Friday, November 26, 2010

hantaran yang perlu dihantar

letih memang letih. tapi order tetap kena buat. besok kenduri sebelah suami Mun. ramai dah datang hantar hantaran. cek dan Nuon dah siapkan 15 kotak hantaran. nampaknya semua dah penuh. Mun dok saja nampaknya :-p. seronok la duduk kat kampung ni. masing-masing bagi hantaran. ada kawan mak nya si Mun sampai 5 hantaran dia kasi.

cuma hantaran kali ni, semuanya bertemakan makanan. ada sweets, gula, cupcake (yang ni cek kasi), sweets lagi, sumi jeli, jeruk kering. semuanya dah di atur dengan kreativiti si pemberi. majlis memang serba sederhana, maka hantaran diletak sahaja dalam kotak plastik hantaran. tiada dulang berkaki bagai. yang penting jimat.

sekejap lagi bermula lah aktiviti mendeko cupcake. baru sekarang cek ada masa untuk ber blog walking. inipun dibuat secara laju. selepas mengajar drama tadi, terus cek shoot balik ke AS. besok lepas majlis, shoot balik ke Penang. alangkah bestnya kalau cek boleh guna penyapu harry porter dan terbang ke sini sana dengan riangnya.

cc: besaq atas jalan saja lately

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...