selalu benda yang di plan berminggu-minggu jarang menjadi dalam hidup aku. ntah apa keramat yang menghalang. plan bagai nak rak. selalu tak menjadi. mungkin sebab melibatkan ramai orang, banyak la halangan untuk bersama. last-last plan yang dibuat sehari sebelum kejadian gak yang berjaya.
bukan sekali dua benda macam ni jadi. dah rutin aku rasa. tu yang payah kalau malas nak berjalan sorang-sorang. semua nak berteman. perangai ni aku dah cuba ubah sikit-sikit. kalau tak, macam mana aku nak ber bagpack ke Machu Picchu ni. macam mek Lela. (hoi hang mana pi? miss yu kat PM sana)
orang kata cuti banyak ni untung. boleh plan berjalan merata. weh jangan dok percaya. kalau dalam kepala masih dok berfikir pasal kerja, cuti 4 bulan pun tak guna. nak plan pun payah, takut clash dengan aktiviti. Air Asia buat promo tambang sekupang (dan menjadi beringgit-ringgit lepas add tax) pun aku boleh bolayan sebab kang membazir kena lupuskan tiket tu. panggilan kerja ni tanpa mengira hari.
kali ni aku plan tempat yang dekat saja dengan kami. siang tu siap sms suruh dorang prepare for a picnic tomorrow. baru aku terhegeh google cara ke sana.
ni kira entry sneak preview la. hebat tak tempat pilihan aku tu? dah ada yang rasa nak berendam? nanti aku cerita kasi baik punya.
2 comments:
lain kali jgn duk rancang bagai..rasa nak pegi je..kumpul org la tu gak pg huhu
lepas ni aku nak paksa sorang2 pi jugak..hehe
Post a Comment