6. saya sangat bersyukur punya si kecik Kuje dan Kaya yang menjadi peneman saya tiap kali balik ke kampung. tempat wajib kami hanyalah tesco. sebab selalu ke sana jugalah Kuje dah pangey saya datin kak chun padahal saya cuma belanja dia KFC dan sesekali baju yang dibeli di jusco bukan tesco. gamaknya dia akan pangey saya toh puan kak chun kalau saya belanja dia makan di holiday villa di pekan aloq setaq itu.
7. saya sangat bersyukur kerana Kuje lah menjadi peneman mak setiap hari. hari2 dia akan melayan mak bersembang walaupon sebenarnya hati dia dekat dengan kucen2 yg emak bela itu. dia ada kucen hitam yg dipangey CHOMEOW yg sangatlah tak comey tapi tetap chomey dan menarik di hatinya.
8. saya sangat bersyukur ada sepupu yang sy pangey Kaya, budak spesel yg doktor kata slow learner tapi sangat fast when it come to memorising any songs ' lyrics. dia memang kaya kerana setiap bulan dapat duit dan boleh belanja kami makan pizza. sangat rajin solat walaupun solat tu cuma dilakukan selama 2 minit dan selalu kena buli ngan Kuje.
9. saya sangat bersyukur kerana rumah saya cuma di belakang rumah aruah tok. jadi saya sangatlah bonding dengan sepupu2 yg tinggal bersama aruah - Mun, Fatin, Daha, Ayeh, Kuje n Kaya. once upon a time cuma saya yg tinggal di rumah kerana semua orang keluar berniaga n adik2 tinggal di asrama. rumah itu saya gelar HOTEL kerana saya guna untuk mandi dan bersiap sahaja sebelum saya tido di rumah tok bersama Mun n Fatin.
10. saya sangat bersyukur kerana dapat bawa family berjalan2 walaupun selalu tak cukop korum. daddy kool selalu nak p berniaga, sayang nak tinggalkan tapak pasar malamnya. kami pernah ke Langkawi (tom belanja 1 family including Mun) Cameron (mak, saya, Kuon, Mun, Yasin) dan KL. harap2 lepas ni dapatlah pergi melancong/melencong bersama2 lagi :)
0 comments:
Post a Comment