Sunday, May 8, 2011

selamat hari emak, mak!!!

  •   hello mak, dok wat pa tu?
  • dok besiang ikan, besok nak meniaga dah. ramai ada ni. Cu Nah, Mak Ani, semua dok siang ikan. abah hang beli banyak ikan nih. 
  •  ooooo.. hari ibu semua ibu dok besiang ikan je ka? hehehe.. selamat hari ibu, mak!.. 
  • hehehehe.. ucapan je ka? tak mau balik bawak mak pi berjalan ka? 
  • erkkk... hahahaha.. tunggu la. 


semalam sempat baca pasal pengorbanan ibu di blog inianwarhadi. actually cek chun dah lama subscribe video mamat comei punya mulut cute ala sexy nih. tapi jarang benar bukak blog dia. bila solihin zubir retweet anwar hadi, baru cek chun perasan balik pasai blog dia nih. lama dah bermain dalam fikiran sebenarnya. tiap kali birthday, orang ucap kat kita, murah rezeki dan sebagainya. tetapi pernah ker terpikir dekat orang yang mengeluarkan kita pada hari tersebut.

yang membawa perut yang sarat dan besar selama 9 bulan atau kurang.
yang bengkak kaki, nampak urat hijau dibetis.
yang menahan muntah dan kadang-kala tak boleh bau makanan.
yang even worse tak boleh bau suami di sebelah.
yang tetiba kena kencing manis bila mengandungkan kita.
yang kena beratur tunggu giliran di klinik desa sampai berjam-jam.
yang kena perli dengan misi masa mengerang dengan kuat dalam labour room.
yang kena kangkang tanpa segan silu pada doktor and even worse pada doctor trainee yang penuh kelilingnya.

and to all the mothers, ummi, ibu, amma, mama, mak, you guys rock!!! bekerja atau tidak,  dan menjaga anak-anak dan suami, hanya orang yang hebat saja mampu melakukannya.

dan ini, chun dapat dari blog solihinzubir. cerita benar. a mother will do anything for her child.

4 comments:

Daddylicious said...

itulah ibu...nyawa di gadaikan demi anak...


salam:)

Solihin Zubir said...

ibu adalah manusia paling kuat walaupun luarannya nmpk lembut...

cek chun bila nk jd ibu? =)

cek chun said...

salam bigdadyz
welcome :)
a mom will do anything kan..

lihin,
sat k chun cari bapak budak tu dulu.
kang kena rejam ngan mak kalau jadi ibu tak berbapak..

CIK TOM said...

sedihnya tengok wlpn gmbr kartun..pengorbanan seorang ibu melindungi anaknya..

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...