Tuesday, November 2, 2010

Akai takda ka!!!

Bila dah buat tembok, depa buang depan rumah plak. Hmmm.. Takda kesedaran sivik langsung!!!

Sebelum ni, dah jadi macam busut kecil depa dok lunggok sampah kat belakang rumah. Bila dah agak-agak membukit, dibakarnya hingga api menjulang tinggi. Tak diendah nya kita ada dalam rumah atau tak. Kalau siang tu, tahan la lagi. Ini wat keja dimalam buta. Owhhh sadis je rasa bila asap masuk mata.

Padahal tu tanah tuan rumah ni. Dah la suka suki buang sampah, dibuat plak pembakaran macam tu. Wayar elektrik merintang yang dah sedia hitam makin gelap kena asap. Nak tunggu wayar tu putus atau meletup baru dia nak behenti kot.

Sekarang tuan rumah dah buat tembok. Habis disimennya tanah kat belakang ni. Tup-tup sampah ada kat depan rumah plak. OMG!! Gilakah orang ini? Dengan pampers merata-rata. Dia tak belajaq sivik kah dulu. kalau jalan depan lagi dalam 10m, jumpa lah tempat sampah tu. Grrrrrrr... Sengal!!!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...