Friday, January 27, 2012

sedim, kulim kedah

 tau apa yang paling femes di Sedim ni? its the river babeh. rapid clear water, sesuai untuk water rafting. kalau nak bawak famili berkelah, cuma perlu berada dibahagian bawah saja. tak perlu daki jauh-jauh. air adalah paras pinggang. tapi jernih, sejuk dan laju saja mengalir.

jalan pelan-pelan ke arah air yang deras mengalir tu dan duduk di situ. nikmatnya haiii.. tatkala air laju tu menderu mengalir. natural massage machine. tak payah bayar sekupang pun. dok la lama-lama sampai kecut satu badan.

haa.. takkan nak tengok saja. terjun laa..
datang awal, bawak bekal. nasi la paling afdal. setelah penat bertarung berendam, perut nampak nasi saja. ada famili yang siap ber bbq kat situ. standard la kan kalau dah berkelah tu.  nak lagi nice, korang bawa la khemah. senang nak bertukar baju. tandas kena bayar 30sen tapi gelap nauzubillah. kotor pulak tu. tapi kawasan berkelah bersih. ada tukang jaganya. tandas pun ada. tapi tukang kutip duit saja la.

ada famili sebelah yang siap bergoreng mak nenek naget, sosej dan last sekali ikan kering. part ni aku paling tak tahan. sedap kot bau. dek asyik dok pandang depa, akhirnya dapat gak semangkuk naget n sosej. haha. ni aku salahkan si Zah. sibok tengok adik tu dok masak.


selesai berendam, sila cari signboard the tree top walk. tiket RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. walkway ni dibuat dari steel. sebenarnya ni punca utama nak datang ke Sedim ni. teringin dengar orang cerita. nak juga merasa naiknya.



 
 ni hah jalan walkway tu. serammm untuk yang gayat. nama pun jambatan gantung. ada juga la goyang nya. dah berada kat atas, baru perasan sungai yang luas dan panjang ni. sini rupanya orang dok ber rafting.




ni level paling tinggi

 ini lah sungai yang mengalir ke tempat mandi tadi.

cara ke sana
guna highway grik/kulim. dari butterworth, pandu terus hingga tamat highway. sebab dapat instructions ambik shortcut dekat kawasan industri tu, maka aku dah lupa exactly which corner to take. no fear. click here for the map and more info on this awesome place.

7 comments:

nur amalina athman said...

menarik..:)

Nur Fauzi said...

pernah pergi rumah akak ipar kat kulim.
dia tak pernah cerita pulak pasal sedim ni.
macam best...

cek chun said...

menarik dan best.
tak sabar nak p kali kedua.

Sukahatiadam said...

dah tentu lah sungai sedim ni best. tandas tu.. dari dulu macam tu , tak cukup modal nak upah setimpal juga tak dak modal nak baiki / upgrade toilet ..agaknya .

cek chun said...

Hai adam,
mencari rezeki di sungai sedim.
I envy u.. a lot!

Ni nak water rafting boleh dapat diskaun tak?

Unknown said...

Wwr.. Diskaun ?
Error.... Input unknown.
Try again..hehehe.

Bolehhhh

Unknown said...

Wwr.. Diskaun ?
Error.... Input unknown.
Try again..hehehe.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...