi juri la.
Memang macam-macam cara orang melepaskan perasaan. Sebolehnya janganlah sampai mengganggu orang lain. Kang tak pasal-pasal, orang lain pula yang stress.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, February 3, 2011
Kalau hari-hari macam ni kan bagusssss
Bila sampai kampung ja, line pun bertukar la. Blackberry pun jadi EDGE. Digi sipi-sipi bahasa. Kejap ada, kejap hilang ntah kemana. Sakit dada tunggu depan laptop. Semalam dah jantung jatuh, hari ni dan 3 hari seterusnya, giliran dada pula senak.
Hanya mampu menaip di handphone saja. Kemudian tunggu dan tunggu sambil berharap bila SEND, maka akan keluarlah post di blog.
Maka dengan ini segala blogwalking terpaksa di hold dulu. Maaf ya.. Bukan salah ibu mengandung. Salahkan celcom dan DG yang iklan saja lebih dari realiti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
erkkkkkkkkk.. jantungkah yang jatuh tu????
tiba-tiba.... jantung cek berhenti berdenyut seketika. adalah 3 saat. serius!! bunyi yang maha dasyat. bertalu-talu. belakang rumah saja. kalau ini lah bunyinya, bukan kata hantu, jebon pun tak berani nak dekat. memang berjaya lah depa menghalau hantu-hantu malam ni. sah dan nyata guna mercun seludup kot Padang Besar ni.
setelah berjaya mengutip jantung dan memastikan injap berjalan seperti biasa, cek pun jengok kat luar. wahh.. meriah..meriahh.. rasa macam nak join. agak-agak kalau pakai kain batik, sempat lari tak sebelum mercun meletup?
pictha source : http://birdstalkingtoo.blogspot.com/2010_01_01_archive.html
notis pendek saja
gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.