aku baru baca benda ni tadi. bila di tengok, dijengok, diskodeng hatta teropong sikit, rupanya minah ni sudah bikin kecoh satu johor. semua gara-gara type apa saja di FB. punca nya dia nak cari biskut famous amos tapi takda di JB. cuma ada di airport Senai saja.
sebab biskut pon dia boleh kata negeri tu hina. pastu nak kompare dengan tempat dia Kulim. aisehhh.aku pon pernah p kulim tu. banyak kedai mamak saja. setakat ada secret recipe dekat kulim pon dah gah. pelik aku manusia nih. dia tatau ka secret recipe tu orang dah lama banned dah makanan kat situ. harap ke kek saja la secret recipe tuh. kalau tak, tak de nyer orang nak masuk dah.
sedih betoi perangai. dia mungkin ingat lawak-lawak among her friends, tapi benda-benda macam ni lah yang akan cepat tersebar. bukan tatau berapa banyak dah orang kena naik turun mahkamah kerana tulisan mereka di FB. hina orang tu, hina orang nih. las-las dia pulak yang dihina sampai disamakan dengan binatang-binatang haram tuh. hmmmm..
ni lagi satu sebab aku sedeh baca. nak tegur orang tu biarlah patut padan. jangan disamakan orang dengan binatang. apatah lagi binatang yang dah sedia haram hukumnya. apa yang anda akan dapat kalau dia dihina balik sehingga tahap sedemikian?
dia dah memang la kurang berakal semasa menaip benda tu. tapi kita yang pandai nih. kenapa nak down gradedkan mentaliti anda sehingga ke tahap bawah?
0 comments:
Post a Comment