Sunday, November 21, 2010

Hantaran owh hantaran

Hari ni semua orang sibuk di dapur. Jiran-jiran datang untuk rewang. Bersihkan ayam, udang, kupas bawang, kentang dan sebagainya.

Menu untuk kenduri esok ialah ayam goreng ala mamak, gulai udang dengan kacang buncis, kerabu tauge n kerang, gulai rebung, dan kurma telur.

Cek pula baru selesai bakar kek. Hajat dihati nak buat kek dua tingkat, atas sicilian orange, bawah moist choc cake. Harap-harap jadi la plan tu.

Sambil tunggu kek sejuk untuk di hias, jari-jari sibuk membelek hantaran pula. Besok rombongan pengantin lelaki sahaja yang membawa hantaran. Pihak perempuan akan membalas pada minggu hadapan, semasa kenduri di pihak sana.

Lusa semua dah pakat nak balik ke tempat kerja. Masing-masing ambil cuti lama untuk minggu ini. Kasihan pula kat puan Mun kalau hantaran tak disiapkan pada hari ini. Jenoh dia nak kelebek sorang-sorang.

Cc: bila bekerjasama semua jadi mudah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Lelaki Ini said...

besh2!

Tomato Gurl's Life said...

wah busynya..next n3 tunjuk la kek yg cek buat tue ye..nak tgk ;)

tenkiu cek sudi vote cik tom utk blogger kreatif wlpn xmenang..hehe..

cek chun said...

Lelaki, mo upah cek wat hantaran tak? Hehe
Cik tom, n3 best, sbb tu kita vote :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...