Sunday, October 31, 2010

bila payah beno nak mengomen

cek ni suka komen. dan suka kalau orang komen. cek komen pon sebab cek sudah terpikat kat entry orang tu. sebenarnya to me, komen tu macam a kind of recognition gak. atas penat lelah menaip tuh. penat tunggu nak aplod pictha, penat google image atau info, tu tak kira penat menaip lagi tu. dan juga penat otak dok pikiaq apa lagi la nak type hari ni. ehh.. incik ben tak ada masalah penat otak ker? gila laju jer flow dia menaip entry.  i like :D

yang tak sedapnya bila nak komen, kena lak type WORD VERIFICATION tu. selalu gak cek gagal. mata ni tak nampak dah kot. kadang-kadang i cek p type l. owhhh.. cek sangat-sangat hate itu verification. boleh mematikan niat nak mengomen kat entry tersebut.

yang paling cek tak tahan tu, dah ada word verification, siap nak kena approve la plak. hehehe.. adoiii.. cek gelak saja la. walaupon sebenaq nya cek hangin suda satu badan. dah la word sudah ada salah type. lagi komen tak appear time-time tu gak.

apa kata guna satu saringan ja. pilih la, nak verification ka nak owner approving. cuba tiru si kembar tepi pagar ni, incik ben dan incik mat gebu. kan senang nak komen kat blog-blog depa.

nota tangan: dah try komen kat semua. harap tak menguris hati sapo-sapo

Saturday, October 30, 2010

Ganti telor??????

Ni latest trend ka? La ni depa bagi tuala kecil, sapu tangan, bunga gantung kat kereta,muffin, cupcake, kipas tangan dan set sudu&garpu yang cute miut bungkus dalam plastik.

Mana perginya telor dah? Mahal ke? Telor dah naik harga ka? Rumit kot nak rebus, sejukkan, then tampal kat riben bunga telor tu. Ambil masa la kot. Leceh lagi.

Cara paling senang buat macam ni la kot. Cari je kat kedai. Yang duduk belah utara ni, serbu ke Padang Besar. Nah kau... Macam-macam adaaaa. Pilih je warna ikot tema wedding dan sediakan duit. Murah plak tu.

Tapi kenapa tak ada telor. Bukankah awak tu nak kahwin sekali tu je (hopefully la kan) majlis dah gempak, duit pon banyak habis, kenapa telor nak dilupakan. Tu kan adat kita. Kesian nasib telor.


Tapi ni yang paling latest. Ayeh kata mak pengantin yang masak sendiri ni. Mun pulak kata depa nak promote kot. Pasni tuan rumah ambik order.
|
|
|
|
|
|
|
|


Lain tempat lain la buah tangan pengantinnya. Tempat korang ada apa pula?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 29, 2010

kenapa saya suka guna jalan bawah


 bila nak balik ke kampung, cek boleh guna highway PLUS yang kena bayar sampai rm11.80 atau cek boleh guna jalan bawah, main road yang dah ada bertahun-tahun dulu. jalan yang menyusuri terusan wan mat saman. sungai yang disebelah kiri itulah terusannya. dah cetek pon. cuma berguna semasa musim hujan. melimpah luah air penuh sungai tu. masa ni lah penuh orang menjala atau memancing puyu atau sepat ronggeng. kekadang bila bernasib baik, dapatlah haruan.


banyak pokok-pokok besar di kiri kanan jalan. seronok boleh drive selow-selow sambil menikmati pemandangan ni. jalan pon elok dan rata. dari nak bayaq duit guna PLUS sambil tengok bendang di kiri kanan jalan tu, baikla cek pilih jalan bawah ni.


kalau dah jalan utama ni, jangan la harap nak speed sampai 110km/j ya. tak sempat nak tekan 100 pon, tetiba ada lori besar yang sangat selow ada kat depan. wat sakit jiwa dan membazir minyak petrol ja kalau nak cuba speed di jalan macam ni. take your time and enjoy the moment. kalau nak cepat, silalah guna PLUS highway.

cc: punya la drive selow sampai pictha hp ni pon tak gegar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 28, 2010

akhirnyaaaa!!!!!

setelah lama menanti dan berharap.. akhirnya ada juga. tak payah dah nak tukar line. tak payah dah nak cari spot cantek yang dapat line. tak payah dah nak rasa ralat sebab handphone depa saja yang bunyik. tak payah..tak payah..

tujuh tahun woo menunggu. kalau nak dapat coverage, kena berada di bangunan yang paling tinggi. kat sini tingkat empat la. owhh..payah bebeno. baik shut off saja. tak payah pening kepala. payah sunggoh bila tak ada line ni. ada kecemasan macam mana? tak ke kena beli dua handphone.


mula dulu line apa pon tak da. kemudian digi datang dengan full coverage. dipacak nya tiang pemancar selang beberapa blok saja. habis semua tukar ke line digi. kemudian maxis pula datang. owhh..seronok sekejap rasa di hati. handphone sudah boleh guna. yang ke digi pon sudah beralih arah.


ini baru kejap tadi tetiba BB berbunyi. uittttt!!! ada line ke celcom. aahh laaa.. wahhh.. (kenyeh sampai telinga) orang lain tak tahu lagi ni. semua dah balik. besok tunggu reaksi depa.



 walaupon kat modem tu tulih E saja, tu pon dah syukur. harap-harap pasni dapat la 3G++ ..



nota tangan : first posting from my workplace. yeahhh.. i like :D 

Wednesday, October 27, 2010

kerinduan membuak-buak

 tetiba teringat budak kecik ni. nama manja KUJER, nama betul rahsia. abang dia yang bagi nama manja tu. bila dah besar, semua orang dah panggil dia dengan nama betul. tinggai chun saja yang pangey dia kujer lagi.
 kujer paling suka kalau kak chun dia balik kampung. nampak je kereta, dia dah boleh bangun dan terus p mandi. aah.. betoi la tu. terus p mandi. bukan dia nak sambut kak chun. lepas dah mandi pakai baju cantek-cantek, baru dia akan senyum dan cakap - kak chun nak p tesco kann..

 dia dan tesco memang akrab. pantang disebut. nak ikot manjang. bukannya ada apa pon. agaknya dia seronok naik kereta kot. sampai ke tesco, dia dengan gigihnya akan ikot saja kakak-kakak berjalan dan shopping. dalam troley tu bukan tempat dia la. sori.. nak jalan sendiri ok.
paling dia suka posing dan nyanyi. dengar saja lagu kat radio, dah boleh hafal. tapi bila suruh masuk princess fashion show, tak pulak dia mahunya. stage fright ke? sebenarnya malu macam apa lagi. tu pon ada hati nak masuk bintang kecil.
 seee.. chomey kan dak ni. anak sapa la ni. tapi sangat la manja dengan mak dan abah dia. si abang tak boleh sentuh sikit. mau melolong dia nages. tapi kalau dia pukul abang, boleh la plak. selalu dia la kaki buli nya.
bila dah ada geng dan mesra, baru la nak tunjuk belang. masa ni suroh la apa pon. menari? menyanyi? pusing-pusing? semua dibuat dengan mudah saja. besr fren nyer ni anak sedara chun. alia namanya. dia pangey kujer makcik baby.

Tuesday, October 26, 2010

Lama dah tak dibelai

Potong kuku tiap minggu kan? Masa potong tu ada terfikir tak - ni kalau orang tolong potongkan mesti best nih. Pastu dia urut sikit tangan atau kaki tu. Aduhh bestnya.. Kita sua saja.

Kalau dah ada partner in crime tu, boleh la p sua tangan kat dia.

Yangggggg.. Kuku ni cam panjang kan. Nak ambik wuduk pon payah nanti. Kang tajam, terkena plak kat kulit Yang nanti. Tolong Yangggg.. Sambil mata wat-wat kuyu harap belas simpati suami@isteri.

Sambil potong kuku, leh bergurau senda, panjang umor, panjang hubungan. Insyaallah...

sangatlah empok ini kerusi. siap boleh urut-urut badan lagi. nak lena pon boleh.
Dah tu yang single mingle takda crime lagi ni macam mana? Haaa.. Tak reti-reti nak cari kedai? Kena lak duduk atas kerusi empuk. Tadah kaki tangan saja. Siap berurut. Boleh terpejam mata dibuatnya.

Cuma kena bayaq je la. 35-45 sekali sesi. Kalau tak mau cat, tolak 10 hengget. Kalau kuku tu di cat, camno kau nak ambik wuduk lak nanti.

Duduk la terhenyek kat kerusi empok tu. Mata boleh pandang flat screen kat depan. Habaq saja nak cerita apa. Kalau bosan, baca je majalah yang bersusun rapi ditepi kerusi. Cukup 30-40minit, bangun dan bayaq kat kaunter.
segala jenis krim yang digunakan. dulu tatau pon krim-krim ni wujud :p

Sekali sekala boleh la bermanja macam ni. Mau dok p selalu ka, pengsan nak bayaq. Cara paling mudah - beli ketip kuku dua ringgit kat pasar malam, pastu potong sendiri. Jimat belanja, jimat masa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

dah takda tempat len ka nak kencin!!!!

Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.
Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

sumber : harian metro


bila dah akai letak kat lutut, jadi macam ni la. lupa habis dosa pahala. sebelum ni ditatang macam menadah minyak yang penuh, sekarang dibuang macam sampah.

mengucap panjang bila dengar sedutan berita ni dari MHI kat tv3 pagi tadi. kenapa sampai begitu bencinya. bukankah itu cinta hatinya. yang sanggup ke siam demi nak menghalalkan hubungan mereka. 



Monday, October 25, 2010

can i say that i am a coffee junkie?

 pagi-pagi mesti jerit BIASA!!  kat kak kantin tu. jap lagi sampai la dia dengan kopi ais kurang manis dan extra ais segelas. memang kaw la dia bancuh air tu. nikmat.

satu lagi tempat best untuk dapatkan kopi ni kat kiosk tesco. alaaa..lupa lak nama gerai tu. tapi kiosk tu ada jual aiskrim dan yogurt. yang ni namanya RUSH. tuang kopi 2/4 cup dan selebihnya ais krim vanilla. nak minum kena kacau-kacau dulu kasi ais cair sket.. sekali lagi nikmat!!!

tapi tak boleh la minum banyak-banyak kafien ni. sangat lah bahaya. sebab tu tak boleh selalu ke tesco :p bahaya wooo..

Sunday, October 24, 2010

masak sampai penat

kami plan last week lagi. sebab this week semua tak balik kampung. macam-macam menu yang keluar kat mulut. ada puff, ada kek, ada pau. sementelah pula sorang dok baca RASA, lagi macam menu la dia sebut.

last-last kami decide to cook pizza, oreo cheese cake and sardine puff. lepas aerobik bersama kak rose, kami akan terjah tesco. hmm... wat penat pi aerobik ja. pastu nak makan tak henggat!!

kat tesco punya la ramai manusia. sebab kami awal, maka cashier counter tak sempat nak penoh pon. cuma semua orang stuck kat kaunter penimbang. beratur panjang sampai keliling blok sayur-sayuran. mesin penimbang ada empat dan ke tiga-tiganya rosak. dek kerana sibok mengiklankan KAMI AKAN BUKA KAUNTER PEMBAYARAN BARU JIKA DI DEPAN ANDA ADA TIGA ORANG PELANGGAN maka dibiarkan kaunter penimbang ini dengan seorang pekerja sahaja.

mulut-mulut makcik dan pakcik depan cek dah mula potpet-potpet. dah tau ahad customer ramai, repair la mesin tu siap-siap. ni baru nak terhegeh-hegeh repair, tukar apa yang patot. ok, ayat ni cek yang tambah. pakcik makcik kat depan cek tu dah diam. mungkin penat beratur. dengan barang-barang kat tangan lagi.

kami start projek pukul tiga tiga puluh petang. berakhir jam sembilan setengah malam. mula tu adun pizza doh dan peram. kemudian bakar cheese cake dan simpan pulak dalam peti sejuk. kembali semula ke doh pizza dan atur segala mak nenek sayor dan sosej atasnya. bakar hingga masak.

bila dah penat masak, masing-masing terbongkang depan tv. bila dah habis terbongkang, mengunyah pula berlangsung dengan jayanya. kemudian menolong cek staple kertas soalan exam. bab ni cek suka sangat. dalam sekelip mata kerja pon selesai.

cheese cake kena simpan dulu dalam peti sejuk. belum cukup masak lagi. besok petang kita makan. sekarang kita belasah pizza saja. lembutnya roti piza. gebu pulak tu. masing-masing puas hati. memang belanja agak tinggi. tak hairanlah kek ini boleh mencecah rm70 se kek. dalam hati masing-masing ada hati nak buat ciskek untuk raya haji akan datang.

senam sampai sendat

kalau rajin, pagi-pagi kat PISA, Bayan Baru sana ada sesi aerobik bersama kak rose. sapa-sapa pon boleh ikut. rasanya dah 3-4 tahun dah cek dok p sana. tapi selalunya culas la. jap ada jap takde. kak rose and the gang tetap ada. cek ni hah yang malasnya.

geng aerobik tu takda la pakai camni. nak mampoih? kang penoh orang skodeng lak.

 ramai gak yang join the crowd. yang muda, tua, nenek, tokwan pon ada. kalau tak fit, u tak yah la lompat-lompat macam kak rose. janji ikot je step tu. memang bagus kak rose ni. kalau first time p pon, badan tak akan rasa sakit-sakit. janji ikot cara dia wat stretching dengan betul.  dia pon dah early 40. badan bergetah  solid lagi. kalau tengok dari belakang, perhh.. cam anak dara.

cek paling suka time ada step earobik untuk lagu joget, hindi, atau latin. tetiba terasa macam teror menari. padahal step berterabur ja. boleh la kan.. janji kuar peluh banyak-banyak. kasi nyah itu toksin n toksid dalam badan.

 pictha ehsan google kopipes sini

saya blogger baru

ben buat hal lagiii... dan macam biasa cek mesti follow punya. hehehe.. mana boleh lepaskan peluang keemasan ini. kali ni cek nak promot blog cekrasala ni.

kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang,  ibu-ibu, ayah-ayah, semuanyaaa.. dalam ni cuma cerita tentang cek, famili, kawan-kawan.  kekadang ada info.ikot dan la mana yang terlintas dek akai. macam-macam rasa ada..

lagu yg macam mana awak suka?

sejak dua menjak ni kalau dengaq dangdut, apesal badan juga mo goyang? bukan dulu tak suka dangdutkah? dulu suka, tapi tak da la sampai goyang. bukan semua dangdut cek layan. inul cek banned. yang cek suka amelina ah ah, sheeda dan mas idayu. bukan penyanyi yer. tu hah.. lagu-lagu depa.

tapi sejak bila minat dangdut ni. cek pon konpius ni. adakah sejak berjinak-jinak kat kedai karaoke satu lagu singgit tu? bawak geng ramai-ramai pastu dok sendat-sendat dalam tu. sengal masing-masing. hehe nyanyi tak hengat duniya. sepupu sepapat semua penoh sampai rapat..ngeeee..

ari sabtu la paling cek minat. THR GEGAR pukol 12 malam. dok cet atau blogwalking sambil mulut kumat kamit nyanyi lagu tah apa-apa. non-stop lagu dangdut, dari yang cek familiar sampai yang cek tatau langsung apa butir bicara penyanyi tu.

dulu-dulu kalau lagu slow rock memang cek banned habih. tambah-tambah kumpulan yang start dengan hurup S - spring, spoon, sting, spin, spank. ok. yang last tu memang cek tipu je nama tu. tapi hakikatnya memang cek tak suka langsong lagu selow melow ni. mendayu gila. tapi sekarang kenapa ada satu folder penoh lagu-lagu macam tu dalam mp3 player.. owhhhh goshh.. adakah umor telah memainkan peranannya?
antara lagu yang cek layan. adakah sebab cek boleh nyanyi lagu ni tanpa semput?

dalam kereta cuma dengar lagu kat RED FM. sronok. hari-hari depa pasang lagu yang sama sampai nak boleh hafal dah. cuma yang best nya depa ada lagu retro juga. teringat zaman tommy page.. owhhh.. tua sudah cek nih..

pic ehsan google. sila klik pic untuk tau sumber.

Friday, October 22, 2010

camp rock!!!

ikat jangan tak ikat ye bang..
 last week budak-budak berkhemah dekat skul. petang jumaat sampai pagi ahad. murid tahun 6 saja yang dipilih. mereka dari puteri islam, pengakap, kesatria dan saint john ambulance. banyak aktiviti untuk memenuhkan slot sepanjang hari mereka berkhemah.
nasyid pohon beringin yang dah di kontemporarikan
 cek bertugas hari sabtu pagi hingga ke petang. saja stay lama-lama. seronok tengok budak-budak ni. masa tu slot latihan persembahan untuk malam kebudayaan. macam-macam idea keluar. yang pasti semua kumpulan kena berlakon dan menyanyi.
tido dalam ni ramai-ramai
 semua orang tidur dalam khemah ini. besar nih. cekgu-cekgu tido kat luar, ada atas bangku kantin dan bilik guru. teringat masa cek kena jaga malam dulu. tido dalam khemah atas padang rumput sana. tapi sekarang tak boleh dah. sejak kejadian menyeramkan itu. semua orang kena tidur dekat hall saja.
nak nyanyi tu mulut kena buka macam ni. sekarang turn korang pulak. cepat semua buat mulut gini
cekgu pula yang pulun menyanyi..hehehe. cuma cek dok perati, budak-budak tahun ni kurang menyengat la. takda semangat langsung. masing-masing malu nak tonjolkan diri. harap-harap lepas perkhemahan ini, self esteem mereka mencanak naik macam bukit kat belakang skul :D

abah owhh abah

pagi-pagi kemarin dah dapat sms n a few mis calls from my family members. dah dekat 2 jam baru perasan. tu pon sebab tertengok hp tu. mak bagitau dia kat emergency GH ngan abah. abah batuk-batuk kuar darah. banyak jugak kata mak.  tapi dia takmau ke klinik. jenuh pujok.

mula tu depa pi ke poliklinik ja. lepas ambik sample darah, doktor bagi surat iringan ke emergency sana tu. suruh p check terperinci. lama juga depa tunggu lepas x-ray tu. masa tu la mak call semua anak-anaknya. dekat 3 jam baru x-ray tu siap dah boleh jumpa doktor. hmmmm.. banyak sangat kot x-ray depa nak kena develop. kalau private hospital ni 15 minit dah siap.

doktor kata paru-paru abah dijangkiti kuman. satu je caranya. makan anti biotik. kalau tak lega gak, in 5 days sila hadirkan diri ke GH sekali lagi. mak cakap tak payah balik la. adik dan suami akan balik teman mak dan abah. baru tadi cek call mak, rupanya abah dah p meniaga!!! isk..isk..iskkkkk.. abahku. batok dah tak kuar darah, terus dia rasa sihat.

Wednesday, October 20, 2010

mari makan kek ramai-ramai

 kek yang pertama bernama pecan butterscotch. cuma kek span yang dilapis dengan krim dan ditambah dengan kekacang pecan di setiap lapisan. kemudian di seliputi dengan cecair butterscotch yang kemudiannya mengeras di dalam peti sejuk. sebab dia guna krim yang mahal, maka kek pon terasa sangat sedap. sejuk ja tekak bila makan kek ni. 
kek yang kedua pula memang la sangat sejuk. ini kerana terpaksa disimpan didalam peti sejuk beku untuk mengelakkan kek cair. kalau kek dah cair, maka sekupang pon tak guna dah. macam nasi dah jadi bubur. in this case, kek dah menjadi bubur dek kerna aiskrim atasnya cair.

untuk mengelakkan kek ni cair, maka kumpullah sebanyak mana kaum kerabat yang mampu menghabiskan kek seberat 1.5kg ni. sepotong seorang sudah mencukupi kerana kek yang sangat sejuk akan cepat mengenyangkan pemakannya. lagi elok kalau si pemakan jenis gusi tak tahan sejuk macam iklan ubat gigi itu. maka akan kenyanglah si kawan yang duduk disebelah sebab dapat kek si gigi tak tahan sejuk.
keratan rentas kek maha beku yang payah nak potong pada mulanya itu. berperisa choc chip dan bawahnya kek span coklat.


Sunday, October 17, 2010

Hujung minggu yang penuh

Semalam sampai umah dah 2am. Semua gara-gara Nasi Kandar Beratur. Pakcik Klang teringin sangat nak rasa. Cek jumpa dengan sedara-mara kat seri Malaysia dah 10.30 malam.

Jalan yang sesak hujung-hujung minggu ni menyesakkan pandangan sunggoh. Kebetulan pula ada perarakan orang-orang cina menyambut perayaan apa ntah. Ada jalan yang ditutup.

Rombongan 8orang kami parking jauh sungguh. Memang elok la kalau dalam kelaparan tu, sampai kat gerai berselera la makan. Rupa-rupanya kena beratoq sampai 45minit!! Naik kematu kaki tauu. Mujoq cek pakai croc. Sengal nyer ayat. Hehe. Nasibla kazen-kazen yang bersepatu tinggi tu.

Petang tadi bila tengok ikan banyak maka projek laksa pun berlangsong. Jemput kawan-kawan yang berdekatan rumah. Lepak sampai ke malam. Makan, gosip, makan, discuss kerja (percaya ka?), makan, cite pasai cerita kat tv dan last sekali makan lagi. Ada laksa, puding laici dan cupcake coklat.

Sesekali berhimpun, seronok juga. Next week ada projek masak-masak lagi. Dengaqnya macam cream puff n oreo cheese cake. Ada sapa-sapa nak join ka? :p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 16, 2010

wekend yang bz

minggu ni skolah cek buat perkhemahan kokurikulum untuk pelajar tahun 6. cuma 40 orang murid saja yang dipilih. yang cekgu-cekgu semua kena bertugas bergilir-gilir menjaga pelajar. tadi cek ajar budak-budak tu buat persembahan. jenoh dok pikiaq nak buat apa. telupa habis dah lagu-lagu pengakap ni. lama dah tinggai zaman muda. yang peliknya lagu zaman kanak-kanak macam bapakku pulang dari kota tu boleh pulak cek nyanyi..hehehe

last-last kami ambil lagu-lagu pengakap dan buat sedikit lakonan bawang putih bawang merah campor dengan ikan kaloi bagai. lari budak-budak laki tu bila cekgu suroh jadi ikan. yang tak tahan tu siap wat ala-ala duyung. bila suroh berlakon, semua keras macam kayu. bila time main-main, pandai pulak depa berlakon.

petang tadi pergi lagi ke skul. kali ni dengan bekalan laksa bagai. cekna yang masak. budak-budak makan makanan yang disediakan oleh mereka sendri. petang ni masing-masing masak ikut kumpulan. tajuk- makanan minum petang. ad yang sediakan buah melaka. yang paling femes mestilah sandwich. ada sardin, ada tuna, ayam jer takda.

malam ni baru semua akan buat persembahan. cek dah tak terlibat dah. banyak gambar diambil tadi tapi tak sempat nak aplod lagi.

* makcik kol dan bagitau ada makcik dari Klang datang. stay kat seri malaysia di sini. jap lagi nak p ambil dan bawa depa sembang-sembang. lama dah tak jumpa famili dari sana. mungkin bawa ke mee udang teluk kumbar yang femes tu. cek dok sini dah 7 tahun, tapi baru sekali makan mee tu :) tak suka udang sebenarnya. kalau ada mee sotong, memang cek cari dah :P 

Friday, October 15, 2010

lagi ramai kenai, lagi ramai gila

sejak berkenal-kenal dengan ramai orang di laman sesawang ni, macam-macam gelagat manusia yang cek kenai dan tau. ramainya yang baik dan suka menjalinkan silaturahim yang benar-benar tulus dari jiwa. tak kurang juga yang berkongsi ilmu. tak kira la ilmu memasak ka, ilmu pengetahuan ka hatta ilmu alam sekalipon.

tak kurang juga yang mengambil kesempatan atas orang-orang yang tulus ikhlas nak berkawan ni. ditipunya duit, ditipunya harta dan tak kurang pula menipu hati. hubungan tulus yang kita hulurkan, tuba pula yang dibalas. pelik manusia ini. apakah yang ada dalam hati sanubari dia la agaknya. 

kekadang pelik tengok manusia macam ni. tak ingat tuhan kah? tak takotkah dengan balasan di akhirat nanti? bila dah nafsu dah menguasai diri. dosa pahala dah letak ditepi.

Thursday, October 14, 2010

makkk.. tolongggggg!!!!

bila sakit jer baru nak teringat kat mak. bila tak sakit tak teringat ker? nauzubillah.. harap-harap tak macam tu la yer. kenapa nama mak yang disebut dulu bila kita mengerang kesakitan? kenapa tak abah atau ayah atau babah?

kadang-kadang bila tertengok kemalangan kecil, macam ada orang tergelincir ker, mesti dia akan sebut nama mak dulu - makkkkkkkkkkk!!!!!!    dan trus dush terduduk cam nangka busuk.

kalau melatah pon guna - owh mak kau!! lepas tu kira nasib baik la kalau tak kena penampar sedas dek kerana menerjah secara membabi buta orang latah ni.

kalau tengok cerita seram - makkkkkkkkkkkkkkk... sambil sembunyi muka celah bantal.

 kenapa mak yer. kenapa tak abang sayang ka, abah ka, kakak ka?

Wednesday, October 13, 2010

gadoh lagiiiii..haishhhhhhh

FAM Disappointed Fans Still Resorting To Violence
KUALA LUMPUR, Oct 13 (Bernama) -- The FA of Malaysia (FAM) is disappointed that there are still fans who resort to violence at soccer matches.

FAM deputy president Tan Sri Annuar Musa said these fans albeit a minority, had no respect for the law.

"We (FAM) and the state FAs have repeatedly advised fans not to go overboard at matches but some are still stubborn," he told Bernama here Wednesday.

He was commenting on Tuesday night's brawls that broke out between supporters of Kelantan and Selangor in and outside the Shah Alam Stadium.

Annuar, who is also FA of Kelantan (Kafa) president, said he did not fault the hosts for not being able to contain the situation.

"They did all they could but the sheer numbers of Kelantan fans made it difficult to control when the situation got out of hand," he said.

He also extended his condolences to the family of Kelantan fan Che Karma Sulaiman, who died of breathing difficulties moments after watching the match.

Che Karma's death was unrelated to the brawls and his remains have been brought back to his hometown Bachok for burial. All costs for the funeral are being borne by KAFA.

Meanwhile, FAM secretary-general Datuk Azzuddin Ahmad said Tuesday's incidents were beyond the control of FAM and the hosts (FA of Selangor).

He added that FAM was waiting for a full report on the incident which would be referred to its disciplinary committee for further action.

The Malaysia Cup quarter-final first leg match between the two local soccer giants ended in a goalless draw.

The situation was only brought under control after the Federal Reserve Unit intervened.

Last year, KAFA were fined RM50,000 after Kelantan fans rioted outside the National Stadium in the aftermath of the Malaysia Cup final, which Kelantan lost.

KAFA was also ordered to pay RM138,150 for damage caused to the stadium during the mayhem.

-- BERNAMA
tak habis-habis bergaduh. baling botol, baling bom asap. kalau la kerusi tu tak terlekat di lantai, entah-entah dah lama dah kerusi tu kemek kena baling. pelik la manusia. tengok dan sorak secara aman tak boleh kah? kenapa perlu bergaduh? terpekik terlolong memaki sesama sendiri?
tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi. iskkkkk... apa la yang depa dapat sebenarnya? kepuasan ka?

Tuesday, October 12, 2010

boleh buat ka?

semasa nak apply list incik Ben, cek baca dulu syarat-syaratnya. yang paling wajib tu, apdet blog hari-hari.. iskkk. boleh buat ka nih? dulu cek rasa nak type, baru cek apdet. masa tu ingat saja-saja jer nak buat blog ni. at least bila rasa sengal ker happy ker, ada tempat nak luahkan. tu yang cek letak nama CEKRASALA. semua benda yang cek rasa ada dalam nih.

bila dah lama-lama menaip nih, seronot la pula mengarang. kadang-kadang idea macam air mengalir. kadang-kadang jer.. bukan selalu pon :P masa ni la cek rasa macam kerja wartawan lak. tulis rencana. tapi bukan untuk berita utama yer. kalau tak, pakai tak laku la suratkhabar. wartawan tulih berita punya selow :P

rasa-rasanya cek boleh buat nih. apdet hari-hari. cuma kandungan je la. harap-harap yang cek menceceh kat sini tak menganggu emosi sapa-sapa :)

Monday, October 11, 2010

duit senang

baru nak merasa-rasa meletak iklan nuff2 dekat blog maifood. trafik sudah ok sikit. alhamdulillah. sejak masuk list incik Ben dekat sudu garpu, trafik dah mencecah 20. kalau tak, nak dapat 10 pun payah.

seronok juga kenal-kenal antara bloggers ni. ilmu pon dapat selain eratkan silaturahim. walaupun cuma kenal nama dan blog, dan kadang-kadang rupa bagi yang letak gambar di profil, tetapi tu semua tak menjadi hal. yang penting ilmu dan dapat menambahkan koleksi rakan-rakan maya.

lagi satu, kena la rajin blog walking dan tinggalkan jejak. komen apa yang patut atau chat di ruang yang disediakan di blog rakan-rakan. insyaallah kalau dorang ada masa, blog kita pula yang di jengah.


moga tiada yang kedua

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan sudah memulakan siasatan berhubung kemalangan yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, dekat Rembau petang semalam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau mengarahkan agensi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Miros untuk menjalankan siasatan itu.


"Bas ekpres yang terbabit adalah bas baru dan didaftarkan pada 2007. Siasatan awal mendapati bas itu kerap menjalani pemeriksaan biasa Puspakom dan kali terakhir bas ini diperiksa pada Mei lalu.


"Kita akan menjalankan sisatan lanjut terhadap sistem stering dan brek bas terbabit," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera dalam kemalangan itu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini hari ini.


Turut melawat mangsa di HTJ ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Sureet Singh.


Kejadian itu berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.


Kong berkata, daripada kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini adalah disebabkan oleh faktor kemanusian dan kesilapan manusia.


Beliau berkata, kementeriannya juga sedang membuat pindaan Akta Pengangkutan Jalan iaitu memperketatkan lagi penguatkuasaan dalam usaha memastikan pengguna jalan raya mematuhi semua peraturan jalan raya terutama terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah.


Sementara itu, Mohamad melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian yang berlaku.


"Saya rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang meninggal dunia. Saya harap keluarga mangsa bersabar dan menerima kenyataan ini," katanya.


Katanya, walaupun kerajaan telah menjalankan banyak kempen keselamatan jalan raya serta operasi dalam memastikan pemandu kenderaan mematuhi peraturan jalan raya, namun kemalangan yang meragut nyawa masih berlaku.

Katanya, sudah sampai masanya semua pihak perlu mengambil perhatian mengenai perkara ini.


"Kita jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut. Yang penting keselamatan penumpang bas diberikan keutamaan," katanya.-Bernama

takziah kepada keluarga mangsa kemalangan. semoga yang cedera cepat-cepat sembuh lah hendaknya. kadang-kadang kita dah berhati-hati - pakai tali pinggang keledar, memandu ikut had laju, tidak memandu semasa mengantuk, tetapi kita pula di hentam dari belakang, depan atau dalam kes ini, dari atas.

setidak-tidak nya kita dah berusaha untuk mengelakkan kemalangan. selebihnya tawakal kepada yang Esa.

rakan serumah kawan cek juga berada dalam bas tersebut dan sekarang berada di hospital Melaka. harap-harap kecederaan beliau tidak lah serius. sama-samalah kita doakan semoga yang cedera cepat sembuh dan al fatihah untuk yang telah tiada.

Sunday, October 10, 2010

ten ten ten

tiada kata dapat mengambarkan apa yang cek nak. gambar-gambar ni sudah cukup menyatakan hajat di hati.

1. sangat teruja semasa belajar dulu. dapat A for that subject. masa tu semua kena guna manual. belajar guna apature, slow shutter, laju, night. kena hantar 1 album yang mengandungi berapa tah teknik cek dah lupa. gambar reject tak yah cerita la. habih duit kat cuci gambar saja. huhuhu. seksa nak pandai. paling tak lupa malam-malam berdiri tepi jalan raya ambik gambar slow lampu kereta :)
2. the nifty gadgets in her kitchen. need i say more? ngeh..ngeh..ngehhh
3. 4. where else to put all the nifty gadgets :P5. currently i'm using panasonic stand mixer. this red is so sexy!!!! 6. bigger oven means bigger revenue. i can bake more cakes!! 7. nothing can beat crv from my point of view. not even bmw x5.. (financial side ok) 8. mac book air. so light it can fly :P9. 10. able to share all the above stuff with my beloved family and people that i luv.

tak salah kan berangan-angan. at least you had a certain target in your life and you will reach for that target.

Saturday, October 9, 2010

fabulousity

how to feel fabulous

1. say no to regrets
  • everyone make mistakes. acknowledge and admit to it then move on.
2. snack smarter
  • choose your snack right. don't stuff yourself with greasy food. pick nuts like almond or hazelnut.
3. stand tall, sit straight
  • posture can give good effect. it increase your self-esteem and makes you look slimmer and helps boost body confidence.
4. tea time
  • tea is rich in antioxidants which have health benefit. green tea lower the risk of heart disease.
5. go to bed early
  • sleep helps your body and mind to replenish itself, recharge and reboot.
* taken from October Woman Weekly

Friday, October 8, 2010

cek dah tertambat!!!!

masa dok ronda-ronda kat blog kak ina kl, cek baca entry dia masuk contest red mummy. sakan dia berpantun. sebab teruja tengok pantun tu, maka cek pon terjah la blog red mummy kat http://redmummy.com..

mak aiiii.. merah sangatlah mak ngah. tapi memang otai gila ahh kak red nih. buat blog pon income lebat. dah riban-riban sebulan. dah tu siap menayang designer bag yang dibeli ngan duit blogging. i like :D

itu cerita petang tadi. sampai sekarang pon dok layan blog dia lagi. baru sampai belasan page nih. ada lagi lapan ratus page.. waaaaa.. i can't stop reading. muntah mata cek dok tengok merah saja nih :P

Thursday, October 7, 2010

drama sunggoh aihh

melilau otak dok pikir macam mana nak buat skrip drama. dah la pasai sains yang bertajuk bakteria. dalam bahasa inggeris lagi tu. dah mintak tolong, malangnya tak di layan. nak marah pon, cek sedar masing-masing sibok kebelakangan ni. dah tu, takkan nak biar saja kot. marah pula pihak di sebelah sana nanti.

cek tak suka sunggoh kalau jenis yang lepas tangan ni. mentang-mentang la dia yang dipilih bersemuka dengan pihak sana, tak kan dengan senang-senang dia boleh bahagikan kerja dan lepas tangan macam tu saja? yang dia tau bagi arahan saja. nak kredit (bukan kad kredit mahupon topup kredit ya) saja kah? kalau nak sangat ambik la. cek bukan kisah sangat pon. tapi tolong-menolong la sama. kan tu lagi afdal.

apapon cek tetap bersyukur punya anak-anak yang begitu bersemangat nak berlakon. ada kawan-kawan yang turut sudi menyumbangkan tenaga. plan tu nak buat drama ala-ala Magika atau High School Musical. wah-wahhh... plan jer lebey yer cek chun :p

Tuesday, October 5, 2010

poning... poninggg

Cek dah pening nih.. Dah 5pm, tapi tak sampai-sampai rumah lagi. Lepas meting tadi, trus datang sini servis kereta. Ambil pakej 145- minyak enjin semi synthetic,oil filter, balacing n alignment tyres dan car wash. Sekejap je dia tukar minyak enjin tu. Selalu dok tunggu kat proton servis punya la lama. Kalau tak 3jam tu, kira memang bernasib baik lah tu.

Bila dia check plug, kena tukar. Rm32. Kalau kat proton 28. Gear oil plak 40, proton 20.. Proton kenakan servis labour rm1++. Kat sini labour servis dah masuk dalam harga barang tu la.

Dah tu pulak, depa panggey cek suroh pegang getah hose dekat kaburator tu. Mak aii!! Banyak nya benda macam karat-karat dalam tu. Kena cuci ni, 180. Lepas cuci kena letak coolant plak. Rm20 sebotol. Karat tu sebab kaburator tu dah ditambah air. Patutnya letak coolant saja. Dulu ada sahabat bagitau cek pasai hal ni. Memang pomen tak akan bagitau yang sepatutnya letak coolant bukan air. Dan tak semua orang yang tau pasal ni.

Dengaq ja 180, cek dah pinau mata. Adehhh.. Lagi tambah lapar perot ni. Dah la tak makan lagi ni. Tapi cuci hose ni boleh di buat kemudian. Memang enjin boleh jalan. Tapi kalau sangkut karat tu masuk dalam kaburator, mau riban-riban keluaq dwet cek.

Lepas depa test drive keta, sudah ada bunyi-bunyi lak. Rupanya kabel enjin tu dah koyak-koyak. Rm80 la pulak. Tukar 1set kabel tu. Dulu cek dok ingat tu bunyi timing belt nak kena tukaq. Rupanya bukan.sekarang bunyi-bunyi dah tiada. Harap-harap berkekalan la hendaknya.

Monday, October 4, 2010

yuuuu...hu!!!!!

ehem-ehem. blog cek sudah disenaraikan dalam incik ben blog list. dalam list yang bertajuk CONTENG DINDING. bes nya leh conteng dinding nih. tapi sekarang kalau nak conteng, depa dah boleh lap dengan kain jer kat dinding tu. semua dah pakai cat nippon paint yang boleh tanggalkan contengan :)

tq incik ben. cek akan cuba tulis hari-hari. tak cukop kat lappy, kat BB cek guna nak hapdet. hehe..
boleh kot cek tampal logo kelab blogger ni kat tepi dinding cek.

Sunday, October 3, 2010

mesej sampai muntahhhh

hari ni baru cek terasa nak godek BB yang dah 3 bulan dalam simpanan. dah tau apa tu BBM tapi saja wat derk lagi, belom sampai seru nak test power. lagipon geng-geng real life cek takda BB.

tapi geng-geng virtual cek, makk aiii.. berlambak-lambak ada BB. semua status kat FB depa aplod guna BB jer. so hari ni cek try la boh status kat FB - mencari sahabat untuk test guna BB masengger, ada kaa?

incik cae yang baek hati itu telah sudi menjadi orang pertama cek dan tukang ajar jugak. yahooo.. ni lah rupa nya kenapa BB sangat bahaya dan menjadi haram di beberapa negara. cepat jer mesej sampai. kalau nak tau lagi sebab apa diharamkan, sila google yer.

dah la free di kalangan blackberrian (term ni cek hamtam saja :P ) tapi free amenda nya. lesen BIS kena bayaq gak 30 hengget tiap bulan. so apa lagi, selagi tak mengganggu keja, chat jer sampai muntah.

BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER


salam incik ben. cek ni sangat lah baru. blog masak maifood dah masuk list september lepas, jadi nak test try blog ini pula. sudilah kiranya incik ben mengambil kira penyertaan cek yang tak se gah mana nih. tq :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...