Saturday, February 12, 2011

jeles atau cemburu?

sudah sebulan mak cek chun berniaga di gerai tepi jalan sana. makin hari makin ramai pelanggan. biasa lah. berniaga apapun, mula-mula memang orang belum kenal. bila dah rasa, nanti adalah peminatnya. mak gajikan kawan-kawannya yang sudah dipecat dari kantin sekolah. mak memasak, chu nah membancuh air dan sorang lagi melayan pelanggan.

pakcik Cek kata - apa pelayan tua semua ni. macam mana customer nak ramai. tak mau ambik perempuan siam ka? nada gurau yang keras, tapi mampu buat kami semua terbahak-bahak ketawa. termasuk orang yang dikata. tak lama kemudian, bisnes makin maju. minuman saja dah kena order ais ketul sampai 12 beg dari lori ais putih Atlas tu. memang port gerai tu bagus. tempat orang lalu lalang.

mereka memang pulun sunggoh. mak siap buat banner. katanya daripada duduk saja, lagi dia sakit. lagipun dia boleh tolong kawan-kawan. mak dapat sakit jantung dan gout. tapi kalau bab masak, sakit apa pun dia tak ingat dah. hari-hari memang kena makan ubat. tiga kali menginap di CRW di Sultanah Bahiyah.wad spesel untuk orang sakit jantung.

Cek pun siap berkempen dalam blog dan pada kawan-kawan. jangan lupa wei pi makan bihun sup tok milah. ayat tu lah cek sibuk dok shout kat kawan-kawan di FB dan di sekolah. tu memang specialty mak. satu lagi ayam percik madu. memang dah biasa berniaga di pasar malam, semasa jom heboh dan sua rasa celcom dan juga di bazar ramadhan di kepala batas, penang.

dan tadi, dengan suara sayu, mak cakap gerai dah tutup. tuan asal gerai dan tuan gerai sekarang sibuk bergaduh berebut tapak. tuan tanah sekarang dah tujuh tahun ambil alih gerai tersebut. bila dapat tender kantin, dia offer sewa dekat mak and the gang. bila tuan tanah asal tengok bisnes masyuk, baru sekarang nak ambil balik gerainya. tujuh tahun tu. TUJUH!! sebelum ni takda rasa ka nak ambil gerai tu?? what the fungkeong kan.. pantang tengok orang lebih sikit, terus nak celah kat kona (corner).

mak malas nak berniaga lagi. tak mau terlibat dengan gaduh-gaduh semua. buat semak perut saja. barang untuk berniaga abah dah beli penuh peti ais gedabak tu. besoknya baru depa start bergaduhnya. memang Allah nak uji sunggoh. sekarang jenuh nak perabih stok.

cc: pening kepala tengok perangai sesetengah meleis nih.

2 comments:

Solihin Zubir said...

perangai melayu mmg camtu..
bila tgok org maju, mula la nk dengki..
ayah sy pon siap kna fitnah makan rasuah lagi..
geram btoi ngan manusia bengong camtu..
ups.. sory!

cek chun said...

some of the meleis solihin. memang macam tak guna akai yg Allah bagi saja.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...