Thursday, September 30, 2010

menjadi jugakkk.. alhamdulillahhhh

juadah yang disediakan sempena hari itu. cucoq udang sumbangan dari kawan, noraini nama diberi. sangat sedap hingga menjilat jari.

kek coklat kukus juga hingga menjilat ke siku. mujuq ada lebihan kek yang cair hingga ke tray, habis licin tepi-tepi tray tu depa sapu coklatnya. semua mintak nak tambah lagi kek. opsss.. makan sorang sepotong saja yer..hehehe

bihun yang dimakan dengan kuah laksa. ni untuk orang yang teror makan saja, sapa yang tak reti, sila makan bihun macam biasa.

puding laici yang mendapat sambutan menggalakkan. mudah jer nak sediakan puding nih. selalunya benda yang mudah dan senang ni lah yang paling laku sekali.

kawan-kawan yang hadir menolong dan menolong makan juga. jangan tersilap teka, itu bukan mak kanak-kanak ribena nih. mama nya di belakang itu ya. mama jugalah yang teror buat cucoq udang sedap itu. tq kawan-kawan yang datang menolong.

rombongan cik kiah sampai dalam tiga batch. yang first dah balik dah lepas dapat duit raya. bila second n third bertemu, maka riuh macam ni lah. yang penting bila kamera dihala, pose mesti power. makan letak tepi dulu. ni semua anak-anak tahun 4.
bila dah kenyang perot, kita ambik gambar lagi. jangan lupa posing. masing-masing tak lupa tanda peace tu. mana depa dapat dakyah ni tatau la. suka sungguh angkat jari macam tu. yang paling tak tahan soalan depa:

teacher masak sendiri ka semua nih?
tak aihhh.. bibik teacher la masak....

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...