Kenapa saya suka pokok ini? Sangat terasa sepoi-sepoi bahasa bila berada dibawahnya. Cuaca sangatlah redup dan yang penting boleh menunggu tanpa merosakkan kulit dek panahan UV matahari.
Saya sebenarnya menunggu keta pinjam ni dicuci oleh tenaga-tenaga mahir ditempat ini. Dengan sekeping wang kertas plastik berwarna hijau, keta anda akan cuci calat dari dalam sampailah ke tayar.
Sabun yang digunakan pon sangatlah bermutu. Kilauan tetap bersinar hatta 3hari selepas kejadian sekalipon. Begitu juga tayar, sangat lah berkilat. Jangan lupa dashboard. Sekali lagi perkataan berkilat terpaksa digunakan.
Vakum dalam pula first class. guna sucking power yang sangat hebat, payah nak cari cebisan rambut atau pasir selepas menda ni menyedut.
Saya dah bagitau tak semua tenaga kerja ni terdiri dari manusia sahaja minus the vacum machine.
Ada sorang OKU yang kerjanya hanya membasuh tayar sahaja.tangannya kecik dan pendek sebelah. Sangat respek sebab dia masih mahu bekerja cari rejeki yang halal. Dan pagi-pagi OKU ini akan menunggang basikal melalui depan rumah saya ke tempat kerjanya. Dan jarak rumah saya ke car wash ini ialah 6km!
Kalau dah first class punya berkilat tu, maka tak salahlah anda terpaksa menunggu mengikut giliran.kereta sangatlah banyak. Dari BMW sampai ke moris minor, semua pakat mai sini.
Maka semasa menunggu inilah, pokok berdaun rendang itu sangatlah berguna. Duduk dibawah pohon ini sambil membaca paper, membuat seseorang terlupa sekejap yang dia sebenarnya dekat car wash.
Kedai ni depan komplek hijau kuning, ditepi jalan utama ke bandar alor staq. Didepannya ada terusan wan mat saman. Kalau anda orang baru di sini, maka saya tak salahkan anda jika anda ingat tu longkang bukan terusan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment