Monday, November 22, 2010

Seharian buat kek pengantin

Tepat pukul 10 malam, siap semua kerja. Kotak hantaran sudah dihias dan kemudiannya dibungkus elok untuk kegunaan pada minggu depan. Corsage untuk dua orang flower girls pon dah siap. Dan yang paling penting, kek pengantin pon dah ready.

Walaupun ada sikit kecacatan (kek tinggi sebelah, kek tak tinggi dek kerna acuan kek yang baru dan besar. Mujurlah saat-saat akhir, adik cek, Nuon menolong mendeco kek ini.

"Tengok sini, Cake Boss nak buat" hohh.. Perasan la plak. Siap suroh cek buat daun kat situ, sini, daun banyak-banyak kat area ni. Area tu. Tapi tu la, tangan dia memang dah berseni. Tukang buat batik dan jahit manik. Melengkoi ja krim tu bila dia take over. Sempat lagi tu perasan "kalau cantik, nak buat 1 lagi la.

Nanti cek cerita lagi kat maifood @blogspot. yahoo. Sekarang sangat penat. Mo tido :) daaaaa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...