- kek choc dah siap kukus. mujoq jadi. baru try hari ni. choc cair sudah dituang atasnya. penoh melimpah hingga penuh tray cake baru aku.
- puding laici dah siap mengeras dalam fridge. 1 loyang cukup la kot.
- kuah laksa baru separa siap. sebab apa separa nih? asam keping tarak, aku hentam asam jawa ja. daun kesom pon tadak. besok baru nak p beli.
- air gula dah siap.
- air masak dah penuh tapawe.
- ais dah buat 3 ketoi besaq.
- cili dah blender.
- sawi dah basoh.
- karot dah di julienne (kalau tatau sila google apa natang nih)
- ayam dah potong kecik-kecik.
- udang dah siang, tinggai ekoq saja, senang nak makan. stylish sikit wat camni :P
menu besok sempoi jer. bihun goreng sempoi. semua serba serbi sempoi. padanla ticer orang bujang. lagipon besok skul, kang nak wat macam-macam, tak termasak kang.dah la ticer jer yang nak masak sorang-sorang nih. sebab apa lak ada kuah laksa nih. haaa.. ni la cara paling sempoi makan bihun goreng. curah kuah laksa atasnya. ni cekna la ajaq.
kue raya pon tadak nih. sian kat korang. makan jer la apa yang ada yer anak-anak. sapa banyak komplen, nanti kena potong markah..kekekekeh.. kawan-kawan pon jemput 2-3 orang jer. besok spesel untuk anak-anak jer. ehh.. wet raya aku ni cukop kaa.. mo datang 1 skolah, mampoihhh :))
semoga dipermudahkan segalanya besok nih. aminnn
0 comments:
Post a Comment