Wednesday, April 27, 2011

emel dari Puremobile.. memang pure heaven!!

tengah seronok bergelak tawa membaca status teman di fb dan twitter, cek chun dikejutkan dengan emel yang memaklumkan ada parcel on the way dari amerika. uitt!! takkan beg Coach yang baru cek chun berangan nak beli dah on the way ke tangan? baru berangan wehh.. takda pun dok klik-klik beli online atau order dari kawan yang dok obersea. kawan kat US tu cuma sorang jer. si derek morgan tu. tu pun dia dok bz berlakon. selalu kalau nak hantar barang, dia by hand saja.
kemudian cek chun perati lagi. ada 3 lagi  notification dari United Parcel Servis. semuanya sama. ada barang sedang on the way. kena download attachment untuk track parcel tu dok kat mana. wahh... mesti bagus bangat punya content ni. bagus betul sampai siap 3 kali habaq lagi kat customer. itu baru servis yang gah dan perlu dicanang serata alam.

belek lagi emel, dan cek chun nampak aididmuaddib is now following you in twitter. hohoho..nampaknya dark hero sudah pasang cawangan baru selepas blog hebak tu. lepas ni boleh la pakat-pakat follow mamat teror main gitar yang anti MLM ni. korang klik jer kat sini kalau berminat.

skodeng lagi emel (memang banyak lately, gila ahh fb notification pun boleh masuk sini jugak, dulu bukan dah buang ker??)  lalu cek chun jumpa dari Puremobile. aiyoooo.. website jual henpon. wehh.. tau la aku bekenan sama ipon pun. tapi takda lagi dok pulun beli ipon kot online nih. baik pi beli kat Switch queensbay tu. boleh gak ngorat mamat nerd ensem sambil pura-pura buat tak reti nak scroll down the phone screen.

bila tengok sampai 3 notification, teringin gak nak tau menatang apa yang cek chun beli tu. jadi i download la. bila scan virus, lulus dengan cemerlang. tapi tak sempat nak klik download jer sebab sudah ada rasa lain macam melanda.  terus cek chun google.. nahhhh.. keluar macam-macam cerita la. ada review iphone 4 dari Puremobile, aksesori handphone dan ada juga cerita orang curi nama Puremobile untuk buat scam. cerita credit card fraud pun ada.

of coz la kena klik kat credit card fraud dulu ni. ewwwwww.. very noty these people. ikut suka-suka scam merata alam. kat australia pun kena. dorang siap buat forum lagi pasal scam nih. korang boleh baca kat sini. kalau sapa-sapa yang berminat tu sahih la nanti dorang akan dapatkan maklumat kredit kad. lepas tu jenuh nak bayaq hutang. memang patut di middle fingerkan jer depa-depa nih.

10 comments:

Unknown said...

saja tu nak mengenakan org.. paling tak pun suruh masukkan sejumlah duit kalau nak tuntut parcel tu

iniialahaku said...

eh la ni mmg depa taw dah niat kita nk pa...suma dia bgi trus..main niat je..dulu bolehla dunia dihujung jari..skang ni dunia dengan niat plak..hahahah

suri solehah said...

benda apa tu semua mai

cek chun said...

MH, betul tu, cara baru nak scam orang. konon nampak macam legit skit. ampehh


fandy,
hahahaha how i wish they can come true. penuh rumah dengan parcel..hohoho


suri dear,
scam la ni. menipu insan yg mudah terpedaya dengan kebendaan dan wang duit.

CIK TOM said...

eh cik tom pun ada dapat..tapi sebab tak pernah beli aapa2 cik tom terus delete je mesej tue..bimbang virus or apa2 yg lain..hee

CIK TOM said...

eh cik tom pun ada dapat..tapi sebab tak pernah beli aapa2 cik tom terus delete je mesej tue..bimbang virus or apa2 yg lain..hee

uncle gedek said...

First time dengar Aidid Mu'addib....

TQ kenalkan...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

Aidid Mu'addib gua pun sama macam uncel gedek

iniialahaku said...

haha..niat2 jangan xniat

cek chun said...

Betul tu ciktom.
That's the correct way. Don't ever open the attachment

Gedek n brutalsolo,
Glad to read that.dapat gak info berguna kat situ.

Fandy,
K chun nak mulakan niat dengan ipad2 dengan smart cover oren

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...