Wednesday, November 23, 2011

Semak TV

Pepagi buto pun kena

First time berjalan jauh di pagi buto memang mengundang dugaan. Diwaktu orang lain lena diulit intan, kami bergelak tawa dalam kereta. Kalau tak kerna dek urusan, pasti lena tak diganggu.

Perancangannya kami bakal tiba awal pagi. Selaras dengan waktu pejabat dibuka. Sebenarnya nak save budget penginapan juga. al maklumlah, berjalan diwaktu kesempitan ongkos.

pagi buto macam mana tu? how about 3.00 a.m. buto tak? memang kami pulun sunggoh. first time terserempak dengan road block di atas penang bridge. cuma satu laluan dibuka. pulun memasing tarik seat belt belakang :p orang depan tarak hal. memang jenis ikut law punya orang depan tu. orang belakang ni degil sikit, termasuklah aku. heh.

kemudian driver memaklumkan yang dia nak isi minyak di hentian Juru. pumpang-pumpang dok sembang, terlepas hentian tersebut. driver dah berpeluh sakan nak cari stesen minyak. pusing balik kat Juru. padahal ada satu stesen minyak kat tepi jalan Juru tu jer. tapi kalau dah tak biasa, memang tak perasan punya.

sampai di Seberang Jaya, punya la banyak short cut yang diambil. al maklumlah tarak kereta, lori, motosikal semua. nak jadi cerita, elok jer lepas short cut ke jalan yang tak sepatutnya, kami bertembung dengan pak polisi. dok ronda dengan dua motor LC cantik jer suruh kami berhenti.

kumat kamit gak la driver dan co pilot dok bercerita. agak-agak pak polisi nak percaya ka yang kami ni nak pi ke kolumpo sana. last-last driver give up dan suruh jer pak polisi saman. hakhakhak.. dasat tak kawan aku tu? sebenarnya dia ketaq semacam tu. kena lak tanya macam-macam. gelabah la member.

lepas polis ambik ic dan lesen, kena la ceramah seround. tahan je la telinga memasing. ye la. dah buat salah. lagi kau nak lawan ka? angguk angguk.. bebel bebel.. angguk lagi.. dilepaslah kami yang memasing cuba buat muka comel kot-kot berkesan tak kena saman.

si driver terus insaf lepas tu. sebelum tu sempat juga la dia komen yang kalau sekali buat jahat tu, awat terus kena? .. haishhhh..
aku gelak ja. saja tuhan tak mau bagi hang terus buat jahat tu.




Monday, November 21, 2011

Kunyah-kunyah

Benda wajib ada tiap kali mesyuarat.
Pandai yang datang jual, tak perlu bercakap banyak.
Tulis jer RM3, tak sampai sepuluh minit, habis clear.

Kalau time cuti kena datang kerja, memang gini lah caranya. Otak dah kemana. Tapi demi bangsa, digagahi juga.

Thursday, November 3, 2011

Kuah Rojak Mak Bee. FTW!!

Singgah Kompleks Pekan Rabu tak sah la kalau tak beli kuah rojak Mak Bee. Siap berkacang tumbuk, balik kacau sebati dan cicah dengan buah kegemaran.
Rasanya pedas, manis, bisa membuatkan lidah dan telinga berdesing. Bila dah mula, payah pula nak stop nye. Lebih-lebih lagi kalau pekena dengan pelam muda macam dalam gambar ni. Petik kat pokok depan rumah je ni.

1 botol ni reger nya rm4. Kalau beli 3, dapatlah rm10. Ada gerai yang jual rm3 jer. Pandai-pandailah korang cari gerai tu.
*To those that are still in the dark, FTW means For The Winner.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...