Sunday, May 22, 2011

aku mengharap, akhirnya terkuciwa

balik makan ikan bawal set tempoh hari, terus gua pongpang kat member yang tempat tu sedap, teduh, best untuk lepak, minuman sedap, nasi toksah cakap la, lagi tahap gaban nyer sedap. bila malam pun boleh dok teringat teh tiga lapis yang ntah hapa-hapa punya sedap lagi lemak berkrim tu. bukan tu saja, gua teringat juga masak lemak telur itiknya. nampak mengancam dengan kuah lemak yang kuning yang bukan buat-buat punya kuning tu. jenis kuning letak kunyit hidup.

member gua gelak jer. rupanya dah lama dia pi makan kat situ. wait..wait.. pehal gua tatau tempat best macam tu ni? selalu bab tempat makan, gua jer yang tau. pastu baru gua realise. gua cuma tau tempat yang bukan untuk tekak melayu jer. dengan ayat tu, gua maafkan diri pasal ketidaktahuan tempat makan ni. dah lama rupanya tempat ni. hampir semua geng gua dah try. masa tu tempat tu penuh dengan kucing dan bulu penuh kat meja. sampai kena bertukar meja makan tiga kali. mujur masa gua pi, meja dah cantik cun semua.

tiga hari kendian, member yang gua pongpang pasal event kat atas tu pun bersama dalam kereta kawan gua yang sorang lagi. tujuan? apa lagi.. mau hentak nasi bawai sama telor itik tu la. hati girang semacam jer bila sampai kat kedai. belek punya belek, pehal gulai telor ni rupa semacam jer. merah kuning weh. macam tak cukup santan. ambik la jugak sebijik. nasi bawai tiga set. bila makan jer, luluh hati. awat tak best macam hari tu???? rempah gulai tak masak, telor itik yang cair dan tak terasa masak lemak pun. gua rasa tukang masak cuti la. tapi kenapa cuti tak cakap?? tau tak jauh gua datang ni???


kucing kat tempat ni tetap banyak macam member gua cakap. cuma bulu kucing jer tak berterabur merata. tokei kedai ni bela kucing gamaknya. asal gua datang jer, berpusu datang dok bawah meja gua. pastu tak reti nak bergerak. siap posing duduk macam kat atas tu. tepat je tenung mata gua. ceh.. gua tau la tu. nak tulang bawai gua la nih. hebak mung kucing. bawai je mung layan.

gua rasa ni la kali kedua dan terakhir gua datang sini. gua memang kuciwa seh. lain kali kalau dah rasa nak makan something tu, tak payah nak bertangguh. order saja time tu jugak. gua learnt the hard way.

5 comments:

gadisBunga™ said...

lenkali igt pesan GB ni: JUST DO IT!

eh? hihihi~

cek chun said...

Ya ya betoi tu

iniialahaku said...

hahaha....sabor jelah...klu nk taw kdai tu btul2 best ke tak pi 2 3 kali pon rasa dia lebih kurg je...barula stail...

bab kucing tu rasanya tokei dia nk jimat duit friskies kot...dia letak c2, org bli mknan dia scra xlngsung bgi kucing dia mkn gak...haha

cek chun said...

Patut kucen nya comei.
Dok bagi makan bawai rupanya

sweet said...

terima kasih diatas komen yg telah diberikan... untuk pengetahuan pihak saudara kedai bawal yg saudara katakn tadi kini telah berubah.. saya mewakili warga kerja kedai bawal tersebut memohon maaf diatas segala kesulitan yg terjadi.. saya berharap saudara sudi la datang kembali ke kedai tersebut...

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...