Wednesday, August 25, 2010

kad raya kembali lagiiiii

lama woo tak tulih kad raya. setiap tahun makin berkurangan senarai penerima. last time rasanya aku hantaq kad dekat bos lama. kak sal di pusat pakar utara dan beberapa kawan lama di KSAH dulu. lepas tu takda sapa pon balas, aku pon diam la dah.

a few years back, smua kad dah diganti dengan e card. cepat, mudah dan free. kad leh ada bunyi, blinking2.. mercun efect cuma takde bau ketupat ngah rebus saja. tu yang jadi penganti kad-kad raya biasa. sms yang paling hebat. cepat dan mudah.

fast forward to tis year.. aku wat projek kelas ngan budak budak dajah 2. tulis kad raya to each other!! seronok masing-masing dok bayangkan nanti posmen hantar kad kat rumah. semua pakat tulis lawa-lawa. belajar macam mana nak tulis address, lekatkan setem, tulis greetings in english.

setem ngan kad semua teacher tolong belikan. masa beli setem:

aku: kak, kad yang kecik saiz ni, guna setem tiga kupang ka?
kak kerani: mana ada dah adik oiiii.lama dah setem tu orang tak guna dahhhh.. la ni lima kupang. ada diskaun lak, kad besaq pon lima kupang gak.
aku: ya kaaaaa..

(pastu aku sengeh sorang-sorang, punya la ketinggalan zaman, kata dok online selalu..kahkahkah)

0 comments:

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...