Tuesday, November 30, 2010

Bye bye Penang, hello Ipoh

Semua dalam bas berkecamuk serabut dalam kepala. Macam-macam info baru dapat. Ni bukan dah tahap nak berak baru korek lubang. Ni dah tahap cirit merata tengah jalan dah.

Anyway, I have to be strong. For my kids sake, for my friends sake and for my own sake. Baru melepasi Penang Bridge. Still a long way to go.

Moga dipermudahkan segalanya untuk kami. Amin...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 28, 2010

mari menempah manik bersama cik nuon



 adik cek yang satu ni memang ambil upah menjahit manik. bekerja sebagai pereka batik di sebuah butik yang selalu ambil bahagian di fashion show sekitar ibu kota. part time nya menjahit manik. banyak hasil kerjanya boleh dilihat http://manikqueen.blogspot.com/

sekarang dah berjinak dengan photography. baguih-baguih. besok-besok ni cek kawen, semua benda free. baju pengantin cik mun jahit, manik cik nuon, photography cik nuon, cek cuma sedia kek enam tingkat saja :))

ni antara kerja adik cek sepanjang minggu cuti aidil adha. semua baju kami mendapat khidmat penjahitan manik dari dia. baju kami pula dijahit oleh pengantin ni. memang save baget. baju pengantin dan awning kat tudung pegantin tu turut mendapat sentuhan ajaib cik nuon.

cc: kalau berkenan, sudi-sudilah tempah :)


Saturday, November 27, 2010

Old man with red plastic bag

by Rafidah Mat Isa on Saturday, November 27, 2010 at 9:05pm

It was 6.30pm when I saw an old man, very thin and old (yaa i know, i said it twice) .. holding a big red plastic bag walking from one dumpster to another.. in just a few seconds i know that he was collecting aluminum cans and bottles, probably to be sold at any recycle center ..

His cloth, his face, his walking style .. everything .. really touched me inside.. at that time, all my problems and things that i always wonder why i couldn't get .. just feel so small and nothing .. feel like i've been wasting my time thinking about things i didn't have .. as human being, sometimes my bad thoughts asked why i didn't get what most of people had .. but seeing him walking from dumpster to dumpster, while I'm waiting for my dinner at this nice restaurant.. i can't stop my mind from thinking what he will eat tonight .. will his food will be as nice as mine?

As a person who work and get salary every month.. always in our mind,is  how to get a bigger house or bigger car or higher salary .. but for some people .. they are thinking about what to eat tomorrow.. how to survive another day without hunger..  how to put their children to school and be better than them..

I believe there always something planned by God that made certain people rich and certain people poor.. He decide whether you will get what you wish for today ..  He choose whether you have kids or not .. or you find your other half or not .. or you'll be success in your career .. or you'll be an old man, walking with the red plastic bag .. none of that is in our hand.. we can work for it, as God always want us not to waste time and skills He gave.. but still, the ending will always on Him .. not us to decide...

We should be thankful for what He gave us.. No,Without fail we have to, it's a must ... because if by any chance He decide to take away all that He gave, we wouldn't be so sure if we can be as strong as the man with the red plastic bag ...

cc: the writer is my cousin :)

kalau dah namanya PENIPU

tadi jalan-jalan di FB kekawan. ternampak satu cerita yang kurang enak dibaca. tapi perlu ambil tau juga kerna semua ni boleh berlaku pada cek dan hampa. mula-mula nampak pictha ni.
"Dr. Faizal Iskandar B. Dato' Abd Ghani" @ Samsuri sebelum di belasah dan di tangkap...    
 hohhhh!!! belasah??? awat jadi lagu tu? jadi cek pon skodeng. tiba-tiba teringat kelas investigative journalism kat uni ;) rupanya dia penipu besaq. dok target anak dara yang berumur 35 tahun ke atas. nak lagi jelas cerita, sat cek nak paste kat bawah ni.

Assalamu'alaikum,

By the time entry ini disiarkan, mungkin dah ramai pengguna myJodoh yang kena tipu dengan invididu yang mengaku sebagai Dr Faizal. Mungkin dia akan berdiam diri sebentar, tapi dah tentu dia akan muncul semula di mana-mana di tempat lain di internet. Justeru, posting ini dibuat di blogspot dan disebarkan ke group tertentu untuk peringatan umum.

Matlamat Penipuan:
- Ambik duit tabung haji mangsa dan juga barangan lain.

Risiko:
- Wanita bujang berusia 35 ke atas.
- Guru / Pensyarah

Modus Operandi:
- Mengaku sebagai Dr Faizal Iskandar Bin Abdul Ghani, umur 38-40 tahun.
- Mengaku dapat PhD dari Edinburgh
- Mengaku sedang mengajar di UPSI.
- Mengaku sebagai anak angkat menteri besar johor.
- Mengaku pulang ke Malaysia untuk mencari pasangan hidup.
- Mengaku mangsa adalah antara ramai-ramai calon yang dipilih oleh keluarga.
- Berjanji akan menghantar rombongan meminang.
- Berjumpa dengan keluarga mangsa.
- Akan melangsaikan semua hutang bank mangsa selepas kahwin dan bawa mangsa ke luar negara.
- Akan meminjam notebook, telefon bimbit .. dll
- Selalu dihubungi oleh Datin semasa mangsa "dating" (mungkin bukan datin pun)
- Datin akan menghadiahkan kereta kepada mangsa semasa bertunang.
- Akan pergi umrah selepas kahwin.
- Meminta mangsa membuka akaun Bank Islam (link dengan Tabung Haji)
- Mintak kad bank Islam untuk urusan tertentu. Memulangkan semula, tapi bukan kad mangsa.
- Akan memberikan kad kredit pendua kepada mangsa, senang nak beli barang hantaran/kahwin.
- Mintak nombor PIN untuk didaftarkan ke kad kredit baru. Mangsa akan diminta memberikan nombor PIN bank Islam supaya mudah ingat. (Melalui telefon)
- Keluarkan duit tabung haji mangsa.

Laporan Polis
- Setakat yang saya tahu ada dua laporan polis dari pengguna myJodoh yang telah dibuat ke atas pengguna ini. Salah seorang yang di atas berkata, semasa laporan dibuat, beliau bukan kes pertama atau kedua atau ketiga.

Emel-emel digunakan
- dr_faiz71@yahoo.com
- faidaiskandar26@yahoo.com
- mohamadradzi35@yahoo.com

Gambar
Tiada. Sesiapa yang ada, sila emel saya untuk diletakkan di sini.

Nombor telefon terakhir
- 0129130116

Profile myJodoh
- http://www.myjodoh.net/?mod=user_show&id=165931

Ip Terkakhir di myJodoh
- 120.141.9.21 (P1WMax) pada 2010-10-28 10:16:39

Komen Saya
Modus operandi yang disenaraikan di atas adalah yang terkini. Saya percaya sebelum ini modus operandi beliau lain. Saya dapat maklumat dari rakan internet, sebelum ini beliau cenderung sebagai counselor di laman web tertentu. Tidak mustahil modus operandi akan berubah.

Kepada yang 'terkena' sila buat laporan polis dan maklumkan kepada saya (melalui blog ni pun boleh, emel pun boleh)

Kepada yang prihatin, mungkin boleh sebarkan maklumat ini di blog, FB, emel, egroup masing-masing sebagai peringatan.

Terima kasih.


patotla dia kena belasah. dunia akhir zaman sekarang. menipu pon berlandaskan agama. siap buka akaun Bank Islam dan Tabung Haji. mungkin untuk menyakinkan mangsa bahawa dia benar-benar tulus dan ikhlas untuk berkahwin dengan mereka.

dan ini the latest update:
alhamdulillah. sampai 16 report dibuat keatas malaun ini. moga-moga dia dapat hukuman setimpal di dunia dan akhirat.

Semua ini untuk kamu ya Rosli

 Pukul 2.30 petang rombongan kami didalam 5buah kereta sampai di Pendang. Hujan renyai mengiringi di pertengahan jalan.

Banyak juga hantaran yang dibawa. Ada 3 jenis cupcakes, gula-gula, gula simbolik pemanis perkahwinan, gubahan tuala, jeruk, bunga pahar dan kuih tradisional. Semuanya 17 bekas.

Ramai yang muda belia dalam rombongan kami. Termasukla cek (ngeee x_x) bising ngalahkan penanggah lagi. Makan siap bertambah. Siakap depa ratah hingga ke tulang terakhir.

Lepas ni sapa-sapa nak order cupcake untuk hantaran, boleh emel kak chun ya :-p

padah banyak minum 3 in 1


Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan.
Beberapa hari lepas s
aya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasti:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
 
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.  

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.  

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.  

6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini
 adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).
.2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer


3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.



7. Elakkan mandi selepas makan.

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.



10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.  

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada
nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

cc: di share dari facebook.

Friday, November 26, 2010

hantaran yang perlu dihantar

letih memang letih. tapi order tetap kena buat. besok kenduri sebelah suami Mun. ramai dah datang hantar hantaran. cek dan Nuon dah siapkan 15 kotak hantaran. nampaknya semua dah penuh. Mun dok saja nampaknya :-p. seronok la duduk kat kampung ni. masing-masing bagi hantaran. ada kawan mak nya si Mun sampai 5 hantaran dia kasi.

cuma hantaran kali ni, semuanya bertemakan makanan. ada sweets, gula, cupcake (yang ni cek kasi), sweets lagi, sumi jeli, jeruk kering. semuanya dah di atur dengan kreativiti si pemberi. majlis memang serba sederhana, maka hantaran diletak sahaja dalam kotak plastik hantaran. tiada dulang berkaki bagai. yang penting jimat.

sekejap lagi bermula lah aktiviti mendeko cupcake. baru sekarang cek ada masa untuk ber blog walking. inipun dibuat secara laju. selepas mengajar drama tadi, terus cek shoot balik ke AS. besok lepas majlis, shoot balik ke Penang. alangkah bestnya kalau cek boleh guna penyapu harry porter dan terbang ke sini sana dengan riangnya.

cc: besaq atas jalan saja lately

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!

cek suka blog incik adid muaddib kerana banyak info tentang MLM yang saya perolehi dari situ. tulisannya witty bikin cek gelak sorang-sorang. point taken and the humour attract me to him. wahhh ayat.. ;)

cek juga suka blog incik ben ashaari sebab dia baguih punya orang. siap promot blogger baru macam cek. yang penting entry hari-hari dia tulis sampai tak henggat!! bila miss satu hari, owhhh..banyaknya page cek kena klik. tulisannya juga witty. dan dia juga hensam :)

cek juga suka blog kawan virtual ni. dekat dua tahun kenai dia di virtual space. blog tinta kedua nya banyak menceritakan tentang kehidupan dia seharian. baik budak ni. kalau ada adik lelaki, saheh dah cek ambik dia jadi adik ipar :)

blog keempat yang cek suka klik is my friend yang dah berpindah ke langkawi. dulu tinggal bersama anak-anak saja di sini, manakala sang suami di sana. bila dah bersama pada tahun ini, jadi lah dia si suri solehah. memasak tu kegemaran nya. berceloteh lagi la.. :-p hampir semua entry cek di komennya. kira salah seorang pengomen setia selain dari tinta kedua. tq u guys. lap u laa :*

blog last sekali is incik mat gebu. kira dia la blogger pertama cek kenai sejak cek berjinak-jinak dengan dunia masakan dan internet ini. rasanya bermula dengan penggooglelan. dari situ kami ditemukan. sebab apa cek suka dia? sebab dia tak kawen lagi. hahahaha..sengai hang cek chun. cik mat ni rajin masak. rajin apdet, rajin bercerita, rajin mengomen, rajin bagi tips, pandai tangkap pics walaupon bukan guna dslr. wahhh tertaip banyak pula pasai dia.. ekekekeke.. idola.. nak wat gena.

tu la ceritanya wahai incik ben. kenapa cek suka sangat blog depa nih. tq kerna buat segmen nih. cek dapat tau dari blog cplud.

cc: banyak lagi blog list nih. mo cramp jejari kalo ben suroh type semuanya :-p

Thursday, November 25, 2010

Props n probs

Seharian membanting tulang membuat props bersama cik ton, cik aziah dan cik ani. Berpandukan gambar yang diberi oleh incik azizi, cubaan untuk menduplikasinya telah kami lakukan.

Payah juga nak buat protozoa, fungi, virus dan bacteria. Selepas mengoogle rupa mikrob dan melihatnya dalam buku Sains tahun 5, jenuh juga medula oblogata memikirkannya.

Rupanya banyak barang untuk membuat props diperolehi di kedai hardware. Dawai, glue gun, gloves, belon, pisau, dan playa. Kain pula di beli di Kamdar. Pilih di bahagian sisa-sisa kain. Semeter rm3 saja. Ada yang 50sen, ada yang seringgit.

Rumah dah bersepah dengan perca-perca kain. Macam tongkang pecah dah rupanya. Masing-masing tersandar keletihan. Lawak tul. Macam la buat kerja buruh. Kejap lagi projek membaking cupcake hantaran pula.

Besok projek akan diteruskan lagi. Kali ni selepas latihan drama dengan budak-budak, cek akan balik ke AS untuk majlis perkahwinan Mun disebelah lelaki pula. Sabtunya pergi kenduri dan datang semula ke Penang.

Cc: cuti yang bukan cuti

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 22, 2010

Sekitar Kenduri

Makan beradat dah sudah. Sekarang pengantin menyaksikan acara silat dibawah kelolaan bapa saudara. Tomoi pon ada. Rombongan lelaki datang pada pukul 2.30 tadi.

Selain nasi, char koteow kerang dan udang pon ada. Pilih saja yang mana berkenan. Tukang goreng plak import dari Juru, penang. Adik cek la tu :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengantin popular

Hebat gak hasil tangan abang Shah ni. siap promote lagi nak bagi diskaun bagai. Katanya best sembang dengan kami. Takpa, nanti kita sembang kat FB pula noo.

Dia boleh terima idea orang. Kira tak da la ikut kepala dia ja. Dan tak kedekut tips.

Cc: mulut manis, orang ingat sampai bila-bila


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

butik di ceruk bendang

Pelik bila bawa kereta masuk ke kampung Bagan Luar ni. Lagi pelik bila Mun cakap, masukla dalam lagi. Lorong muat-muat satu kereta. Jalan hingga merentasi sawah bendang.

Rupanya butik di dalam ni. Rumah kampung di tingkat atas. Lama dah tak jejak rumah papan macam ni. berhinggut-hinggut tahan bila masing-masing berjalan. Takut lantai bunyi. Lol.

Pak andamnya buat kerja part time. Kerja betulnya di hospital. Mun kata jadi atendant. Muda lagi budaknya. Nuon siap nak mengorat. "Nanti dapat baju n hantaran free bila kita kawen" sengal tul adik cek ni. Siap bertukar facebook akaun. Ngorat zaman la.

Banyak juga baju di butik ni. Ada 6 pasang baju sedang menunggu giliran. Hebat juga la si abang Shah ni. Butik tak payah bayar sewa. Pengantin kebanyakkannya datang sendiri ke sini. Kaya pakcik ni.

Cc: kalau dah servis baek punya, kat ceruk mana pun orang cari

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seharian buat kek pengantin

Tepat pukul 10 malam, siap semua kerja. Kotak hantaran sudah dihias dan kemudiannya dibungkus elok untuk kegunaan pada minggu depan. Corsage untuk dua orang flower girls pon dah siap. Dan yang paling penting, kek pengantin pon dah ready.

Walaupun ada sikit kecacatan (kek tinggi sebelah, kek tak tinggi dek kerna acuan kek yang baru dan besar. Mujurlah saat-saat akhir, adik cek, Nuon menolong mendeco kek ini.

"Tengok sini, Cake Boss nak buat" hohh.. Perasan la plak. Siap suroh cek buat daun kat situ, sini, daun banyak-banyak kat area ni. Area tu. Tapi tu la, tangan dia memang dah berseni. Tukang buat batik dan jahit manik. Melengkoi ja krim tu bila dia take over. Sempat lagi tu perasan "kalau cantik, nak buat 1 lagi la.

Nanti cek cerita lagi kat maifood @blogspot. yahoo. Sekarang sangat penat. Mo tido :) daaaaa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 21, 2010

Hantaran owh hantaran

Hari ni semua orang sibuk di dapur. Jiran-jiran datang untuk rewang. Bersihkan ayam, udang, kupas bawang, kentang dan sebagainya.

Menu untuk kenduri esok ialah ayam goreng ala mamak, gulai udang dengan kacang buncis, kerabu tauge n kerang, gulai rebung, dan kurma telur.

Cek pula baru selesai bakar kek. Hajat dihati nak buat kek dua tingkat, atas sicilian orange, bawah moist choc cake. Harap-harap jadi la plan tu.

Sambil tunggu kek sejuk untuk di hias, jari-jari sibuk membelek hantaran pula. Besok rombongan pengantin lelaki sahaja yang membawa hantaran. Pihak perempuan akan membalas pada minggu hadapan, semasa kenduri di pihak sana.

Lusa semua dah pakat nak balik ke tempat kerja. Masing-masing ambil cuti lama untuk minggu ini. Kasihan pula kat puan Mun kalau hantaran tak disiapkan pada hari ini. Jenoh dia nak kelebek sorang-sorang.

Cc: bila bekerjasama semua jadi mudah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 20, 2010

Nasi lemak lima ploh sen?

Sekali sekala makan tepi jalan macam ni, dengan budak-budak ni, ngan puan Mun, dengan Nuon, sangatlah menarik.

The kids asked- makan kat sini ja ka?? Hahaha. Sorry guys. Kak chun hampa save budget. Kejap lagi nak ke Tesco plak. Beli baju flower girl. budget lagiii.

Jom pekena nasi lemak ni dulu. La ni mana ada nasi lemak lima kupang dah. Tu dialog dalam filem buduh tu ja. Nasi ni enam kupang harganya.

Cc: jimat belanja selamat jiwa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rambang mata aihhh

Bila masuk ke kedai Rainbow ni, satu je perkataan yang keluar dari mulut. Cantiknyaaaaaaa...

Kedai yang menjual segala mak nenek barang pengantin. Riben, kotak, renda, coklat pon ada. Kena pula hari ni start sale.. Yippeeee...

Tadi dah berhabis untuk kek pengantin. Kedai kek yang best kat Alor Staq ni. Tapi barang agak mahal la kalau compare dengan harga di Penang. Tu je hadiah Chun untuk puan Mun.

Ramai juga kat kedai ni. Baru perasan kan sekarang musim cuti. Ahaks. Terlupo la plakk...

Cc: rambang mata sampai juling


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 19, 2010

Selamat Dah

alhamdulillah. tepat 4.10 minit, cik mun dah bertukar menjadi puan. berdebaq bila tengok incik abang mengigil semasa menjabat tangan pak imam. kena plak pak imam jenis lawak. macam-macam di pesannya kepada bakal pengantin.

dua kali juga lah lafaz sebelum SAHHHHHHHH. Isnin ni pula giliran kenduri di rumah pengantin perempuan. memang bakal sibuk. gerenti. dok pikir nak buat kek apa untuk pengantin. kek hantaran untuk pihak lelaki dah chun decide nak bagi cupcake. sekarang cik Mun..opsss..Puan Mun nak kek untuk di potong semasa majlis nanti. hmmmm.. ana manyak finin laa mau pikir..

tadi si Kuje bila ditanya - adik sedih tak? tak. tak sedih la. abah yang sedih tu. sambil tunjuk ke abahnya. nanti kak pi kat abang dia. pandai betul dia menjawab. lepas ni Kuje kena baik ngan kak Atin pula. tapi she's still anak manja abah dia. nak apa saja, semua abah turutkan. cuma bila kak Chun balik kampung saja, secara tiba-tiba dia akan lupakan lori abah dan mengikut kak Chun kemana saja.

mulai besok, operasi membuat kotak hantaran dan bunga-bungaan akan bermula. tapi sebelum tu, marilah bersama-sama kita ke kedai itu. kasi buang semua minyak-minyak, debu-debu dan rapatkan semula pori-pori di wajah..ngeeeee.. i like

cc: pulun macam cek plak yang nak kawen x_x

isterinya encik Rosli

berdebaq aihhh
ramai tul paparazi di majlis ni
Sedang berdebar menunggu ketibaan tok imam. Lepas ni selamatlah cik munah menjadi bini orang.

Lepas ni, tak adalah orang yang menjadi teman cek ronda-ronda dah. Cik Mun akan selamat bermastautin di Pendang. Yang paling terasa mestilah si adik yang dia jaga sejak lahir lagi, si Kuje.

Semalam Kuje hampir meninis air mata bila cek tanya pasal kakak. Sedih lepas ni dah tiada yang melayan manjanya lagi.

Cc: besok-besok manja ngan kak chun pula yer

Sini lah termahterinya

Inilah masjid khariah kami. Sinilah juga tempat bersemadi aruah tok, tok wan, Cik Eh, Makcik Munah. Dan hari ni tepat 3.30 petang, insyaallah cik Maimunah Mohd Azmi akan menjadi suri encik Rosli.

Cc: moga berbahagia hendaknya


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Makan-makan di kenduri nikahnya

antara hidangan dan orang yang menyediakan makanan tersebut
Pagi-pagi lagi semua dah sibuk. Akad nikahnya pada 3 petang. Tetamu jemputan hanya jiran tetangga beradius 1km persegi sahaja. Ada juga geng futsal Ayeh dan geng petani berjaya dari Bukit Tangga gengnya si Adha.

Semalam menginai sampai 3pagi. Memang sampai lebam mata pagi ni. Dok nampak bantal tilam saja. Takpa la. Bukan selalu. Ntah bila la nak menginai lagi.

Hidangan terbahagi dua. Menu lunch ada nasi putih, sambal belacan, ulam-ulaman, gulai ikan talang kering, masak lemak cili padi nangka dan bilis, ikan kembong goreng dan kerabu tauge. Masakan berkuah disediakan oleh chef Tok Milah. Petang pula dihidangkan dengan mee kuah karya chef Ani.

Lepas Zohor, giliran cek pula menjadi mak andam. Banyak tul mekap kali ni. Adik pengantin, Atin sedang belajar kursus mekap di Kolej Komuniti. Apa lagi, pulun la lepas ni.

Cc: makan lagi sampai sendat


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berinai kecil

Masing-masing sibuk nak berinai. Besok hari nikahnya. Selalu macam ni la. Las minit baru nak pulun. Seronok kot kumpul ramai-ramai.

Se kecil pon sibuk sua tangan. Yang anak dara sibuk kat dapor tadi. Masa ni baru boleh relaks.

Kenduri-kenduri lepas, ada jiran yang memang ambil upah sediakan inai. Siap offer nak giling inai free untuk cek. Time cuti ja, mesti dia tanya - hang bila lagi kak? Tak sabaq nak giling inai kat hang ni. Nampaknya tak sampai la hasrat makcik tu. Kenduri ni pon dia tak larat dah nak menginai. Dah tua.

Ok. Mau sambung menginai lagi. Ramai customer menunggu giliran ni.

Cc: berinai sampai lebam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 18, 2010

Hidangan dah siap. Mana tetamu ni???

Sepagi mak pulun masak. Mulanya nak buat bihun sup kaki lembu. Pagi ni dia cakap nak masak nasi daging pula. Nasi daging mestilah geng dengan air asam. Lepas tu dia masak lagi ayam masak merah. Meriah aiih

Kol 2 hidangan dah siap tunggu tetamu datang. Janji lepas lohoq (zohor). Ada yang dari pulau pinang. Yang lain tetamu dekat saja.

Tukang masak dah berhenti rehat. Asisstant plak bz buat air.

Cc: makan sampai sendat ya kawan-kawan



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 16, 2010

Hujan yang maha lebat

Sampai ja Sungai Petani, tetiba langit mendung.. Cantiknya.. Sempat ambil pic. Dalam beberapa saat dah bertukar menjadi gelap. Perjalanan diteruskan lagi.

Dalam 10km, hujan mula mencurah-curah. Disusuli dengan kilat sabung menyabung. Guruh masih manja berbunyi.

Lampu terpaksa dinyalakan. Meter cuma mampu tunjuk 40km/j. Lama-lama tak daya dah nak teruskan perjalanan. Cari tempat berhenti dulu. Mujur dah sampai depan perwaja Steel, Gurun. Banyak kenderaan dah berhenti di tepi jalan. Cek pon ikot sama.

Ni la first time cek behenti bila hujan lebat. First time in 7 years :) well, there are 1st time for evrything right?

Perot dah keroncong ni. Mujoq ada coklat Bounty. Konon untuk anak-anak kat kampung nanti. Sori la dalink. Kak chun lapaq wooo. Atin kat sebelah dok frust tak sempat makan maggi sebelom cek pick up dia tadi kat SP. Hehehe. Kita singgah kat Nasi Kandaq Ramli lah noo.

Cc: better save than sorry



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

bz apakah??

besok last day at skul. going to be bz, that's for sure. a BIG time bz this time. nak kena settle semua kerja-kerja sekolah. rata-rata cekgu yang cek kenal kat FB, semua status cerita pasai kesibukan masing-masing. apa yang sibuknya tugas cikgu ni? pi mengajar, dah tu balik awal dari orang lain. cuti sekolah pon lama. owhhh.. tak tau la tugas orang lain, tapi tugas cek sendiri macam ni la;
  1. dah jadi guru kelas, kena siapkan file budak-budak. susun semua buku rekod, buku PLBS BI dan BM dan buku Adab. pastikan letak di kelas baru mereka tahun depan.
  2. tutup buku kedatangan. tutup buku rekod mengajar. tutup buku lima (mujuq cek tak ada)
  3. dah jadi guru LDP, kena siapkan data cekgu setiap sorang. ada la seramai 60 lebih itu. kena isi data satu-satu kursus apa yang mereka dah hadiri sepanjang tahun 2010. surat makluman bertarikh 3 Nov, skul terima 9 Nov, cek dapat 11 Nov, due date 12 Nov. wat de hey!!!!
  4. dah jadi guru PLBS, kena siapkan report untuk setiap tahun. kutip data dari semua kawan-kawan, kira dan compilekan. ada lagi yang tak hantar ni. dateline dah lepas. habis tu camno? 
  5. dah jadi guru drama untuk projek BB, kena make sure budak-budak hafal semua skrip, berlatih lagi selepas aidil adha, siapkan props, berlatih lagi sampailah acara kemuncak pada 30 Nov ni di Ipoh. nak raya pon tak senang. hari-hari pikir nak buat props dan anak-anak yang berlakon tu. rombakan pelakon dah dua kali buat dah. mengalahkan mengarah drama minggu ini la pulak. mujoq ada teman yang membantu. trima kasih la sayang-sayangku. pasni korang nak makan apa habaq saja, cek sediakan :p 
  6. ambik video untuk presentation projek taman herba. ok. yang ni cek yang gatai tangan p offer diri. besok juga lah baru nak ambil gambar semua guru-guru kat skul tu. baru tadi dok skodeng cara-cara nak buat self timer..lol
  • maaf tak sempat nak lawat baby Danial by puan Kimie. after raya i will. 
  • maaf mak tak sempat nak buat kek atau beli biskut sekalipon untuk aidil adha. but fear not, anak mu ini gigih angkut oven balik ke kampung. boleh la kita try lagi buat red velvet yang gebu itu. 
  • maaf adikku nuon tak sempat pon buat kue layan sempoi itu. nak masak untuk diri sendiri pon akak kamu ni tak sempat. sedey 
  • maaf kalau terkasar bahasa lately kat skul. memang cek hangin sangat kat orang-orang yang hanya tau bagi arahan dan tak pernah nak tolong buat kerja pon. 
  • maaf ini hanya luahan hati. cek sudah fell in lap with this profession. setiap kerja akan dibuat dengan seikhlas hati. 
selamat aidil adha in advance :) 
cc: besok balik kampong. boleh singgah beli jagong kat Gurun. i loikeee

Monday, November 15, 2010

penat aku baca perangai orang macam nih

Nota
Dalam masa 25 jam dari jam 10.58 malam 13/11/2010 sehingga 11.17 malam 14/11/2010 sebanyak 121,559 orang datang melawat blog ini.

Terima kasih diatas semua komen positif dan negatif. he he

nampak sangat orang yang tulis kat atas ni gila glamer. sanggup buka pekung di dada. apa la yang dia dapat. dah la melibatkan bekas permaisuri negara. aku rasa macam kena mandrem je si aishah tu. kalau korang masih belum tau apa cerita ini, google la sendiri. i'm too sick nak bagi link. lingkop aku bleh la kasi

cc: sick attention seeker!!!!

Sunday, November 14, 2010

taman herba mak neka

skul cek dapat sponsorship dari Malaysia Airport Berhad. projek selama tiga tahun. tiap-tiap tahun akan ada projek besar. bermula tahun ni dan fokus untuk pelajar menguasai bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains.
 projek kami sekarang recycling, taman herba, tusyen, english activities dan english drama. semua berkisar pasal sains. semua guru terlibat. taman herba ni diperuntukkan rm700 tetapi dah terlajak sampai 1k lebih dah. semua pakat-pakat tolong, guru dan murid. korek tanah, tanam pokok, korek kolam, letak batu-batu untuk turapan jalan, pintu gerbang, pondok dan pagar.
 pagar memang sempoi. kreatif sunggoh. banyak kerja-kerja berat di buat oleh ustaz-ustaz. membanting tulang sunggoh depa tu. petani moden katakan.
 pokok kat atas ni pokok kapur barus. ada kenai ka? cek pon pertama kali tengok ni. semua pokok dilabelkan dalam bahasa sains dan kegunaan pokok tersebut. tak kan tak tau pokok ni untuk apa kot :-p
lidah buaya yang banyak kegunaannya

 ni lah pokok paling tinggi kat skul. dibawahnya sirih menjalar naik. cantik!!
 sirih yang melilit batang pokok dengan comelnya. dah besar kelopak nanti, boleh la kunyah-kunyah dengan pinang dan kapur :)
 pondok untuk berehat. sebenarnya pondok recycle dari pra sekolah. dah reput lantainya. dari terbiar saja, elok benarlah ambik dan gunakan. dihias dengan jala dan sarang tempua. ni la kot bila orang kata tempua bersarang rendah.

Monday, November 8, 2010

Salah makan ubatkah?

Ahad lepas cek baru dapat tidor selepas 3pagi. Semalam lak langsong tak boleh lena. Sampai lah sekarang. Mata dah sedaya upaya cuba ditutup. Tapi apakan daya. Sampai la dok celik saja.

Demam dah kebah. Batok dah lega. Selsema saja yang ada ni. Tapi kenapa tak boleh tidoq la pulak.

Cc: macam-macam penyakit bila dah tua ni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 7, 2010

Apa cek nampak kat highway tadi

1. Bas ekspress CITRA yang berwarna purple bergandingan depan dan belakang. Pantang ada kereta yang memotong, nanti si CITRA 2 akan memotong balik untuk berada di belakang CITRA 1. Mungkin mereka di lahirkan kembar. Tak boleh berpisah walau sepelaung pon jarak antara satu sama lain. Dan gandingan mereka berjaya memastikan meter menunjukkan angka 110km/j. Pandai driver-driver bas ini. Ikot had laju. Mungkin depa lupa yang depa cuma boleh drive sampai 90km\j sahaja.

2. CITY dan VIOS yang berlumba seolah-olah jalan tu depa yang punya. Tetiba bila dah sampai area yang padat dengan kenderaan, kedua-dua kereta ni memotong dari kiri dan kanan kereta cek. Nyaris nak melanggar ESTIMA yang memberi laluan pada CITY tanpa sedar yang VIOS sedang memotong dari sebelah kiri. Istifar sebentar, kalaulah bersentuhan tadi, mau terbang macam dalam Impak Maksima. Maafkan cek wahai driver CITY dan VIOS, sempat mendoakan moga-moga hampa berlanggar sesama sendiri tadi.

3. KANCIL yang lupa yang dia sedang berada di jalan raya bukan dalam hutan. Mungkin dia juga lupa, dalam hutan tiada garisan putih di tengah-tengah. Boleh pandu ke kiri dan kanan sesuka hati. Tak pun makan jalan di sebelah kanan. KANCIL mungkin lupa, sekecil-kecilnya, bisa membuatkan lori atau bas terbabas jika tersangkut pada mana-mana bahagian badannya yang suka makan jalan orang tu.

4. Motosikal berkuasa tinggi macam BMW yang memotong dari kiri atau kanan kereta, lori, bas dengan sesuka hati. Dengan memakai jaket tertera MARSYAL, dia rasa dia la raja di jalan. Potong di tengah-tengah kereta, kadang-kadang dari sebelah kiri tanpa rasa gentar atau ragu.

Wajarlah ada yang meninggal kerana tersangkut cermin sisi lori. Mungkin dia lupa easy rider dia besar gedabak juga bukan sebesar Kris. Tunggu juga kalau-kalau ramai lagi akan menyusul dari belakang. Sampai sudah tak ada. Mungkin marsyal ni terlepas rombongan sebab dia berhenti makan.

Nota tangan: alangkah bagusnya kalau kat depan ada polis trafic menanti di tepi jalan dalam evo putih.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Projek yang tak jadi

Konon-konon wekend yang panjang ni nak dihabiskan dengan kerja-kerja skola yang berlunggok. Penuh beg bawa balik segala mak nenek file dan buku. Satu pon cek tak sentuh.

Sampai kampong dengan penuh keriangan. Sangat-sangat bersyukur kerna tak terlibat dengan ayaq bah. Plan segala macam dalam kepala. Nak buat tu, nak buat ni. Sekali kena demam daaa... Nah ko..terbongkang tido ja dua hari.

Ubat pon harapkan ehsan sedara-mara. Tak bermaya nak ke klinik. Daha bagi ubat batok n flu dari hospital. Power sehh.. Dia dah pesan, ubat ni mengantok. Alhamdulillah.. Lega sket. Panadol plak ehsan dari mak. Malam tu berpeloh-peloh sebab nak kebah.

Malam ni lak flu saja melanda. Bila cari ubat flu, sudah hilang entah kemana. Aiseyyyy.. Terpaksa sedia tisu banyak-banyak. Takpa..cek pasrah....

Tapi mengenangkan kerja berlunggok menunggu...huwaaaaaaaaaaaaaa

Nota tangan: len kali buat la lagi kerja las minit



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 6, 2010

apakahhh!!!!!!

 apakah?????

ada bulat

ada bujur

ada putih

ada hitam gelimat

ada coklat menawan

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni hahh.. beryls coklat. dragess namanya. buah tangan dari adik cek semasa dia pergi ke luar negara. jauh wooo.. kat Hatyai sana.. hahahaha.. belek punya belek, beryls ni buatan malaysia, kilang kat shah alam saja. alahai adik ku.. boleh la dari tak dapat apa kan...

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...