lama cek tak update. blogwalking pun dah jarang. ni baru pertama kali merasa pegang lappy dalam seminggu ni. selalu check blog dari handphone saja.
sebenarnya makcik cek chun meninggal di IJN. first time arwah ke sana untuk check jantungnya. selalu ke hospital di alor star saja. pagi jumaat 3.30 pagi, cek dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik.
'macam mana nak habaq kat hang arr..errrr... lang aji dah takdak"
terkedu seketika. lagi terkedu bila tetiba pakcik yang cool menangis teresak-esak di bahu tok imam. dua minit yang betul-betul buat kami semua hiba. tumpah juga air mata lelaki yang dengan tenang menguruskan segala keperluan untuk jenazah isterinya.
masih terasa sejuk dahinya kala cek kucup buat kali terakhir. moga lang aji tenang disana. ditempatkan dengan roh-roh mereka yang beriman.
alfatihah.
4 comments:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...
Al-fatihah..
innalillah..
takziah akak..
semoga arwah Lang Aji ditempatkan bersama org2 beriman.. insyaAllah..
AL-FATIHAH...
Thanks ya semua.
Post a Comment