Sunday, August 22, 2010

ramadhan

selamat berpuasa semua. dah pon 13 hari. ambilkan kesempatan ini untuk penuhkan hari-hari dengan ibadat.

Wahai manusia, akan menjelang kepada kamu suatu bulan yang agung dan penuh keberkatan (ramadhan) bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah SWT menjadikan puasa pada masa itu wajib dan menghidup malamnya adalah sunat.

Sesiapa yang menghampirkan diri dengan satu amal kebaikan adalah seperti dia melakukan perkara wajib. Sesiapa yang melakukan satu perkara wajib samalah seperti dia melakukan tujuh puluh perkara wajib yang seumpamanya.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Rasulullah saw menggesa supaya diperperbanyakkan empat perkara iaitu:
1. Mengucap lailahaillaah
2. Istighfar
3. Memohon syurga
4. Memohon supaya dihindarkan dari api neraka.

Sedutan dari risalah Pendidikan Islam, SKSB

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...