Sunday, November 14, 2010

taman herba mak neka

skul cek dapat sponsorship dari Malaysia Airport Berhad. projek selama tiga tahun. tiap-tiap tahun akan ada projek besar. bermula tahun ni dan fokus untuk pelajar menguasai bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains.
 projek kami sekarang recycling, taman herba, tusyen, english activities dan english drama. semua berkisar pasal sains. semua guru terlibat. taman herba ni diperuntukkan rm700 tetapi dah terlajak sampai 1k lebih dah. semua pakat-pakat tolong, guru dan murid. korek tanah, tanam pokok, korek kolam, letak batu-batu untuk turapan jalan, pintu gerbang, pondok dan pagar.
 pagar memang sempoi. kreatif sunggoh. banyak kerja-kerja berat di buat oleh ustaz-ustaz. membanting tulang sunggoh depa tu. petani moden katakan.
 pokok kat atas ni pokok kapur barus. ada kenai ka? cek pon pertama kali tengok ni. semua pokok dilabelkan dalam bahasa sains dan kegunaan pokok tersebut. tak kan tak tau pokok ni untuk apa kot :-p
lidah buaya yang banyak kegunaannya

 ni lah pokok paling tinggi kat skul. dibawahnya sirih menjalar naik. cantik!!
 sirih yang melilit batang pokok dengan comelnya. dah besar kelopak nanti, boleh la kunyah-kunyah dengan pinang dan kapur :)
 pondok untuk berehat. sebenarnya pondok recycle dari pra sekolah. dah reput lantainya. dari terbiar saja, elok benarlah ambik dan gunakan. dihias dengan jala dan sarang tempua. ni la kot bila orang kata tempua bersarang rendah.

2 comments:

suri solehah said...

comeinya...buat kat belah mana tu

cek chun said...

depan makmal sains. blok kelas tahap 1

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...