Thursday, November 25, 2010

Props n probs

Seharian membanting tulang membuat props bersama cik ton, cik aziah dan cik ani. Berpandukan gambar yang diberi oleh incik azizi, cubaan untuk menduplikasinya telah kami lakukan.

Payah juga nak buat protozoa, fungi, virus dan bacteria. Selepas mengoogle rupa mikrob dan melihatnya dalam buku Sains tahun 5, jenuh juga medula oblogata memikirkannya.

Rupanya banyak barang untuk membuat props diperolehi di kedai hardware. Dawai, glue gun, gloves, belon, pisau, dan playa. Kain pula di beli di Kamdar. Pilih di bahagian sisa-sisa kain. Semeter rm3 saja. Ada yang 50sen, ada yang seringgit.

Rumah dah bersepah dengan perca-perca kain. Macam tongkang pecah dah rupanya. Masing-masing tersandar keletihan. Lawak tul. Macam la buat kerja buruh. Kejap lagi projek membaking cupcake hantaran pula.

Besok projek akan diteruskan lagi. Kali ni selepas latihan drama dengan budak-budak, cek akan balik ke AS untuk majlis perkahwinan Mun disebelah lelaki pula. Sabtunya pergi kenduri dan datang semula ke Penang.

Cc: cuti yang bukan cuti

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...