Wednesday, January 18, 2012

Bilik Puaka

luasnya ada la sekangkang kera.
dalamnya cuma ada sekatil double decker yang bahagian atasnya jadi tempat meletak bantal dan selimut. tersusun rapi dalam sejam.
kendian berselerak semula bantal-bantal tersebut.


biliknya cuma ada tiga tilam.
single size.
semua disusun molek di bahagian bawah katil double decker tu.
bila time nak tidur, susun molek bertiga.
kadang-kadang sorang satu tilam.
kekadang setilam tidur dua orang.
bergantung pada size badan atau ramainya yang datang bertandang.


biliknya sejuk walau panas terik membahang diluar.
tilamnya sejuk walau baring di tengah hari.
tilam kekabu yang agak susah nak cari di pasaran.
juga bantal yang turut disumbat dengan kekabu.


tapi kenapa puaka?

kalau dah masuk ramai-ramai dan malas nak keluar lepas tu,
kalau dah tidur hingga payah nak bangun keesokkan harinya,
kalau dah kena dijerit nama sorang-sorang baru nak bangun,
tak ke puaka namanya.
nyusahkan orang tua.
hiks..



bantal kekabu yang bukan dari bilik puaka.


hampir semua anak cucu arwah che su suka berkumpul dalam tu.
aku sendiri tak ingat nak balik tidur kat rumah.
kami baring-baring, bercitceting, bergossipping dan bersleeping.
dari kecil hingga ada yang dah berkahwin.
tetap nak melepak dalam tu.


memang puaka.


*pic ciloks from: http://kualakangsar.olx.com.my/produk-kekabu-asli-kuala-kangsar-iid-85210865

2 comments:

Nur Fauzi said...

betul..memang berhantu la begitu.
pantang singgah, mesti lekat.
lagi la kalau mata dah katup, hujan pulak tu, tambah perencah selimut..

cek chun said...

memang benar bagai dikata
mata dah tutup
tak mau dah buka

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...