Thursday, March 31, 2011

semalam kena serang malware, hari ni kena serang dengan pelamware

 semalam agak pelik. blog sunyi sepi. selalu ada la juga 30 orang menjejak. ok la tu. dari takde langsung. dah dekat tengah malam baru dapat komen dari mata hati dan solihin zubir. rupanya blog cc dah kena malware. adoihh.. bahaya tu. selalu cc dapat juga amaran ni masa blogwalking. tapi tak pernah kena pun. bila dapat amaran merah tu, mesti cc pangkah punya. terus tak jadi masuk blog tu. ni bila dah kena kat diri sendiri, haru..

dan tak pasal-pasal kena google pasal malware. dalam dok mencari tu, jumpa lah site nih. dia ada wat review sepuluh anti malware yang patut kita donlod. yang bestnya, semua tu yang free punya version.

ini senarai top ten pilihan techrepublic.com

1: AVG Anti-Virus Free Edition 2011

2: Comodo Antivirus

3: PC Tools AntiVirus Free 2011

4: Avast Free Antivirus

5: Ad-Aware Free Internet Security

6: HijackThis

7: Microsoft Security Essentials

8: Windows Defender

9: Malicious Software Removal Tool

10: McAfee virus removal tools

 maka membaca la cc sambil pikir yang mana patut dipilih. biasa la. window shopping dulu maa..last-last cc pilih pc tools. harap dapat bertahan lah. kalau korang ada pilihan yang lebih ok, bagitau lah yer. 

guwa makan pelam ni, bukan budak comei tu

dan hari ni, dari tengahari tadi perut dok bertsunami. angin kus-kus ke apa agaknya. kuar dari atas dan bawah, depan dan belakang. cc agak dari pelam sala maha besar tu jer. makan tak henggat. mulanya kami kat skul plan nak buat jeruk, rupanya dah masak menguning. tapi masih ranggup. pulun bahagi makan ramai-ramai. tak sempat nak menyicah dah. pepak (kunyah)  macam tu saja. tetiba dah habis setepawe.

nahh.. tepat pukul 12 tengahari, mula la perut menggila. nak describe pun tak tau. nak ke toilet pun tak rasa nak membuang. maka sesi menekan perot pun berlangsung la dari tadi sampai sekarang ni. harap pagi besok elok lah ni.

Tuesday, March 29, 2011

hai-o dah jadi haiyohhh.. peluh dah dai

satu malaysia dah heboh pasai ni semalam. haaa.. kan dah cakap. benda-benda macam ni memang tunggu masa saja. lama dengan cepat je. gila kau kalau profit turun mengila sampai 65%. siap bagitau lagi tu dari bahagian MLM. tengok banyak mana baju jerut perut dan ayaq tapis tu menyumbang pada revenue hai-o. juta-juta weh. hai-o ni banyak divisionnya. kalau nak tau, hampa pi la klik kat websitenya. macam-macam jenis bisnes depa ni buat.

laku sungguh ya produk depa ni. sorang siap beli sampai sepuluh tu. hahahaha.. guwa pun mau bisnes la ini macam. sorang beli sepuluh kek coklat, sebijik dah 40 ringgit. 1 juta beli? tak ke jutawan guwa nanti. tak payah sibuk-sibuk baca buku irfan khairi atau azizi ali.
kek coklat guwa. apehal tetiba masuk ini cerita??
duit hai-o yang million-million ni asalnya duit kawan-kawan, saudara seislam guwa jugak ni. buat loan sampai 24k, beli 10 barang. pilih saja nak air penapis ka baju jerut perut. tak pun, pilih saja dua-dua. kasi balance. baju jual kat sang bini, penapis air kat sang laki. last nya sapa yang menanggung hutang? depa jugak. sampai sepuluh tahun. kalau laku barang tu, lain la cerita. ini sampai berhabuk bawah katil.

ni bukan cakap kosong ni. berlaku di depan mata. siap kena pelawa masuk ahli. cuma hati kering guwa ni banyak songeh sikit. nanti la guwa pikirkan. last-last guwa diam macam tu saja. orang pun malas nak tanya dah. mesti dalam hati, bengang je kat guwa. kepala angguk-angguk paham, tapi kosong rupanya. guwa jamin mesti dia berbulu tu tengok guwa. buat penat bancuh teh sejag dengan goreng kopok sepinggan. 

tapi kalau korang nak cerita yang lebih dramatik lagi bak kata kereta mayat,  klik la kat sini. link yang kedua tu korang enter at your own risk la. guwa tak bertonggengjawab. kalau masuk pastu tak reti-reti nak keluaq, guwa warning korang siap-siap. dalam tu lagi detail semua cerita. siap ada figures semua. takkan tuan tanah tu nak mencipta sendiri kot. pandai-pandai la korang survive kat sana.



cc:paling tak bleh blah, masa google tadi keluaq video dil to pagal HAI.. watheheck!!
tau tak guwa dah banned sahrukhan!!!! 

Sunday, March 27, 2011

musim menyicah pelam


sampai saja depan jalan, cek chun dilambai-lambai dengan mesra oleh mereka nih. perhh.. meleleh ayaq lioq dah. menyicah sedap ni. kena plak dok kat pangkin belakang rumah, kena angin sepoi-sepoi bahasa dari bendang. makan tak henggat.

masa aruah tok ada, semua orang ditegah kacau pokok yang satu ni. dia akan simpan sampai buah tu masak. kalau dah agak tak selamat, sebab lokasi betul-betul tepi jalan, maka buah yang dah besar akan diperam dalam gobok je. sampai la buah tu masak menguning. semua cucu-cucu kena cari pelam pokok lain. keliling rumah memang ada 4-5 pokok gak. pelam telur yang kecik molek tu, pelam apple, pelam ni dah lupa la nama nya.

yang ni pula mak cek chun kasi tadi. baru dipetik dari pokok tepi rumah. dah sama besar dengan kettle tu. pelam gajah ke apa nih. besok sakan la kenduri kat tempat kerja. kuah rojak dah siap ni. cek chun pun ada resepi menyicah yang power. nak pedas lagi, tambah saja cili kering.
  •  2 cili kering 
  • segenggam gula
  • kicap kipas udang yang manis - bergantung kepada kepekatan sambal
  • 1inci belacan
  1. bersihkan cili kering. buang biji. tumbuk dengan belacan.
  2. bila dah hancur, letak gula. tumbuk sikit. 
  3. masukkan kicap dan kacau perlahan-lahan dalam lesung batu tu.
  4. sekarang zaman senang, campur jer semua dan whizzzzz.. blender sampai tak ingat :p

Friday, March 25, 2011

SPM dah lepas, lepas ni apa pula?

dulu lepas cek chun dapat result SPM, i'm so lost. tak tau nak pi kemana. nak masuk U, result cukup-cukup makan. nak ambik STPM, banyak nya nak kena baca. nak ambil kemahiran? yang cek chun tau, nak jadi chef. bestnya kalau boleh masuk kursus masak lepas SPM nih.
ada ke orang suka exam?
bila selak-selak cari info, yang cek chun nampak semua kursus tu di kolej ternama saja. yuran saja berpuluh ribu. mana mak abah nak mampu nih. masa tu rely on newspaper dan beberapa brosur dari sekolah. kat cikgu langsung takmau tanya. cek chun memang pemalu dulu. reserved person. so katak bawah tempurung. malu tak ketahuan punca.

padahal boleh saja masuk institut kemahiran atau kolej komuniti yang tawarkan pengajian dengan murah. itulah.. kalau dok diam, mana nak datang info. penyudahnya, cek chun ambil STPM. memang teraba-raba nak cari haluan masa tu. how i wish i know somehow who can guide me out from the tunnel.. sigh..

tapi alhamdulillah. jadi jugak orang bila dah besar.  perangai pendiam tu di buang sikit demi sikit. bila dah berada di tempat orang, berkenalan dengan orang ramai dari seluruh Malaysia. memang tak ada pilihan lain. nak berjaya kena usaha. kena banyak bertanya. kena tebalkan muka. pemalu tu penting. tapi biarlah bertempat. jangan sampai nak cari ilmu pun masih malu. macam cek chun muda-muda dulu.

budak-budak sekarang beruntung. awak google saja, banyak info datang depan mata. kalau masih was-was dengan pilihan anda, bertanya lah dengan guru, ibu bapa dan saudara. sebenarnya cek chun nak tunjukkan blog dari osip ni. baru habis belajar di U,  terus jadi jurutera di Mesir. sepanjang kenalnya, cek chun perasan yang orangnya matang dan berfikiran kritis. sesuai dengan tajuk blognya - get off the box. osip siap senaraikan pilihan-pilihan yang ada jika result SPM kurang gempak. awatla cek chun tak kenai awak dari dulu eh sip :-p

on the lighter note, jika SPM tak gempak juga, anda masih ada banyak pilihan. kalau tak percaya, cuba klik blog brutal solo. mengkekek cek chun gelak tadi.memang betul pun apa yang budak brutal ni tulis. harap-harap kita semua tak termasuk dalam senarailah ye.

pic source: badrina-ibtisam.blogspot.com

Thursday, March 24, 2011

kita ni tamak rupanya..

malam ni apa kata kita baca sebab apa orang melayu tamak.
suka sungguh nak dapat duit cepat.
kalau boleh nak tidur atas duit. kalau boleh kita nak kipas dengan guna duit.
bila dah teringin nak berduit,
kenapa orang kita suka sungguh cari benda yang pantas dan mudah nak buat duit.

dulu-dulu tak belajar ka bahawa tiada jalan mudah nak dapat kejayaan.
masa ustaz dengan cikgu mengajaq dulu, tidoq ka?
bila dah besar ni, tak cukupkah pengalaman hidup yang mengajar bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya?

tamak?
rambang mata?
nak cekau semua yang dunia boleh bagi.
tanpa perlu peduli hal akhirat sana.

cek chun kenal sorang mamat ni.
dia kata - insiden ketamakan umat Melayu ini daripada dua sudut. Pertama, faktor bahawa pegangan agama ramai umat Melayu yang sangatlah "joker/badut". Kedua, dari sudut kenapakah bebudak Melayu itu senang sungguh kena kelentong dengan dakyah alkafirun dalam kesah mencari rezeki cara MLM-SP


dia juga kata -dengan adanya ramai bebudak Melayu yang tak berpelajaran tinggi tetapi perasan gah genius dalam bidang ekonomi, dan ditambah dengan keadaan sosioekonomi orang Melayu yang sentiasa di bawah paras yang dikehendakinya, maka keadaan dimana ajaran agama yang diketepikan, dan ajaran upline dan syarikat MLM pulak yang diutamakan, akan terus wujud di kalangan bebudak yang dungu-piang tadi

banyak dia cakap nih. tak larat cek chun nak mengopipesnya. apa kata kita pi ke blognya. mamatnya pandai jugak main gitar. boleh la layan lagu sambil membaca. awatlah cek chun tak penah dapat mamat yang teror men gitar nih. haishhhh..

Wednesday, March 23, 2011

kalau berani, layan la sampai muntah ijau (kaler takde kena mengena ngan adik ku itu)

i'm sooooo tired today
morning activity gone wrong
evening activity til dusk
hopefully next week i can rest in peace
erkkk.. i mean rest peacefully
without even thinking about my work

and what a tired cek chun do to destress herself?
by listening to dangduts and hindustans till the earwax started to melt
a collection of songs that can make her puke if she listened to them during her happy/normal day
so if you have the gut
do click at the video


Monday, March 21, 2011

bulu sakti

sakti sungguh hingga  bisa membuatku pening sampai seminggu
berpeluh ketiak dari pagi sampai petang
merayau merata-rata mencari sumber dan idea
lagi dua hari ke misi kemuncak
lepas tu T A M A T

boleh la lepaskan lelah di dada
ehh.. dah habih ke lepas tu?
mana ada erti selesai dalam kamus pekerjaanku
takpa, kita buat pelan-pelan....

Friday, March 18, 2011

sungguh la seronok cutiku

best sungguh cuti kali ni.
apa taknya, memerap kat rumah saja.
ini baru la orang kata cuti yang berbaloi-baloi.
besok lusa dah nak kena pi kerja.
ini kalau depan cek chun, habih ler kena gomoi pipi

seminggu cuti dipenuhi dengan acara mengadap lappy dan menaip reports
mengemaskini files
menanda kertas exam
besok pula nak buat props
untuk pertandingan action songs
buat props - ada 3 elephants, 6 seals, 3 monkeys and 3 big bears
huhhh.. nak buat sekoq binatang pun dah pening
inikan 15

buka sekolah nanti lain pula ceritanya
kena bersedia untuk di observe dek orang jabatan
seronok pula nak datang ke tempat kami
apa la istimewanya kami semua ni
habaq sat aihhhh..

dan pada rabu yang sama dengan pertandingan
ada pula bengkel dari cikgu Ukraine
2-5pm..
siap pesan nak on the dot mesti terpacak depan bilik mesyuarat
or else.. lambat lagi la sampai rumah

ohh.. seronok sungguh seminggu dua nanti

baju ni kalau beli paling murah sepasang 59.90.. jawabnya kena buat sendiri ler

cc: malam-malam asyik mimpi muka di tampar dengan manja oleh angin cherating

pic sources:
http://toddleranimalcostume.net
http://www.amsa.com.m
        

depa kata

"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

Thursday, March 17, 2011

buatlah muka macam mana pun, anis tetap comei


nganga ka
sengih ka
 garang ka 
atau nganga lagi...
sepetang di rumah cek chun. masing-masing sibuk nak menolong auntie buat pai. makan tak banyak mana pun. seronok nak menggelek dan melecek apa yang ada atas meja tu.

Wednesday, March 16, 2011

ni macam kalu, solihin zubir pun boleh buat..



cek chun baru kenal sorang blogger ni kat aididleaks.
suka ngan nick dia: gilamakan.
orangnya kecik aje. tapi teror makan tu.
dok belek-belek blog dia, jumpa banyak video dari jepun nih.
adoiihh.. seronok nya dia main masak-masak.
masa kecik-kecik dulu, penuh la perkakas dapoq ni.
sudip kaler pink
dapoq gas
periuk belanga


yang buat dengan tempurung kelapa pun ada
pastu sibuk dok goreng pasir
bubuh daun sikit
sebelum tu, goreng dulu bunga sampai layu
hahahaha.. memang sengal zaman tu


kalau la ini macam senang nak buat sushi, tempura dan steak,
kompem solihin dan ricardo pun boleh masak nih.
boleh la kita main masak-masak no..

Tuesday, March 15, 2011

suka dan benci bersatu

awal 2009
guwa memang dah berangan-angan lama dah nak pegang iphone. meleleh jer tengok orang guna. bila la iphone nak masuk malaysia nih??? semalam tengok buletin utama dan NST. iphone tak dapat masuk pasaran kerana kerajaan tak bagi rebet ke apa ntah. sedih sungguh. besoknya terus pi Switch dan sambaq ipod touch. buat pengubat lara. interface sama macam iphone. boleh r dari takde. tangan guwa dah gatai nak pegang touch screen. tertipu jugak kengkawan masa apdet status kat facebook. sebab kat fb tulis via iphone.. kehkehkeh..

sama kan macam iphone? - rasional guwa masa tangkap benda alah ni satu
empat bulan kemudian,
riuh rendah maxis bawa masuk iphone ke malaysia. watdefish. hari tu kata tak boleh masuk. grrrrrrrrrr.. guwa dah jadi hijau dalam 5 minit. rasa nak hempok jugak ipod touch time tu.

may 2010
kegilaan pada iphone berjaya di bendung. ipod touch banyak berjasa. ilham mari banyak masa telinga disumbat dengan earphone putih berseri itu. sedap betul menulis kat blog sambil layan dangdut. kekadang layan slow rock. paling bangsat lagu cek mek molek yang zahid nyanyi tu. sangat memberi bahan dan ilham.

guwa dapat duit terpijak bulan ni. pikir punya pikir, baik invest kat handphone cun. dah sebab ada ipod, maka baiklah sambaq black berry (BB) kan? - rasional guwa lagi. baru boleh compare which one better. guwa masih lagi nak berasional bermonolog dalaman. maka BB bold diatas pun disambar dengan jayanya. dan bersama-samanya datanglah masalah problem berikut;

problem 1
deposit 300 tapi dekat 2 minggu handphone tak dapat-dapat lagi.call berulang kali kat blue cube. dia cakap tunggu celcom buat akaun, then baru kuar handphone. call celcom, depa kata blue cube tak bayaq deposit pun. cuma hantar borang saja. watdfish????

problem 2
handphone dah dapat tapi celcom masih tak iktiraf akaun. seminggu juga guna BB untuk sms dan call saja. internet langsung tak boleh guna. tiga kali berulang alik ke blue cube dan celcom centre. memang rasa nak lempang-lempang je sorang-sorang. rupanya celcom centre punya angkara. human error. duit dia selit mana ntah. akaun diactivate kan pada jun 2009.  watdefakkk gila bebenor la yob oiii. handphone dapat may 2010. akaun dah wujud jun 2009. malas dah nak berulang alik nak betulkan. lantak dema ler. dah la kontrak dua tahun. cepat sikit habis kontrak guwa. kihkihkih..

problem 3
pagi-pagi capai BB nak check facebook notifications dan refresh komen kat aididleaks. tengok-tengok keluar white screen. uitttt.. takkan kak limah dah lompat masuk dalam BB guwa nih. tau ler semalam baru dok layan cite tu. guwa off, bukak bateri. still white screen. hadoiiiiii... tensen guwa gini aihh..
tadi pi blue cube, depa cakap lcd screen rosak. kena bayar deposit 150. sebab screen tak masuk under waranty. dem. kena hantar gi kl, mungkin sampai sebulan. dabeldem.

problem 4
so sekarang guwa stick dengan handphone hitam putih guwa yang baling tak pecah tu. nokia 3315. jangan harap la nak twitter, fb dan internet on the go. sunyi facebook seh sebab guwa tadak. mesti depa rindu tu. dulu tiap kali depa letak status, laju jer guwa komen. yalah.. facebook kat hujung jari jer. sambil tidur pun boleh reply.



haaaa... kan guwa dah cakap..
guwa kasihan kat kawan-kawan jer.
guwa ok takde teknologi-teknologi nihh..
guwa boleh layan dangdut kat ipod.

pics: google saja

Friday, March 11, 2011

kisah dekat site



sebenarnya cek terpanggil nak bercerita kisah ni bila cek baca entry ini di blog gadis bunga.
selepas tamat mengaji pondok, cek chun dapat kerja jadi site clerk. kerja di tapak pembinaan PPRT. rumah flat untuk rakyat miskin. duduk dalam kontena putih tu dari 8 pagi sampai 5 petang. memang boleh muntah. yang ada cuma dua big boss. masak tengok muka depa hari-hari. dok cong ceng cong ceng, sebijik butir cek tak paham.

ada 3 kontena dalam site tu. untuk konsultan dan 1 lagi untuk tempat meeting. tiap bulan mesti meeting punya. masa tu semua turun padang. arkitek, engineer, konsultan. minit jangan cakap ler. berlambak. dengan report lagi. masa ni lah cek belajaq guna mesin potostet. dari mesin murah sampai ke mesin yang maha senyap. boleh sort sendiri sampai 10 set. huh.. memang best.

cek dapat kerja pun sebab makcik tolong ekjaskan. dia buka kedai makan sebelah site. jadi kedai ni lah tempat lepak cek. boleh dok pekena teh tarik sampai bos terjerit-jerit panggil nak type surat. muahahaha.. ramai geng weh. semua alpha male. guwa sorang bunga.

dan tau sajalah sapa lagi yang banyak kat tapak pembinaan macam ni. bangla dan indon la weh. rajin sungguh bekerja. siang malam. tapi depa jarang-jarang makan kat kedai makcik. bila dah lama kerja, baru cek tau, rupanya ada kedai makan indon kat dalam site tu. yang bangla pula, jenis masak sendiri. pi pasar malam, beli bawang besar dan kentang berkilo-kilo. kekadang sampai seguni depa tanggong kat bahu. depa paling minat ikan air tawar ni. memang kelam la pakcik ikan kat pasar malam tu kena kerumun.

lapan bulan gak la cek kerja kat situ. kesian betul tengok depa bertungkus lumus mencari sesuap nasi. angkat barang berat. besi ceracak. bata. kayu. panjat tinggi-tinggi tanpa safety belt or wire. time inspection baru semua kalut pakai topi kuning. kerja siang malam. tua muda. perempuan pun ada.

yang paling sakit hati, bila time nak bayar gaji. mesti ada rush. habis semua bertaburan lari. gara-gara tak ada permit. duit tak dapat. jail juga masuk. bila dah dua-tiga kali benda yang sama berlaku, baru cek tau yang buat dajalnya depa punya boss jugak. cha ya nun alip ni bawa pendatang, dekat time bayar gaji dia tip off kat polis suruh rush sekian sekian hari. dah save kat dia beribu-ribu ringgit. masuk poket sendiri. memang manyak cilaka punya olang.

memang tak berperikemanusiaan. bangla ka indon ka. depa tetap orang. they work for the money. bukan pi mencuri. sad. cek bukan sokong depa datang sini kerja as pendatang haram. tapi bila orang dah buat kerja tu, bayar je la. sengal tul.

eh...tiba-tiba teringat mamat bangla yang ajak cek chun deting kat pasar malam naik basikal.. kahkahkah.. gelak gila masa he ask me out. mujoq muka hensem macam akshay kumar. siap nyanyi lagu dil to pagal hey tiap kali selisih dengan cek. tak bleh blah punya mamat.

* lagu tak kena mengena ngan cerita. malam ni layan blus jap. 20kali dah rewind the song over n over.

Thursday, March 10, 2011

bercanda di tepian pantai


 
makan siput, lala, kepah, mentarang atau lokan memang la sedap. tambah-tambah lagi bila dapat cari sendiri. seronok tengok orang mengorek pasir. sambil-sambil menguis pasir, sambil-sambil ombak menghempas pantai. indah sungguh rasanya. lebih indah lagi jika lepas tu kenduri hasil tangkapan beramai-ramai.

kat tempat cek chun ni banyak kepah kecil ni. bila air surut, ramai budak-budak kutip di tepi pantai. kebetulan ada kawan yang tinggal betul-betul di tepi pantai, maka cek pun turut sama nak merasa mengorek pasir.  maka rancangan pun dibuat untuk bergumbira beramai-ramai. bila dah ramai tu, mesti la ada plan makan-makan. jadi potluck pun dicadangkan.
hidangan petang tu - cucur udang, kuih lopis, mee sizling dan kek batik

tepat pada masanya, semua dah terpacak di tepi pantai. budak-budak pula sibuk buat aksi stunt. sambil menunjuk lagak pada kami semua yang tak mampu nak ikut mandi sama. seronok hampa ya budak-budak. elehhh..dulu-dulu, auntie hampa pun macam tu la jugak. dah chemuih la mandi laut tu semua. kasi chance kat hampa la pula.

tapi tak da feel la nak cari kepah ni lama-lama. sepatutnya bawa baju persalinan. korek pasir sambil duduk tepi pantai. nikmat. tapi seronok betul petang tu. walaupun kepah yang dapat cuma sekangkang kera. nak makan sorang pun belum tentu kenyang.




Tuesday, March 8, 2011

entry tah haper-haper. bear with me please

seharian rasa stress. pegang apa pun tak jadi. pagi tadi sepatutnya ajar budak-budak action song, tapi kaki langsung tak mau melangkah ke bilik muzik tu. cuma ada 2 minggu lagi ke pertandingan peringkat kelompok. dan hingga jam tiga masih terpacak di tempat kerja. tiada satu kerja juga yang menjadi pun. pegang buku tak kena. pegang kertas periksa pun tak kemana. baru habis tanda dua helai, kepala sudah pening.


ingatkan dah lama kerja, makin ok. rupanya tak jugak. semuanya berpunca dari seorang wanita dari ukraine. bulan lepas dia dah masuk observe. besok kena lagi rupanya. aisehhh. bukannya tak pernah kena observe sebelum ni. berpuluh-puluh kali dah. tapi kenapa banyak sungguh rama-rama dalam perut ni.

pertama kali dulu lagi teruk. sampai dia pun tau guwa stress. rileks katanya. guwa senyum saja. budak-budak pun pulun sungguh. impress sungguh guwa. tak sangka. masing-masing tak malu nak jawab soalan. pandai sungguh hampa berlakon yer. mentang-mentang la ada mat salleh dok tengok hampa. tengok-tengok jam dah cukup masa. yes!!! guwa senyum puas.

last-last guwa dapat good. so hopefully besok macam ni la jugak.

dan bila dah stress, nahhh.. jadilah benda alah nih petang tadi. kalau rasa nak buat jugak, boleh la tengok kat sini.

pics source: http://www.wolfescape.com/Humour/WorkStress.htm

Sunday, March 6, 2011

nak menulis??? baca ni dulu

terjumpa dengan poem yang cantik ni semasa blogwalking tadi. very nicely put.
memang sangat sesuai untuk semua orang. lebih-lebih lagi yang baru belajar berblog.  me included :)
  
 
So You Want To Be A Writer
if it doesn't come bursting out of you
in spite of everything, 
don't do it.
unless it comes unasked out of your
heart and your mind and your mouth
and your gut,
don't do it.
 if you have to sit for hours
staring at your computer screen
or hunched over your typewriter
searching for words,
don't do it.
 if you're doing it for money or fame,
don't do it.
if you're doing it because you want women in your bed,
don't do it.
if you have to sit there and rewrite it again and again,
don't do it.
if it's hard work just thinking about doing it,
don't do it.
if you're trying to write like somebody else,
forget about it.
if you have to wait for it to roar out of you,
then wait patiently.
if it never does roar out of you, do something else.
if you first have to read it to your wife
or your girlfriend or your boyfriend
or your parents or to anybody at all,
you're not ready.
 
don't be like so many writers,
don't be like so many thousands of
people who call themselves writers,
don't be dull and boring and pretentious, 
don't be consumed with self-love.
 
the libraries of the world have yawned themselves to sleep
over your kind. don't add to that.
don't do it.
unless it comes out of
your soul like a rocket,
unless being still would drive you to madness or
suicide or murder,
don't do it.
unless the sun inside you is burning your gut,
don't do it.
when it is truly time,
and if you have been chosen,
it will do it by itself and it will keep on doing it
until you die or it dies in you.
there is no other way.
and there never was. 
 
Charles Bukowski

source: http://cumidanciki.com

Saturday, March 5, 2011

saja kasi gua panass..


Tengah pulun marking exam paper, budak-budak ni pula datang join sama. sebenarnya cek kat belakang rumah. Nak kena angin sepoi-sepoi bahasa yang bisa menidurkan jiwa. Elok pegang saja kertas, terus rasa nak lena. haishhhhh. Panas sungguh alor star hari ni. duduk dalam bilik lagi la rasa macam sauna.  jalan terbaik, capai kertas dan cari port baik sambil mengadap rumput dan pokok hijau.

Payah nak tengok budak-budak ni main dengan kayu macam ni. Mana depa jumpa ntah. Siap buat lego block. Pastu susun buat istana, kereta, lori, keretapi. Bersungguh-sungguh mainnya pun. lepas sudah susun, depa cari pula straw nak buat bendera, bekas sumi jeli yang dijadikan kubah istana, dan apa-apa saja benda yang tercapai dek tangan depa di belakang rumah ni.

Seronok sungguh cek chun tengok. Ingatkan dah tak reti main macam tu semua. Si Kuje ni terror main computer games. Ni abang dia la ajar. Kalau masuk rumah rasa sunyi sepi, memang sah la dia kat dalam bilik sambil tekan keyboard laptop tu. Menyenget-nyeget badan ikut kura-kura dalam game tu melompat. Keyboard tu jangan cakap la. Habih haus dok kena tekan bertalu-talu.

Haiii.. Kuat la pulak gelaknya. Ni tak boleh jadi ni. Mai sini ambik pen merah ni. Tanda apa yang patut!!!

Wednesday, March 2, 2011

bila kereta mayat usung aidid muaddib

pernah baca blog kereta mayat? cek chun pun baru tahun lepas kenal dia.
itupun dari blog walking. sambil baca entry kawan-kawan, ada beberapa orang mention him. yaa. kereta mayat ni adalah lelaki misteri yang di kenali dengan nama HAMKA. kalau mengikut pahaman cek chun, hamka ni merupakan penulis dan ulama terkenal di Indonesia. beliau pernah menjadi editor di majalah Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam. dan aruah pun orangnya pada 1981. memang seorang tokoh yang terkenal di sana.

dan rasanya penulis kereta mayat pun menggunakan nama hamka kerana sebab yang sama. menulis dan berdakwah. dan yang menariknya, tulisannya kebanyakkannya lucu, witty, hillarious. bikin gelak saja sapa yang membaca. dan pada masa yang sama, desyum desyum kena tepat kat muka. bak kata hamka; ada bebarapa artikel yang mungkin lucu pada sesetengah jiwa, penulis tidak berniat membuat lawak, ini bukan blog lawak, dan ugama tidak boleh di jadikan bahan gurau, (kena pergi surau).., anggaplah itu sebagai “pereda ketegangan” dalam membincangkan bab-bab ugama.

banyak isu yang di kupas dalam blognya. kebanyakkan nya isu terkini. ingat lagi dengan cara memberi salam yang betul yang tersebar meluas di facebook dan emel minggu lepas? yang mengatakan salam itu maknanya selamat tinggal dan nak type salam mestilah penuh dan cukup sifatnya. kereta mayat dah ulas dengan panjang lebar. nak tau apa katanya, kenalah klik dan baca :)

dan sekarang tentulah hangat dengan skim piramid atau multi level marketing (MLM). skim yang hanya merosakkan bangsa Melayu yang tamakkan duit segera. sebenarnya banyak kali dah hamka mentioned dalam blognya. secara indirectly.

Amboi, Pak cik Kasim, pengurusi surau.., kuatnya ketawa.., check diri masing masing, dengar hadith nabi teruja ke, atau dengar menantu Pak De jual catalog MLM buat korang jadi teruja., Saya tengok, orang ‘islam’ ramai yang lebih teruja dengar ceramah MLM dari dengar hadith kitab fadahail.., datang cerita kelebihan system pyramid, dan kelebihan jadi jutawan lalu tunjuk gambar tersenyum di sisi kereta mewah, terus si bengong percaya dan habiskan duit simpanan masuk MLM tapi tak kaya kaya jugak, lepas tu masuk pulak MLM tu, MLM ni.., yakin sangat dengan janji dunia, senang senang kena tipu, sedangkan janji Allah, iaitu bila sedekah, Allah akan lipat ganda, jika bayar zakat, Allah akan lipat lagi kali ganda, tak buat pulak korang, berimankah kita?, atau hanya islam di bibir sahaja..

(suasana kelihatan tegang, dan hadirin kelihatan serius macam nak marah pada penceramah, maklumlah ramai sudah antara mereka yang tertipu dengan MLM, latans penceramah berseloroh..)
Ini, bukan orang sini, ini tempat lain.
.
(hadirin ketawa bagai nak rak dengar ungkapan terakhir penceramah, kelakar sebab orang bengong yang di maksudkan penceramah tadi adalah orang kampong lain, kelakar ha ha ha)

 dan bila dibelek-belek, rupanya hamka sudah bercerita pasal MLM ni pada jun 2007 lagi. bila orang heboh pasal skim pak man telo dan skim gores dan menang. maknanya wabak ni memang on going. bertambah moden mengikut masa. kalau kat bandar besar, jarang dah dengar skim gores dan menang. yang banyak kat bandar skim rebut tapak kat dalam internet. tapak yang cuma dihasilkan menggunakan microsoft excel yang tak bayaq pun lesennya pada bill gates. beli tapak, promot kawan suruh beli, naik tapak, beli tapak lagi dan makin tinggilah hingga tiada penghujung. maklumlah rakyat Malaysia nih 23 juta. kalau semua masuk modal beli tapak di internet tu, tak ke kaya pakciknya??

dan beberapa bulan lepas, oktober 2010 to be exactly, muncul pula satu blog ni. dari batman yang sukakan susu. tengok muka dia saja, mesti dia tanya; susu mau? pandai batman ni suruh orang jaga tulang. isi blog batman ni memang gempak. penuh humor dan saintifik terms and findings. memang berpinau mata nak baca. almaklumlah, cek chun ni dalam golongan marhaen jer. sains A tapi math tak pass masa SPM, memang hanggok sunggohnya. kalau tak dah jadi doktor dah. sigh.
blog aidid muaddib. sedap nama tu. hensem ke tak, tak tau la cek chun nak habaq. ni pon jejaka misteri malaya. semua cerita tentang MLM ada dalam ni. hampir semua skim ada. dari yang tak pernah dengar, sampai ke barang yang cek chun pernah guna pun ada. tapi awas! blog ni untuk 18sx saja. ada banyak tut! tut! dan tut!!! tambah-tambah bila para MLMer yang datang komen mempertahankan skim depa. walhal semua findings dan fakta ada terbentang. tapi masih tak paham-paham. geleng kepala jer baca. cek chun yang tak terror math ni pun boleh paham. inikan depa yang rata-ratanya berpelajaran tinggi. 



betul kata orang, bila duit datang bertimpa, memang kelabu mata jadinya. tak kisahlah jika duit tu datang dari mana. tetap nak kata tu semua tak salah.ubat merekalah yang best, tak ada kimia, dibuat dari herba, tak payah makan ubat, cucuk karan saja, terus on kuat badan pak mail.  tak payah nak tunjuk ujian makmal. panggil saja kak siti cerita dia kurus lepas 2 minggu minum shake sedap. suruh pak ali cerita badannya dah bebas dari diabetes, tak payah dah cucuk insulin. tak main lah syringe, itu outdated maa. sekarang cucuk pakai karan saja. tak sakit,  cuma baring saja barang sejam dua.

tu pun ramai dok terikut. hairan sungguh. bukan kata orang lain. dekat-dekat cek chun pun. macam yang di sebut dalam posting-posting lepas. rasa macam nak cekik orang saja. tak paham-paham!!

dan hari ni kereta mayat bercerita tentang MLM lagi atas pertanyaan ramai pembaca. jawapan beliau kali ni:

Salam,
Piramid tu firaun yang punya..
Harta yang banyak pulak, qarun yang punya.
Akhirnya, mereka berdua masuk neraka 
Reply Pembaca:Terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...
Terima kasih banyak banyak.
Keretamayat: “Any time...”

Sekian.

Ps: Untuk keterangan lanjut yang lebih dramatik, sila rujuk aididmuaddib.blogspot.com.  
Harap maklum.

lebih dramatik tu! memang dramatik pun. dua malam ni saja penat gila refresh page baca depa berdebat kat sana. bila kereta mayat letak link macam tu, harap-harap makin ramailah yang datang baca dan hadam isi blog aidid.

aidid kata kereta mayat merupakan sumber inspirasi blognya. padanlah cek chun keja gelak saja bila baca. bila gelak, senang paham. zaman belajar dulu, memang tak sabar tunggu cikgu yang suka melawak masuk kelas. tak sampai lima minit, pecah berderai semua pakat ketawa berdekah-dekah. yang hairannya, semua score gila subjek tersebut.  kalau cikgu buat lawak, benda tak paham pun boleh paham. minda terbuka lebihkah bila kita gelak ni?

hamka dan aidid, masing-masing punya tujuan yang sama. untuk mendidik pembaca. walaupun dari  bidang yang berbeza,  mereka menulis bukan kerana wang dan nama.  


source:
  • wikipedia
  • http://keretamayat.blogspot.com
  • http://aididmuaddib.blogspot.com

Tuesday, March 1, 2011

facebook nightmares.. and it's happening everyday!!!!


  • balik-balik status dia saja yang penuh dekat wall kita. untuk makan lunch saja, hampir 4 status dia update. 
  1. nak makan apa yer untuk lunch jap lagi.
  2. yeaaaa.. call mak tanya resepi tadi. kejap lagi siap lah rendang tok mak. 
  3. lama la pulak daging ni nak empuk. perut dah lapar nih..huhuhuhu
  4. hidangan dah siap. tunggu cik abang bersiap. jangan lupa basuh tangan yer bang. jemput makan kawan-kawan.

  • wall kita penuh dengan video you tube. depend juga pada status mood orang itu. kalau gembira, selalunya cuma satu video dia uplod. sedih kalu, nahh.. makan hati kau baca tajuk-tajuk video tu semua. tak main la video celine dion. semua lagu dari group 80an dulu. spring, sting, spoon, samudera, exists. expect to read - mahligaimu dari airmataku, kita di takdirkan jatuh cinta, sampai hati, pelamin anganku musnah, kau terpaksa aku memaksa

  •  luahan perasaan yang tak tergamak kita nak baca. bila baca jer nak muntah.
  1. hmm rindu plak kat si dia, agaknya si dia rindu saya x? (8.02 pagi)
  2. alamak.. awak sayang saya kan? (8.07 pagi)
  3. lawa pulak muka aku pagi ni.. tak sia-sia beli Mac semalam

credit to zuraita mohd anua

    notis pendek saja

    semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

    gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...