Thursday, November 4, 2010

Dah takat ni dahh

Risau tiba-tiba bila tengok paras sungai ni. Masa kat jalan ke simpang 4, air sungai masih cetek. Lega bila tengok sungai tu. Mintak-mintak lah air tak naik.

Bila dah hampir ke kawasan rumah cek, paras air dah meningkat. Ni kalau hujan lebat lagi, mau bah la ni. Huhu. Mak dah risau. Alor staq dah bah. Adik n husband dah pindah mai rumah mak. Kawasan depa kat Gunung Keriang tu ayaq dah paras pinggang.

Sana sini dah kalut pasai bah ni. Mengulang kejadian bah besaq pada 2005. Moga-moga kami tak merasa bah kali ni. Aminnn

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...