Thursday, September 30, 2010

menjadi jugakkk.. alhamdulillahhhh

juadah yang disediakan sempena hari itu. cucoq udang sumbangan dari kawan, noraini nama diberi. sangat sedap hingga menjilat jari.

kek coklat kukus juga hingga menjilat ke siku. mujuq ada lebihan kek yang cair hingga ke tray, habis licin tepi-tepi tray tu depa sapu coklatnya. semua mintak nak tambah lagi kek. opsss.. makan sorang sepotong saja yer..hehehe

bihun yang dimakan dengan kuah laksa. ni untuk orang yang teror makan saja, sapa yang tak reti, sila makan bihun macam biasa.

puding laici yang mendapat sambutan menggalakkan. mudah jer nak sediakan puding nih. selalunya benda yang mudah dan senang ni lah yang paling laku sekali.

kawan-kawan yang hadir menolong dan menolong makan juga. jangan tersilap teka, itu bukan mak kanak-kanak ribena nih. mama nya di belakang itu ya. mama jugalah yang teror buat cucoq udang sedap itu. tq kawan-kawan yang datang menolong.

rombongan cik kiah sampai dalam tiga batch. yang first dah balik dah lepas dapat duit raya. bila second n third bertemu, maka riuh macam ni lah. yang penting bila kamera dihala, pose mesti power. makan letak tepi dulu. ni semua anak-anak tahun 4.
bila dah kenyang perot, kita ambik gambar lagi. jangan lupa posing. masing-masing tak lupa tanda peace tu. mana depa dapat dakyah ni tatau la. suka sungguh angkat jari macam tu. yang paling tak tahan soalan depa:

teacher masak sendiri ka semua nih?
tak aihhh.. bibik teacher la masak....

boleh ka aku wat nih???

check list.. check list.. check it out...
  • kek choc dah siap kukus. mujoq jadi. baru try hari ni. choc cair sudah dituang atasnya. penoh melimpah hingga penuh tray cake baru aku.
  • puding laici dah siap mengeras dalam fridge. 1 loyang cukup la kot.
  • kuah laksa baru separa siap. sebab apa separa nih? asam keping tarak, aku hentam asam jawa ja. daun kesom pon tadak. besok baru nak p beli.
  • air gula dah siap.
  • air masak dah penuh tapawe.
  • ais dah buat 3 ketoi besaq.
  • cili dah blender.
  • sawi dah basoh.
  • karot dah di julienne (kalau tatau sila google apa natang nih)
  • ayam dah potong kecik-kecik.
  • udang dah siang, tinggai ekoq saja, senang nak makan. stylish sikit wat camni :P
apa aku wat list banyak-banyak nih. besok nak wat kenduri sikit. kat anak-anak. sejak 7 tahun lepas, tiba-tiba aku ada banyak anak. sejak balik cuti raya, dah 2 kali anak-anak aku datang nak beraya kat rumah. tapi kena reject. hehehe jahat tul aku. suroh datang balik, nanti ticer bagi hari dan jam datang raya ramai-ramai. agagagagaga..

menu besok sempoi jer. bihun goreng sempoi. semua serba serbi sempoi. padanla ticer orang bujang. lagipon besok skul, kang nak wat macam-macam, tak termasak kang.dah la ticer jer yang nak masak sorang-sorang nih. sebab apa lak ada kuah laksa nih. haaa.. ni la cara paling sempoi makan bihun goreng. curah kuah laksa atasnya. ni cekna la ajaq.

kue raya pon tadak nih. sian kat korang. makan jer la apa yang ada yer anak-anak. sapa banyak komplen, nanti kena potong markah..kekekekeh.. kawan-kawan pon jemput 2-3 orang jer. besok spesel untuk anak-anak jer. ehh.. wet raya aku ni cukop kaa.. mo datang 1 skolah, mampoihhh :))

semoga dipermudahkan segalanya besok nih. aminnn

Tuesday, September 28, 2010

serangggggggggg!!!!

open house merata-rata. tiap-tiap minggu. makan. makan. makan. makan lagi sampai semput dan sendat perot. kalau tak p, sian pula kat kawan-kawan. orang berharap sangat kita p, dimasak banyak-banyak untuk menjamu. kang tak habis, membazir pulak makanan tu. besar hati tuan rumah jika tengok makanan dia laku semua.


kejadian di gambar ni semua berlaku dirumah kak uda di alor star. semua geng turun dari penang. baguih betoi depa nih. kebetulan masing-masing ada di kampung sekitar kedah saja. kami ambil kesempatan berjumpa dengan kawan lama yang dah berpindah. kak uda balik ke AS, syohaida ke langkawi. shila yang ke KL jer tak jumpa, ada hal lain. kalau dah ke rumah kak uda ni, banyak la makanannya. kalau kat skul dulu, dia la ketua pot luck n masak-masak. laksam sedap yang dia order, biskut rangup yang dibuat sendiri bersama anak-anak daranya, kek choc moist, ketupat dan rendang rusa. bila dah kenyang, apa lagi, snap snap snap laa. kamera kecik ka besaq ka, masing-masing posing tak henggat. perut dah diisi, maka senang la nak senyum. itu semua dirumah kawan-kawan. rumah sendiri pula buat apa? selalunya masakan mak kita la. yang paling dia teror sekali. sekali pekena ja, mesti orang tringat punya. bihun sup lah makanan rutin semasa hari raya. kena pulak ngan kaki lembu, jadilah sup gear box. makan banyak-banyak pening la. kalestrol berlambak. selalunya kami kat rumah dah magli dengan sup ni. bagi kat tetamu yang datang ja.

Saturday, September 25, 2010

Penat otak den

Alhamdulillah, dah settle semua tdi. Penutup bulan kemerdekaan yg terpaksa ditangguhkan tah ke berapa kali dah. Semua gara-gara masalah yg tak bley dielakkan.

Mewah betoi budak-budak ni dapat hadiah tdi. Bertuah nya korang. Rezeki syawal. Selalunya kalau buat event, paling hebat pon, dorang dapat tapawe LongWan. Bajet ciput, hadiah pon ciput la.


Balik kampung masa coti raya,aku terjumpa kedai murah ni. Mak pon rambang mata ngan bunga dan pasu yang dijual. Semua barang rasanya made in thailand je ni. Sebab tu bila masuk kedai jer, ku terasa macam dok kat Padang Besaq lak :p


Hadiah ni kalau beli kat supermarket mo cecah 6-7 hengget. Tapi kat sini cuma 1.6-2.80. Sebab tu boley bli banyak barang. 2 meja jugak la kami susun hadiah, dengan hamper food stuf la, piala laa.. Memang berbaloi la sapa-sapa yang menang tu.

Antara aktiviti yang dijalankan- folio terbaik kajian tempatan dan sivik, basikal merdeka, koir merdeka, pakaian tradisional terbaik, kuiz dan mewarna 1malaysia.

Ingatkan keja aku dah habih. Rupanya drama english plak pasni. Dateline sangat dekat. Hapa benda tak start lagi. Eeeeee.. Wat haku hangin saja ngan sikap sesetengah manusia ni. But tat another story.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 23, 2010

Cuci cuci cuci sangat

Kenapa saya suka pokok ini? Sangat terasa sepoi-sepoi bahasa bila berada dibawahnya. Cuaca sangatlah redup dan yang penting boleh menunggu tanpa merosakkan kulit dek panahan UV matahari.

Saya sebenarnya menunggu keta pinjam ni dicuci oleh tenaga-tenaga mahir ditempat ini. Dengan sekeping wang kertas plastik berwarna hijau, keta anda akan cuci calat dari dalam sampailah ke tayar.

Sabun yang digunakan pon sangatlah bermutu. Kilauan tetap bersinar hatta 3hari selepas kejadian sekalipon. Begitu juga tayar, sangat lah berkilat. Jangan lupa dashboard. Sekali lagi perkataan berkilat terpaksa digunakan.

Vakum dalam pula first class. guna sucking power yang sangat hebat, payah nak cari cebisan rambut atau pasir selepas menda ni menyedut.

Saya dah bagitau tak semua tenaga kerja ni terdiri dari manusia sahaja minus the vacum machine.

Ada sorang OKU yang kerjanya hanya membasuh tayar sahaja.tangannya kecik dan pendek sebelah. Sangat respek sebab dia masih mahu bekerja cari rejeki yang halal. Dan pagi-pagi OKU ini akan menunggang basikal melalui depan rumah saya ke tempat kerjanya. Dan jarak rumah saya ke car wash ini ialah 6km!

Kalau dah first class punya berkilat tu, maka tak salahlah anda terpaksa menunggu mengikut giliran.kereta sangatlah banyak. Dari BMW sampai ke moris minor, semua pakat mai sini.

Maka semasa menunggu inilah, pokok berdaun rendang itu sangatlah berguna. Duduk dibawah pohon ini sambil membaca paper, membuat seseorang terlupa sekejap yang dia sebenarnya dekat car wash.

Kedai ni depan komplek hijau kuning, ditepi jalan utama ke bandar alor staq. Didepannya ada terusan wan mat saman. Kalau anda orang baru di sini, maka saya tak salahkan anda jika anda ingat tu longkang bukan terusan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 20, 2010

yang penting juga di hari raya

antara kuih muih semasa raya hari tu. agak sakan la raya kali ni. mak siap wat ketupat jagung lagi. selalu dia order ja, kali ni abah lak order ngan dia. nak tak nak, kena la buat juga. ingat nak buat sikit ja, sekali Lang pon order gak. jadi la 3kg pulut gak dengan bertongkoi-tongkoi jagung madu yang dibeli di Tesco.
kueh layan ni pon mak buat juga. tapi ni kue layan buatan Lang. sangat comey belaka. kue loyang pon mak buat juga. memang rajin sunggoh mak tahun ni. ni la hikmah behenti meniaga di bulan ramadhan. kalau tak, sibok sampai malam raya, masak-masak untuk niaga saja.
tetiba aku teringin sangat nak beli balang kue, comey tak.. selalu aku cukop tak ske benda-benda alah balang kue yang ada dalam sarang macam ni. tapi yang ni aku nampak macam cute plak. tu badam dari London bukan aku buat yer, order saja dari kawan. yang sebelah tu yang aku wat. try sebenarnya..tetiba menjadi. pasni aku nak wat juai time raya la :P

Wednesday, September 15, 2010

posting via ur mobile

How do I post via email?

dah lama dah ku mencari..akhirnya terjumpa jugak.. tengs a zillion. mo muntah mengapdet blog pasni :-p

Jadi ke tak nih

Sudah berbulan-bulan memakai BB, baru hari ni rasa nk test power nya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 14, 2010

ni ka nama nya reporter?

isnin kemarin aku selak-selak Harian Metro. selalunya petang-petang baru boleh baca. pakcik aku keja hantar paper ni dari kilang dekat Prai. laluannya dari Butterworth sampai ke Simpang 4, Alor Star. suratkhabar ni akan diturunkan dari lori di kedai-kedai mamak dan 7eleven. selalu aku baca yang free copy la :)

belek punya belek, mata ku terpandang story pasai exciden hari raya tempoh hari. rupanya driver yang diselamatkan kazen aku tu, seorang pegawai pertahanan dari utara. dipercayai mamat ni mengantuk dan merempuh kenderaan dari arah bertentangan.

tapi yang aku hangin tu, ada ka kata kejadian SEMALAM. weii semalam ngan jumaat tu sama ker. story kuar hari isnin, semalam patotnya ahad ler. tapi kejadian berlaku jumaat. wat d heck!!!

selalunya citer macam nih reporter tu duduk terjongoi kat ospital atau balai polis, tunggu orang buat report.dengaq jer story tu bes sket, sebab ada letup2 semua, maka p la interview si mangsa. senang nya dia wat keja. tapi kenapakah buat story tu berlaku SEMALAM.nak tunjukkan apa? yang story tu baru lagi ker? ataupon story tu diambil untuk penuhkan ruang diakhbar?

tapi citer semalam tu berdasarkan statement yang keluar dari mulut ketua trafik negeri. kira ada gambar orang tu la dalam paper. rugi tul photographer nanyang siangpau tu.kalau tak, senang-senang dapat 300 wet raya kalau dapat jual itu pictha. takpa la.. belajaq lagi camne nak ambik pic malam hari lak kasi terang lagi.

ni ka nama nya reporter?

Sunday, September 12, 2010

tembak-tembak

semua kejadian tembak-tembak berlaku di keliling, tepi, depan, dan belakang rumah. gambar diambil oleh photographer NST. seterusnya yang bawah ni dari photographer nanyang siangpau.



punya la pulun photographer ni nak ambik pic sunset. sampai tak sempat nak buka posa. dua ari berturut-turut dia try. tak jadi-jadi gak. aku dah pecah pwot dah gelak. silap-silap kena ketit ngan nyamok. suruh guna tripod dia tanak. las-las menjadi gak yer.. tahniah :)

ngeri-ngeri

ALOR SETAR: Jumaat 10September. satu kemalangan ngeri yang membabitkan empat buah kenderaan telah berlaku di awal pagi semasa kebanyakkan orang sedang nyenyak tidur kerana kekenyangan ketupat. kejadian pada pukul 3.30 pagi itu membabitkan tiga orang pemuda yang tekun berlumba untuk menunjukkan kehebatan power enjin turbo masing-masing.

kenderaan dari arah Alor Setar itu dipercayai tidak dapat mengelakkan sebuah kereta dari arah bertentangan dan ia berjaya menghentam dengan impak tahap maksima. dua saat selepas itu kenderaan dari belakang pula menghentamnya. satu saat kemudian, kenderaan lain pula yang tidak sempat membrek mencium bontot kereta dengan bunyi yang maha dasyat juga hingga mengejutkan penghuni di sekitar kawasan kemalangan.

dari keheningan malam telah bertukar bising dengan bunyi enjin turbo yang masih bergerak walaupon tuannya telah tersepit. api telah menyambar di tepi driver. alhamdullillah atas tindakan pantas sepupu dan juga jiran yang berlari mengambil fire extingusher dari lorinya, api berjaya dikurangkan dan mereka menarik pemandu tersebut.

jeans levis 501 siam pemandu pula tersangkut dan akhirnya beliau ditarik keluar dengan hanya berspenderkan kaler apa tah sebab malam tak nampak kaler.moral- sila pakai sepender jika keluar dari rumah.api telah menyambar kedua-dua kenderaan setelah pemandu berjaya dikeluarkan.
hasil kerentungan tahap gaban. agak-agak budak ni insaf tak lepas ni? enjin turbo kancil inilah yang menderum tak berhenti-henti walaupon tuan dia dah tersepit kena langgar.
mulanya agak terkejut bila melihat ahli bomba memakai sluaq katok aka bermuda bila menjalankan tugas. setelah diamati, rupanya dia dari unit bomba sukarela Kota sarang semut. patut la, tak dibayar gaji, sebab tu takde wet nak beli proper trousers.
haa.. ni barula abang bomba yang betoi n ensem. uniform tu lawa. dok cek keta tu takot-takot ada seludup mercun ke raya-raya nih.

keadaan gambar agak kurang memuaskan. jurugambar baru diambil bekerja dengan nanyang siangpau. button-button kat sony dslr belum habis di riki lagi. macam mana dia dapat keja, aku pon tatau. sekian ulasan dari tempat kejadian. berita lambat keluar kerana reporter beraya sakan :)

Thursday, September 9, 2010

Aishah : Pulanglah (HQ Audio)

Time nak raya jer mesti aku layan lagu ni. sangat menyentuh hati dengan suara Aishah yang mendayu-dayu itu. lagu yang sedih tapi aku tetap suka. cinta yang dah lama, hancur lebur macam tu jer sebab difitnah. sian kan. hopefully tak kena mengena la dengan sapa-sapa yang aku kenal. siann..

lagu jer sedih tapi aku dengaq dengan hati yang gembira. mood raya mesti sampai punyalah bila dengaq lagu ni. dari dulu aku suka sora Esah ni. time dia dengan Fan Club lagi la rock. sora Esah sangat power.

selamat aidil fitri maaf zahir batin kepada kawan-kawan yang setia membaca blog aku nih, silent readers, blog jalan dan blog lompat (blog walking n hopping) para pengkomen dan sesapa saja yang terklik ke blog ni dan maifood. sokongan kalian sangat aku hargai.

tak sampai setahun jagong pon aku memblog ni. tengs a lots to cikmat yang ajar ilmu memblogging. seronok pula rasanya. menjadi cebisan kecil dari otai-otai bloggers yang hebat-hebat sokmo. tu pon aku dah puas :) aku masak sempoi ja. kalau boleh tu nak short cut kan lagi step n ingredients. bila ada feedback dari kawan-kawan yang dah try resepi, syiok plak aku rasa. tu jer aku mampu beri. leh kita sama-sama cuba dan bagi makan orang tersayang :)

enjoy d song :)

Wednesday, September 8, 2010

setat dah mengecake

malam ni semua pulun sakan. aku kat dapur buat brownies. mak ngan nuon kemas rumah. habis semua perabot depa atoq balik. ingatkan kat ruang tamu tu memang nak wat stail jopun dah. duduk bersila semua. rupanya depa pulun p atoq balik sofa.

dengan adik-adik semua kena kerahan tenaga. dah pukul 12 baru depa kalot nak mengemas. apa kena tah masing-masing. rumah macam disambar garuda. yang lelaki sibok kemas bilik depa. penoh sampah bawah katil..iskkkk.. burok benor prangai. macam mana la depa tidoq tu.

brownis dah rabak sesuku. nuon punya pasai la nih. tak sempat benda tu nak sejuk. dah kena potong. ni nak makan raya ke posa..aishhhhhh :-w

besok nak buat kek choc pulak. Lang dah buking suroh tolong dia wat samprit. tak menang tangan la camni. sejak balik kg nih, tak sempat nak p mana pon. bazar ramadan pon tak ronda lagi.

Saturday, September 4, 2010

yea yeaaa coti raya

coti dah setat. tapi aku tak balik kg lagi. kunun-kunun nak wat kukis n cake. last-last aku angkot semua barang - oven, mixing bowl, gula, tepung segala balik kampong. penoh la keta kali ni. dengan kukis yang aku order lagi. juai pon juai, order orang punya pon aku wat jugak.. gilosss.

rasanya besok la balik nih. mak dah kol semalam. adik dah tanya bila nak buat sayoq kak chun tuh.. iskkkk.. suroh je la mak masak, sebelum tu sila tengok resepi kat blog.. kekekekeh.. tak bley blah punya ayat.

sonok gak coti awai-awai ni yer. ni best jadi cekgu cekgi nih. sian tengok kawan-kawan len dok komplen coti susah dapat la, coti dekat sangat dengan raya la. apa-apa pon sila bersyukur dengan apa yang anda perolehi sekarang.

selamat bercoti.
hati-hati memandu.
don't drink n drive (memang pon, bulan posa daaaa)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...