antara hidangan dan orang yang menyediakan makanan tersebut |
Semalam menginai sampai 3pagi. Memang sampai lebam mata pagi ni. Dok nampak bantal tilam saja. Takpa la. Bukan selalu. Ntah bila la nak menginai lagi.
Hidangan terbahagi dua. Menu lunch ada nasi putih, sambal belacan, ulam-ulaman, gulai ikan talang kering, masak lemak cili padi nangka dan bilis, ikan kembong goreng dan kerabu tauge. Masakan berkuah disediakan oleh chef Tok Milah. Petang pula dihidangkan dengan mee kuah karya chef Ani.
Lepas Zohor, giliran cek pula menjadi mak andam. Banyak tul mekap kali ni. Adik pengantin, Atin sedang belajar kursus mekap di Kolej Komuniti. Apa lagi, pulun la lepas ni.
Cc: makan lagi sampai sendat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment