Friday, June 1, 2012

Sum up for the lost days

1. Hi June. Love u the most. My birthday month. A 25% less at The Body Shop, a 30% less at Crabtree & Avelyn, a free makeover and photo at Stage, which I never claim once in the past 3 years. Heh. A 20% less for manipadi, a rm50 voucher from Parkson elite card. Ohh how not to love you June?

2. Aidid Muaddib is back!! We lost some of his entries but what the heck. At least he's alive and ready to kick those MLMers back. hoping for more kick ass entries after his exam.

3. Had an awesome kenduri for my little sister's wedding. Baked a moist choc cake for her. Top up with lots of strawberries and grapes. Mak Teh and mak cooked gulai ikan talang, keli goreng, ayam kurma, ulam and sambal belacan. We also had a big pot of bihun sup gear box and pasembor courtesy of my cousin.

4. How to kick out the mega June? Let's start by watching upin and upin at 9am today. They are doing a road show for ten days at Stadium Suka Menanti in Alor Star. The kids are all excited to meet the twins.

So excited that they are sleeping with me on this small bed and now I can't sleep because out of nowhere I get hands flying at my face and leg get kicked. This is what I get for melayan you guys dear cousins and niece?


Sent from my Strawberry® Smartphone

Tuesday, April 17, 2012

mana pi aidid muaddib

imagine my horror bila blog yang selau dibuka tetiba hilang macam tu saja.
blog yg dah mencecah 3 juta  pageviewalam masa yang singkat.
blog yang berjaya membuka mata masyarakat tentang bahaya MLM dan segala mak nenek scam.

di blog itu juga aku kenal rose, lola, azwan, baine yang rajin memberi pendapat siap dengan fakta. its such a pleasure to get to know such an educated people at one go. walaupun kat blog. dan meleret kat fb dan twitter.

according to fb page Say No To MLM, blog aidid suspended dek SKMM.
but never fear, he will be back

Thursday, March 22, 2012

muah 23 kali ganda lepas tu guruh

muzik dengan aku memang macam irama dan lagu. banyak alat muzik yang aku pandai main. kastenet, tamborin, kayu tik tok.. dek kerna berdarah seni inilah aku selalu buka radio dan dengar orang lain pula main muzik.

aku tak mampu nak beli cd dan kaset original. last beli pun masa latest album celine dion. sampai sekarang dok himpun balik duit tabung anak menakan yang aku pinjam buat beli cd tu.

lagipun kalau dengar radio, bukan setakat celine, jamal, malah amelina yang dah lama mengundur diri dari arena hiburan pun boleh aku dengar suara mereka. jimat duit tu penting. kitchen aid pun tak terbeli lagi nuh.

petang-petang begini memang turn si dj radio pening otak pikirkan tema perbualan dengan pendengar. nasibla kalau dapat dj yang cerdik dalam memberi topik.

nampaknya petang ni dj agak kurang terpelajar. complaint. bahasa kedahnya konplen. di suruh pendengar telefon konti dan cerita apa yang suami/isteri depa suka konplen sangat.

maka terbondong-bondong lah kakcik ni call dan bagitu sang laki sukaaaaaa sangat konplen dia tak pandai masak.

'kita kan muda, mestilah masak ala western sikit, dah tu dia selalu suruh masak macam mak dia'

adoii kakcik.. dah perut Melayu, mestilahn rutin sewaktu cik laki membesar dan belum berkahwin dengan awak. nasi berlauk gulai, masak lemak, sambal belacan.

'orang rumah hari-hari beleteaq. ada saja yang tak kena. tak beleteaq tu kira miracle la'

hamboi bang. seronok cerita pasai bini kat radio. balik kang tak kena hempuk dengan lesung batu kira syuu dah tu bang.  tak ka merah padam muka bini bila dengar suara incik laki  bercakap macam tu.

itu tak masuk cerita radio waktu malam lagi.


'sampaikan salam untuk sidia, moga kita akan bahagia sampai ke gerbang perkahwinan. muah untuk sayang ganda dua puloh tiga'.  grummmmm! *effect guruh kat background*

'b, ayang rindu sangat dengan b... sobs...sobs... ayang tak sangka b sanggup kawen dengan orang lain...sobs.....sobs.... *efek guruh volume tinggi selepas tangisan*

bayangkan betapa meluapnya telinga aku berdenyut tiap kali on radio. nak wat gena. hiburan murah beb. terpaksalah tempuh.

Thursday, February 23, 2012

Lagi Mamat Suara Sedap

saya slowpoke.
ya .. baru saja kenal mamat ni.
pernah dengar dan donload lagunya secara tak sengaja.
lagu ombak rindu T_T
nak dengar jugak  apa la yang sedap sangat lagu dari filem yang box office meletop-letop dalam pawagam tu.
well... kalau guna galaxy tab, nak dengar lagu pun akan teraccidently download it.

menarik suara mamat ni.
rupanya dah appear in Jangan Tidur Lagi kat tv3 tu.

search saja ajek hassan dalam you tube, keluar la beratus-ratus videonya. katanya dalam proses mengeluarkan album sendiri. bagus la. orang sekarang bukan kira kau cantik ke hensem ke kawen ke bujang ke, janji suara sedap.


Tuesday, February 21, 2012

Belajar..belajar


  1. nak belajar strumming gitar.
  2. nak belajar nyanyi macam adele.
  3. nak nyanyi macam adele sambil strumming gitar.
  4. adele dah kurus. 
  5. aku bila lagi? 

bila dah kuruih suara jadi macam adele ka?
fine!! kansel diet.
celebrities-adele-861167.jpg (350×300)
dolu-dolu
adele-2012-grammy-awards-win.jpg (510×368)
homaigoshhh!! minat betoi the make-up
antara punca aku nak belajar strumming gitar.


Wednesday, February 15, 2012

Rindu Lagi

saya sebenarnya sedang merindu.
rindu yang banyak.
kat awak..
awak...
dan awak.

saya blame lagu rindu kat bawah ni.
juga lagu jamal yang hari-hari saya dengar ni.
mereka memang berhantu.
kalah hantu dalam botol kicap.

kadang-kadang saya rasa nak balik saja.
ah pedulikan kerja yang menanti.
benda yang memang tak akan habis.
lagi dibuat, lagi banyak yang datang.

bukan saya tak bersyukur
tapi bila dah rindu melanda..
haishhhh....
tak tau saya nak gambarkan.
tapi rasanya bila tengok gambar awak
awak
dan awak.....




hilanglah sikit kerinduan di dada.



Tuesday, January 31, 2012

Tersentuh

tadi ustat don bercerita tentang cintakan rasul.
dah seminggu tak berkesempatan tengok sebab balik kampung.
however, malam ni agak tersentuh jiwa lah.

1. first time tengok a caller yang menangis sebak kerana terlalu sayangkan rasulullah SAW.
berapa ramai antara kita yang mengalir air mata bila bercerita tentang nabi Muhammad SAW.
sebak hati bila dengar dia bercerita yang dia nak sangat bermimpi jumpa nabi.
sayang sungguh dia akan junjungan kita itu.

tambah sebak bila ustat don sendiri tersekat-sekat menahan air mata.
aku? senang-senang keluarkan air mata pada cerita tv.
romantik komedi pun boleh keluarkan air mata.
baca chicken soup for the soul pun boleh sebak.
yang ni aku memang epic failed.

2. bila ustat don suruh tengok keliling rumah.
apakah benda yang boleh mengingatkan kita pada baginda Rasulullah?
yang boleh buatkan kita berselawat padanya hari-hari?
pusing kepala pandang rumah sewa ni. ada lah kecik cenonet plaq yang bertulis Allah dan Muhammad.
 itupun my kid kat skul yang kasi. hadiah hari guru.
 masyallah... i'm so proud to display my collection of books but yet benda-benda gini boleh terlalai.
kalau ada pun, letak dalam bilik tidur. padahal masa banyak dihabiskan di ruang tamu ni.

berubah please cek chun.

Friday, January 27, 2012

Rindu

seminggu lepas aku dilonggokkan dengan video flashmob yang dibuat oleh MAS sempena menyambut tahun baru. dilonggokkan dengan erti kata lain hampir semua orang kat twitter menuit tentangnya. wajib lah tengok kan. menarik betul. walaupun tiru idea dari negara lain, but watdeheck kan. payah tu nak co-ordinate semua benda kasi flow smoothly.

kendian dalam banyak-banyak lagu nih, aku terminatla pulak lagu yang makcik-makcik dekat minit 3.11 ni nyanyi. selalu dok dengar kot lagu ni. memang membangkit nostalgia masa kecil la makcik weh. dah satu kerja dok mencari lagu tu kat you tube. nah ambik. jumpa sekali dengan lirik. 

rupanya group indon. dangdut lagi yukk.. nama pun Favourite's Group. hambik kau. mudah nak ingat rupanya nama group dulu-dulu ni. teringat pulak posing abah time muda dulu.  

Rindu
kalau hatiku sedang rindu
pada siapa ku merayu
karna hati bertanya selalu
berlinanglah air mataku
akan ku cari walau kemana
kini aku berkelana
kehujung dunia emgkau ku cari

kalau hatiku sedang rindu
pada siapa kumengadu
kalau hati bertanya selalu
berlinanglah airmataku

rindu
mengapa rindu hatiku
tiada tertahan kau tinggalkan daku seorang

engkau pergi tiada pesan
kabar darimu ku nantikan
karna janjimu kau lupakan
meranalah aku seorang
akan ku cari walau kemana
kini aku berkelana
kehujung dunia akan ku cari


sedim, kulim kedah

 tau apa yang paling femes di Sedim ni? its the river babeh. rapid clear water, sesuai untuk water rafting. kalau nak bawak famili berkelah, cuma perlu berada dibahagian bawah saja. tak perlu daki jauh-jauh. air adalah paras pinggang. tapi jernih, sejuk dan laju saja mengalir.

jalan pelan-pelan ke arah air yang deras mengalir tu dan duduk di situ. nikmatnya haiii.. tatkala air laju tu menderu mengalir. natural massage machine. tak payah bayar sekupang pun. dok la lama-lama sampai kecut satu badan.

haa.. takkan nak tengok saja. terjun laa..
datang awal, bawak bekal. nasi la paling afdal. setelah penat bertarung berendam, perut nampak nasi saja. ada famili yang siap ber bbq kat situ. standard la kan kalau dah berkelah tu.  nak lagi nice, korang bawa la khemah. senang nak bertukar baju. tandas kena bayar 30sen tapi gelap nauzubillah. kotor pulak tu. tapi kawasan berkelah bersih. ada tukang jaganya. tandas pun ada. tapi tukang kutip duit saja la.

ada famili sebelah yang siap bergoreng mak nenek naget, sosej dan last sekali ikan kering. part ni aku paling tak tahan. sedap kot bau. dek asyik dok pandang depa, akhirnya dapat gak semangkuk naget n sosej. haha. ni aku salahkan si Zah. sibok tengok adik tu dok masak.


selesai berendam, sila cari signboard the tree top walk. tiket RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. walkway ni dibuat dari steel. sebenarnya ni punca utama nak datang ke Sedim ni. teringin dengar orang cerita. nak juga merasa naiknya.



 
 ni hah jalan walkway tu. serammm untuk yang gayat. nama pun jambatan gantung. ada juga la goyang nya. dah berada kat atas, baru perasan sungai yang luas dan panjang ni. sini rupanya orang dok ber rafting.




ni level paling tinggi

 ini lah sungai yang mengalir ke tempat mandi tadi.

cara ke sana
guna highway grik/kulim. dari butterworth, pandu terus hingga tamat highway. sebab dapat instructions ambik shortcut dekat kawasan industri tu, maka aku dah lupa exactly which corner to take. no fear. click here for the map and more info on this awesome place.

Wednesday, January 18, 2012

Bilik Puaka

luasnya ada la sekangkang kera.
dalamnya cuma ada sekatil double decker yang bahagian atasnya jadi tempat meletak bantal dan selimut. tersusun rapi dalam sejam.
kendian berselerak semula bantal-bantal tersebut.


biliknya cuma ada tiga tilam.
single size.
semua disusun molek di bahagian bawah katil double decker tu.
bila time nak tidur, susun molek bertiga.
kadang-kadang sorang satu tilam.
kekadang setilam tidur dua orang.
bergantung pada size badan atau ramainya yang datang bertandang.


biliknya sejuk walau panas terik membahang diluar.
tilamnya sejuk walau baring di tengah hari.
tilam kekabu yang agak susah nak cari di pasaran.
juga bantal yang turut disumbat dengan kekabu.


tapi kenapa puaka?

kalau dah masuk ramai-ramai dan malas nak keluar lepas tu,
kalau dah tidur hingga payah nak bangun keesokkan harinya,
kalau dah kena dijerit nama sorang-sorang baru nak bangun,
tak ke puaka namanya.
nyusahkan orang tua.
hiks..



bantal kekabu yang bukan dari bilik puaka.


hampir semua anak cucu arwah che su suka berkumpul dalam tu.
aku sendiri tak ingat nak balik tidur kat rumah.
kami baring-baring, bercitceting, bergossipping dan bersleeping.
dari kecil hingga ada yang dah berkahwin.
tetap nak melepak dalam tu.


memang puaka.


*pic ciloks from: http://kualakangsar.olx.com.my/produk-kekabu-asli-kuala-kangsar-iid-85210865

Monday, January 16, 2012

berteman lebih baik?

selalu benda yang di plan berminggu-minggu jarang menjadi dalam hidup aku. ntah apa keramat yang menghalang. plan bagai nak rak. selalu tak menjadi. mungkin sebab melibatkan ramai orang, banyak la halangan untuk bersama. last-last plan yang dibuat sehari sebelum kejadian gak yang berjaya.

bukan sekali dua benda macam ni jadi. dah rutin aku rasa. tu yang payah kalau malas nak berjalan sorang-sorang. semua nak berteman. perangai ni aku dah cuba ubah sikit-sikit. kalau tak, macam mana aku nak ber bagpack ke Machu Picchu ni. macam mek Lela. (hoi hang mana pi? miss yu kat PM sana)

orang kata cuti banyak ni untung. boleh plan berjalan merata. weh jangan dok percaya. kalau dalam kepala masih dok berfikir pasal kerja, cuti 4 bulan pun tak guna. nak plan pun payah, takut clash dengan aktiviti. Air Asia buat promo tambang sekupang (dan menjadi beringgit-ringgit lepas add tax) pun aku boleh bolayan sebab kang membazir kena lupuskan tiket tu. panggilan kerja ni tanpa mengira hari.


kali ni aku plan tempat yang dekat saja dengan kami. siang tu siap sms suruh dorang prepare for a picnic tomorrow. baru aku terhegeh google cara ke sana.



ni kira entry sneak preview la. hebat tak tempat pilihan aku tu? dah ada yang rasa nak berendam? nanti aku cerita kasi baik punya.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...