Sunday, November 7, 2010

Apa cek nampak kat highway tadi

1. Bas ekspress CITRA yang berwarna purple bergandingan depan dan belakang. Pantang ada kereta yang memotong, nanti si CITRA 2 akan memotong balik untuk berada di belakang CITRA 1. Mungkin mereka di lahirkan kembar. Tak boleh berpisah walau sepelaung pon jarak antara satu sama lain. Dan gandingan mereka berjaya memastikan meter menunjukkan angka 110km/j. Pandai driver-driver bas ini. Ikot had laju. Mungkin depa lupa yang depa cuma boleh drive sampai 90km\j sahaja.

2. CITY dan VIOS yang berlumba seolah-olah jalan tu depa yang punya. Tetiba bila dah sampai area yang padat dengan kenderaan, kedua-dua kereta ni memotong dari kiri dan kanan kereta cek. Nyaris nak melanggar ESTIMA yang memberi laluan pada CITY tanpa sedar yang VIOS sedang memotong dari sebelah kiri. Istifar sebentar, kalaulah bersentuhan tadi, mau terbang macam dalam Impak Maksima. Maafkan cek wahai driver CITY dan VIOS, sempat mendoakan moga-moga hampa berlanggar sesama sendiri tadi.

3. KANCIL yang lupa yang dia sedang berada di jalan raya bukan dalam hutan. Mungkin dia juga lupa, dalam hutan tiada garisan putih di tengah-tengah. Boleh pandu ke kiri dan kanan sesuka hati. Tak pun makan jalan di sebelah kanan. KANCIL mungkin lupa, sekecil-kecilnya, bisa membuatkan lori atau bas terbabas jika tersangkut pada mana-mana bahagian badannya yang suka makan jalan orang tu.

4. Motosikal berkuasa tinggi macam BMW yang memotong dari kiri atau kanan kereta, lori, bas dengan sesuka hati. Dengan memakai jaket tertera MARSYAL, dia rasa dia la raja di jalan. Potong di tengah-tengah kereta, kadang-kadang dari sebelah kiri tanpa rasa gentar atau ragu.

Wajarlah ada yang meninggal kerana tersangkut cermin sisi lori. Mungkin dia lupa easy rider dia besar gedabak juga bukan sebesar Kris. Tunggu juga kalau-kalau ramai lagi akan menyusul dari belakang. Sampai sudah tak ada. Mungkin marsyal ni terlepas rombongan sebab dia berhenti makan.

Nota tangan: alangkah bagusnya kalau kat depan ada polis trafic menanti di tepi jalan dalam evo putih.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...