Monday, May 30, 2011

Kalau karan tadak

* boleh mati akai dibuatnya. kau nak tengok tv? Dengar radio? Surfing internet? Plug nak cucuk kat mana?

* Masa ni lah capai apa saja depan mata untuk buat kipas. Tadak buku, kertas suratkhabar pun berguna. Setiap 5minit, servis bertukar tangan. Lengoh.

* peluh menderu-deru macam air terjun mengalir masa musim kemarau. Ni kalau boleh mandi air terjun, mesti sejukkkk kan?

* Apa guna LCD tv, plasma tv hatta 3D tv sekalipun. Kalau akhirnya benda yang kau tenung cuma screen gelap gulita je.

* jiran-jiran penuh berlunggok kat luar. Sembang atas pangkin. Tak payah kalut nak berkipas tangan. Angin dah sepoi-sepoi bahasa.

* lagi 10 minit kek karot aku nak masak. Dah naik gebu cantik. Tup-tup!! Kau tak rasa nak carot ke kalau gini penyudahnya. Orang order tu. Bukan saja-saja rajin nak membaking malam-malam ni. Tapi sebab tak mau carot la aku tulis entry ni.
Moga aku jadi orang yang lebih sabar atas dugaan ini. Amin.

Sent from my BlackBerry

7 comments:

Latifah said...

kat mana yang tak ada karen tu? haissshhh TNB ni, mentang-mentang kata nak naik tariff lektrik, tak yah la nak bagi blackout... ngeng betul..

cek chun said...

Kat pulau besar ni latifah. Hangin satu badan dah

Solihin Zubir said...

heheh.. sabo kak..
kat tmpt sy ni pun kerap benor letrik wat hal..
yg bengangnya, stail blackout x smpai seminit.. lpas tu ada balik.. lpas tu blackout balik.. mmg sja cari psal btul..
bleh rosak pc2 kt cc tu.. haish..

iniialahaku said...

hahaha...sabor2...TNB saja nak tgk tu...

netty ah hiyer said...

sabar che cun..kang hilang kecunan mu itewww..

Mr.Ein said...

jangan kek carrot jadi kek carut dah..heheh

P/s : amin..kot jadi lebih sabar ;p

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nasib baik ada BlackBerry buleh buat post baru

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...